kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Saturday, June 10

ramadhan 15

bismillah,

aku mahu tulis yang sedih sedih sahaja malam ini,
tapi separuh dari hati sudah mencari alasan untuk senyum kembali,

aku doa,
paling kurang kau akan faham bahasa aku,
bahasa rindu,
kahkah,

kau mahu tahu apa kepakaran aku?
menunggu,

ada sebahagian dari impian impian kecilku,
aku masih simpan dahulu,
semogatuhanbukajalan,

_____________________________________________________________________________


akhir akhir ini, ada hal berbangkit yang selalu buat menung aku jadi lebih panjang dari biasa,
bosan pula aku bila terlalu asyik perlu berfikir hal yang sama,
mungkin suatu hari nanti, bila semua ini sudah berlalu nanti,
aku akan senang mengetawakan diri sendiri,


punyalah banyak judul, aku mahu judul yang itu juga,
haha