kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Friday, December 31

Siapa Aku Tanpa Kamu


Tahun 2010 dah sampai ke penghujung. Banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan sy.Jatuh Bangun. Suka Duka. Pahit Manis. Macam-macam yang terjadi. Namun, disebaik semua yng berlaku ada insan yang setia disisiku.Huhu.Jiwang pulak.
Jadi, dalam entri kali ini, tergerak pula hati nak bercerita serba sedikit tentang insan-insan hebat yang hadir dalam hidup aku.
    Tangga pertama tentulah Ummi+Baba.Buah hati meema yang pertama dan selamanya.Walaua apa pun yang terjadi, Ummi+Baba akan sentiasa menyokong meema.
Masa gagal dua kali berturut-turut dalam Ujian Mathematics(AsPer) org pertama yang meema beritahu adalah Baba.
Meema  : Ba, mah fail lg test math.
Baba  : Takpelah nk wat camne, Cuba je lagi
(see? But deep in his heart I know that he is really frustrated)

ana, ima, theha, ieya
  Next is Farhanah Amirah.We have been together for 6 years, MasyaAllah lama jugak ek?
     Haha, mengong. Selama kitorang bersahabat baik, xde satu pun kegemaran kita orang yg same. ana minat sgt dgn Korean movie. Aku? Hong Kong Movie aku layan lah.Tu pun suam2 kuku je. ana minat komik gempakstarz.aku layan faisal tehrani. ana minat sungguh dgn bear, aku minat 'sikit' je.huhu.Lagi? macam2 larh beza aku ngan ana.byk sgt.camne bleh jadi bestfriend ntah.aku pun tataw.
Ieya!! the first person yg pernah tngok aku menangis is ieya.depan member laen aku xpernah nanges.hehe.segan kot.sayang ieya sgt2.ieya pandai melukis dan sgt rajin melayan perangai budak-budak aku.'ieya, tlg lukis gamba nie', 'ieya tlg lukis gamba tue', mintak lah lukis kan gamba ape pun, mesti ieya tlg.hee, syg yah. aku ingt lg aku pernah paksa ieya lukis komik untuk hantar kat 'majalah'.hehe
Pastu...Dr Fatimah.name same dgn name aku.ada ke patut?memula jumpe ima (form2) rase bengangje sbb name same dgn name aku. then tetibe jadi kamceng plak.kawan aku yg sorang nieh, tersgt genius.dlm klas telinga sentiasa 'tersumbat'(dgr walkman).but time exam, dia punye skor memang mantap! Jeles!
Sorang lagi insan yg aku sayang,Fatheha!sepupu aku sebenarnya.tapi sebab umur pun seebaya je, so byk larh kisah suka dan duka yh kita orang kongsi.Mase dulu2 xdelah rapat sgt dgn 'kelwi' nieh, tapi makin tua makin syg pulak kat dia.hehe.klu jumpa theha bkn buat ape pun.gosip je 24 jam.
the specky one kt ujong skali, ebtisam
Ebtisam.owh yeah.pernah dgr istilah kwn smpi bila2 x? Ebtisam larh antara salah seorang kwn smpi bila2 aku. kawan sekampung.sekolah rendah same2, same2 librarian. sekolah menengah kitorang terpisah.masuk universiti, jumpa ebtisam balik kt upm.sukanya! kalau aku ada masalah, antara org yg aku boleh minx tlg dgr masalah aku is Ebtisam.sebab? dia xpnah tipu aku.aku berani jamin.dia sgt baik. sayang g.i.l.e.r ngan ko.hehe.
kak jiah wif kak farah
Kak Jiah? nie seorang alien dari planet Zuhal. kenal x lame mane pun.6 bulan kot. tapi aku syg jugak kat dia. teman untuk ajak gadoh. ajak gurau. ajak jalan2. macam-macam boleh ajak. tapi kak jiah tersgt busy. jadi kena pandai curi masa dialah. n kak jiah sgt genius jugak.hoho
fen, deba, peggy, cheeyien
Debashini, CheeYien,Fen. Tiga orang awek nie meema kenal kat upm jugak. 18 tahun meema hidup, xpernah kawan dgn non-muslim. they r the first. dan dia orang tersangat happening+sporting+genius!
usna, atiq, naimah, mun. mas xde
last but not least, my roomate. first time dpt rumate(xpnah duk hostel katekan). mas, mun, atiq,husna dan naimah. kongsi maggi.kongsi roti.kongsi mayo.kongsi tilam.kongsi baju.segala yg boleh dikongsi kami kongsi.aduh, memang sweet larh dia orang nie.trimas sgt2 sbb sudi terima meema sebagai rumate.luv u all. muah2.
ok.setakat tue je.klu nk ikotkn memang byk lg nak tulis, tapi nnt ima ckp post nie panjang sgt. dan dia akn mula membebel.ima memang suka membebel.tapi sebab bebelan dia tu lah, aku tau dia syg kat aku. marah tanda sayang, betol x?
sekian, salam alaikJ
         

FinaLLy...

Akhirnya!
Tercapai jugak hasrat meema nak belajar buat coklat sendiri.
Tapi meema xpergi mane2 kelas pun. Belajar dari cekgu ‘internet’ jek. Search sane. Search sini. Akhirnya dapat lah jugak sedikit gambaran cara2 nk buat coklat sendiri...
Sebelum pergi kedai tu, sempat lagi call Ima, nak minta nasihat terakhir dari beliau.Hehe.
Puaslah Ima membebel, beli coklat nie, beli acuan tu, dan entah apa2 lagi larh. Sampai je kat kedai tue, pilih acuan coklat yg sesuai.
Baba suruh beli acuan bentuk ketupat. Hah? Pelik sungguh. Tapi baba cakap baba suka bentuk ketupat tue. So, layan jelarh. Tak Rugi apepun. Huhu.
Balik rumah terus operasi buat coklat. Sempat lagi singgah rumah Theha (sepupuku) ajak dia join sekaki buat coklat J.
Lepas siap je(sekitar 20 minit dah siap), adik-adik terus sambar sampai ......(faham2 sendiri larh yek) Kebetulan ada tiga orang adik sepupu lelaki kat rumah, lagi cepat lah coklat tu selamat J.
Puas rasenye dapat buat untuk dia orang makan.Simpan dua tiga biji untuk bagi kat Ibu (ibu org kedua yg beria nak rasa coklat buatan aku & theha)

Tuesday, December 21

KKM7 Terbaek!!

Ingat lagi tak KKM7 yg aq cerita dulu?
13-19 Dis aritu kitorang pegi Impian Country Resort (ICR) kat Hulu Langat.
itu lah kem yg paling best meema pernah pergi.
Ramai orang yg meema jumpa dan banyak benda yang dipelajari.
Kalau nk cerita pasal kem nieh, memang satu post un xckop.Maklumlah terlalu byk pengalaman baru yg meema dpt.
Hari pertama kt KKM lagi rase cam dh nk blek umah dah. Sebab layanan dri abg2 n akq2 instruktor memang tersangat pelik. Kadang tue, kita tanye sepatah, diorang jwb dgn angguk atau geleng je.Pelik sgt2.
hanfon dh larh kena ambik pulak tue, mlm tue semua org dpt nama baru yg pelik2. Nama meema kt sane adalah Tapai. Kwn2 yg laen ade yg dpt nama Kontot, Kuyu, Labu, Selut, Tonggek dan macam-macam lagi yg pelik2.Lepas tu, kena ikrar,
        " Saya berjanji akan menggunakan nama yang diberikan sepanjang KKM7 berlangsung ataupun saya boleh dihukum oleh para instruktor."
para instruktor kkm7
        Huish, ngeri sungguh bila mengenangkan hukuman yg sgt mantap drpd para instruktor. Bila En. Naim sebut je "Grenade!" semua org kena meniarap xkira dimana anda berada.Tangan atas kepala.Pipi cium tanah.Ala-ala org mengelak kena serangan dari askar Israel tue.Yang paling best kena grenade dalam air.Pertama kali grenade dalam air adalah tepat jam 4 pagi selepas aktiviti SoloDrop. Menggigil satu badan.Sejuknya hanya Allah yg tahu.Ada peserta lelaki yg cramp mase buat grenade dlm air tue.

        Setiap malam, memang kena masuk hutan. Malam pertama aktiviti SoloDrop. Mata kena tutup, pastu die bwk kite jauh sket pastu die tinggalkan kita sorang. Mase nie xdelah takut sgt. Sebab kawasan die pun dekat2 dgn kawasan resort je.
        Hari kedua, tutup mata lagi.Tapi kali ni, kita jalan berdua.Meema dpt jln dgn Kak Kedut. Tengah hutan, dia bukak mata kita dan suruh kita cari jalan berdasarkan tali. Walaupun ada dua orang.Perasaan takut memang tak terkata sebab rase macam perjalanan tue jauh sgt.Bila nak sampai ni.Asyik tanya soalan tue je dalam hati. Dah sampi kat Resort.Dapat berita ada lima org kwn yg lain belum balik lagi.Ada seorang peserta Lelaki yg tengah lawan ckp dgn En. Shahrul.Masae tue otak memang serabut sgt2. Kesian kt Lebai.Kesian kat En. Shahrul yg kena marah2.Kesian kt kwn2 yg blum balik. tapi Akhirnya diorg selamt jugak.Berjaya ditemui oleh para instruktor yg berkaliber.Haha.Hilang segala takut.

        Lagi peristiwa yg xleh lupa. Buku Log kena koyak!Waa!!! sadis tol larh En.Naim. Otak dh separuh mereng sebab xckop tido.Cakap pun smpi tersasul-sasul.Sekali kena buat balik buku tu.Tapi meema redha je.Sebab dh lali kena grenade dlm air.Smpi ternanti-nanti arahan nk grenade dlm air.huhu.

        Kemuncak dlm kem nie mase kena naek hutan untuk bermalam dalam hutan.Konon-konon kena duduk tiga hari dua malam dalam hutan.Nak jalan dari Resort smpi Sg.Congkak.Yang peliknya, meema boleh tertipu.Tak terpikir langsung tentang ketidaksahihan 'peta' yg En.Naim lukis tue.Sepanjang dlm hutan tue, hujan turun xberhenti.Sejuk.Lapar.Penat.Macam-macam ada. Tapi dpt jugak alas perut dgn maggi yg Petak masak.
tonggek, tukang angkat beg.trimas sgt2.
Kesimpulannya, memang seronok sgt kkm7. Tahun depan nk pegi lagi.Byk ilmu yg meema pelajari.Byk kwn yg meema dpt.Dan syg sgt2 kt Kelat dan Hambar yg sentiasa menjadi kekuatan semangat untuk meema sepanjang kt KKM7 tue.
hambar, tapai, kelat
p/s: Kelat nyaris2 nk balik umah. Henfon nyaris2 nk derma kt kolej.huhu



Kerenah Adik Aku

Tujuh hari Enam malam meema xde kat rumah sebab pegi KKM7. Sepanjang meema xde tue, ade seorang ‘penceroboh ’ yg sgt2 dikenali, iiaitu adik lelaki meema telah menceroboh bilik meema.Rak buku yang sebetulnya.Dia ambik semua koleksi komik Detektif Conan, novel Ramlee Awang Murshid dan yang entah apa-apa lagi lepas tue, dia bagi kwn dia pinjam.Sebuah buku dikenakan harga sewa.Kira dia bukak perkhidmatan menyewa buku larh.Sejujurnya, meema seronok sebab dia ada inisiatif untuk buat kerja yg berfaedah selain daripada lepak-lepak dgn kawan-kawan.Tapi.......kenapa buku aku yang jadi mangsa?!! Waa!!! Dia siap buat perjanjian lagi, hasil kutipan sewa buku tue, dia takkan bagi kat meema.What? Perjanjian yang berat sebelah sungguh!Tapi nak buat macamana kan? Salah meema jugak sebab x kunci almari buku tue elok2....inilah padahnya....
Harapan meema ialah, bila buku tue semua dah ada balik kat rak.Semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat.Ameen J

Keputusan Peperiksaan Akhir

Sampai je kaT Kolej 13.Semua orang dapat balik ‘barang berharga’ masing-masing.Masa meema onn je Handphone, berduyun-duyun msg yg masuk.Tapi yang paling penting masa tue adalah mesej daripada kawan rapat meema kt AsPer, Deba.
Deba  : meema, how’s ur pointer? Deba punye sket.Deba sedih.
Reply : Meema bru blek kem, xsempat tengok lagi. How many you get?
Deba : 3.7XX only. Deba sedih sgt.Tulah study week deba xstudy.Deba enjoy je.
3.7XX dia ckp sikit? Klu dpt kat meema memang dh sujud syukur dah. Tapi deba memang pelajar pintar.Tak hairanlah kalau dia kecewa dgn result die.Study week, all the Indians meraikan Happy Deepavali.Sebab tue Deba kurang fokus untuk study.Tapi still ok jugak result Deba.Tabik larh!!!
Then, nk dipendekkan cerita, mood Deba OK balek.Aku tau sebenarnya Deba xnk aku frust menonggeng bila tengok result aq pulak..haha.
Awl2 lagi dia dh janji akan tolong aq untuk sem2 pulak.Sayang Debashini. J
Untuk kawan2 yang lain, walau ape pun keputusan yg anda dapat.Jangan Kecewa.Setakat mana kita berusaha, setakat itu saje keputusannya.Bangkit kembali dan berusaha untuk melakukan yang lebih baik adalah lebih bagus daripada anda menagih simpati org dgn mencanangkan keputusan anda yang kurang memuaskan hati anda sendiri.Jgn Sedih-sedih ya.

Sunday, December 12

Alahai,

Apa yg membuatkan cuti anda kurang bermakna?
huh, cuti saya sgt2 kurang bermakna kerana

banyak kwn2 yg lain tak bercuti sama so xde kwn nk lepak sama2,

kerana ayahanda tiada di rumah untuk melayan kerenah aku yg sgt suka merayau (dgn baba)

adinda pula kena menduduki peperiksaan spm, so sy kena tolong die study?  alahai......

seorang teman mencadangkan,
meema pergi lah hafaz al-quran,
aduh terpana aku seketika,
memang aku macam lupa pula bahawa dikala kebosanan seharusnya kemmbali kepada Allah yang maha Esa,
bukan mencanangkan kepada semua bahawa 'saya sedang dalam kebosanan'
hmm...terima kasih ima, moga rahmat Alllah bersamamu sentiasa,
moga kau terus setia memperingatkan diri yang sering alpa ini,


good girl pray to AllahJ

esok nk g kkm, harap2 dpt manfaatkan masa dan ilmu yg dicurahkanJ

Thursday, December 9

Hlovate

Setelah beberapa hari berlalu tanpa sebarang aktiviti yang menarik,
hari ini ibu mempelawa aku menemani beliau ke Bangi Utama,
jadi, meema pun ambil kesempatan untuk singgah sebentar ke kedai buku milik Jemari Seni Publishing yang terletak di no 22 jalan 4/7N Bandar Baru Bangi,

sempena bulan 12 ni, diskaun sebanyak 30% ditawarkan untuk semua jenis novel umum,
jadi meema pun ambil kesempatan untuk cari buku hasil karya seorang penulis yang baru meema kenali namanya melalui cerita rakan-rakan (gosip),

sampai je kat kedai tue, meema terus pilih tiga tajuk,
Gurindam Jiwa,
Tunas,
aA+ bB,

Ramai kawan yang cakap, buku dia seronok untuk dibaca,
itu yang beli sampai tiga buah tambah pulak diskaun memang banyak,
so, meema ingat nak baca dulu buku tu semua dan kemudian meema nak citer pasal beliau pulak,
sekian dulu untuk kali ini,
nak membaca pula....salam J

Monday, December 6

Matangkah Anda?

cuba baca, cuba baca,
teruja pula bila jumpa artikel ini dalam sebuah laman web,
 anda matang bila.....
Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

macam mana?
matangkah anda?
saya masih belum.
sumber : iluvislam

Sunday, December 5

Fenomena Kedai Buku

'Bersiar-siar' dilaman siber dah menjadi rutin harian untuk pelajar yang sedang bercuti seperti aku,
Almaklumlah, ianya percuma dan tidak menuntut tenaga yang banyak,

Jalan punya jalan, terserempak dengan laman blog milik penulis yang tidak kukenali tetapi sepertinya sudah lama mendapat tempat dihati pembaca Malaysia.

Nama beliau adalah Uthaya Sankar SB,
Aku masih belum berkesempatan berkongsi cerita tentang beliau,  kerana terlalu sedikit maklumat yang aku sempat perolehi.
Lawatan ku di alam maya tamat apabila ummi meminta supaya menemani beliau ke sebuah pusat membeli-belah yang berhampiran.
Aku bersetuju dengan permintaan beliau memandangkan aku tidak punya kekangan masa serta berminat untuk mencari karya saudara Uthaya yang baru ku ketahui namaya beberapa jam sebelum post ini ditulis.

'Bang, tumpang tanya. Boleh tak abang carikan untuk saya karya Uthaya Sankar SB?'
'Sebentar ye.'
...............
'Maaf dik, tiada dalam rekodlah.'
'Abang pasti? boleh cuba cari lagi?'
'Maaf. Memang tiada.'

Aduh, kecewanya.
Itu fenomena kedai buku di Malaysia.
Kebanyakan (bukan semuanya) pekerjanya perlukan 'wang', jadi tidak hairanlah jika mereka hanya mahu mencuba sekali.
Tiada peluang kedua untuk 'kanak-kanak' seperti aku.
Haha, aku senyum sendiri.
Bagaimana agaknya cara aku melayan kerenah manusia jika aku dewasa kelak?

Aku malu sendiri juga bila mengenangkan terpaksa bertanya tentang beliau (Uthaya Sankar SB).
Seharusnya aku sudah mengenali beliau lebih berbanding 'abang' itu.

aku rindu..nak...

aku rindu,
nak borak dengan ima,
nak kongsi cerita dengan ana,
nak tanya khabar ieya,
nak jalan-jalan dengan aina,

aku rindu,
nak marah che hakimie,
nak kacau ammar radhi,
nak usik diniy,
nak manja2 dengan nabilah halimi,

aku rindu,
nak dengar idea syafiq,
nak gaduh dengan tasnim,
nak dengar hujah fauzan,
nak jumpa aqilah haniah,

aku rindu,
nak dengar ilmu pn zaidah,
nak tanye dengan pn normah,
nak siapkan homework pn raja aida,

aku rindu,
nak buat nota pn noriah,
nak pegi kelas pn razliza,
nak blaja word baru dari pn aina,

aku rindu,
nak pegi kelas lewat pn zaini,
nak anta latihan pn hayati,
nak pakai baju sekolah lagi,

aku rindu, aku rindu, aku rindu,
korang rindu x?

Saturday, December 4

Ahli Baru!

Hari nie meema pegi MAHA lagi,
'pegi lagi'?
btw meema dh pegi MAHA hari jumaat aritue (first day MAHA)
but meema tlg Ngga jaga gerai air minuman dia jek, so x sempat nk ronda-ronda tengok keadaan sekeliling,
 hari nie, sempat larh ronda dua tiga tempat, mula2 tengok pameran ternakan,
kemudian tengok manusia mendera binatang dan penonton (aku dan yang lain2) bertepuk tangan..(acara ini digelar rodeo, huh)

kemudian jalan-jalan ke laman nanas dan laman padi,
akhir sekali, singgah dibahagian Akuakutur,
ronda punya ronda hati tertarik tengok gerai yg jual udang kara hiasan,
ade ke? udang kara hiasan?

meema pun xtau, abg tue yg ckp....
meema pun beli sepasang. but bukan jantan dan betina. mana meema tau?
sebab, bile masuk je dalam akuarium, dua ekor udang ni, terus bergaduh. berlaga penyepit larh, main kejar-kejar keliling akuarium dan entah ape lagi yang meema pun xtau nk ckp.Maka dengan yakinnya meema ckp, sah dua-dua ekor nie udang jantan,

ape-ape pun, meema seronok sebab bertambah lagi ahli baru rumah kami ....

owh ye, ahli yg sedia ada ialah :
♥ mr bunny 
♥ mr hunny
♥ mony
♥ bony
♥ cik yam + 9 baby yg bru menetas
♥ sepasang puyuh tata (name dirahsiakn)
♥ udang 1
♥ udang 2

Jadi meema perlukan bantuan anda semua,
kalau ada cadangan nama ntok udang 1 dan udang 2,
tolong beritahu meema ye,
haha itu saja untuk kali ini,
sekian dan salam ceria semuanya J

Aku Jatuh, Jatuh dan Terus Jatuh Cinta Lagi

Berapa ramai antara kalian yg gemar membaca?
Pertama kali aku membaca seingatku adalah seawal usia 5 tahun. Aku membaca bahan bacaan yg ringan seperti komik Kawan, Ana Muslim dan Majalah Bip! Baba yg belikan, katanya untuk menghilangkan kebosanan kami adik-beradik dirumah.
Komik Kawan ketika tu, bukan macam sekarang, komiknya lebih tebal malahan lebih padat dengan watak kartun yg memberi ilmu. Begitu juga dengan majalah Ana Muslim yg tidak seperti sekarang.Namun, majalah Bip! sudah tiada dipasaran(mungkinlah, aku pun kurang pasti).
Menjelang usia 7 tahun, aku mula jatuh cinta dengan siri penyiasatan. Hardy Boys dan Siri Salma. Setiap kali Ummi atau Ibu pelawa teman mereka untuk pergi membeli-belah kt kompleks PKNS Bangi, mesti singgah dekat Galeri Buku Syabab. Dapat sebuah buku pun jadilah. Lepaskan rindu.Haha
Ada satu masa tu, GBS buat penghabisan stok, 8 buah buku RM10.
Shopping sakan larh aku, haha.
Masuk usia 10 tahun, berkenalan dengan karya Ahadiat Akashah. Beliau pernah dinobatkan sebagai penulis yg mempunyai judul buku terbanyak, namun hingga kini aku belum selesai mendapatkan semua karya beliau. Baca novel AA memang seronok kerana dia menulis tentang perkara yg terjadi disekeliling aku. Setiap novelnya penuh dgn warna-warni kehidupan yg mudah difahami oleh akal ‘kank-kanak’ aku ketika itu. Antara karya beliau yg aku masih ingat ialah, Kisah Satu Malam, Matilda, Pilot Cafe dan Lagenda Budak Setan.

Cukup umur 12 tahun, kawan-kawan semua sibuk baca buku novel cinta, lucu x? Sedar tak sedar, aku pun terjebak sama. Tahun 2004, novelis Alaf 21 yg terhangat dipasaran ialah Damya Hanna. Novel dia Bicara Hati, Sepi Tanpa Cinta, Saat Cinta Bersemi, Relaku Menanti dan Senafas Rindu. Tapi aku baca smpi yg ketiga je, pastu aku dh frust menonggeng, org bercinta biasa lah kalau kecewa, haha
Kecewa sebab karya dia x seronok, plotnya kurang berkembang dengan baik. Jalan cerita pula agak keterlaluan dan tetap. Sampaikan aku boleh teka apa yg akan berlaku seterusnya. Maka, aku dh xbeli karya beliau lagi.
Masa kebosanan tue, aku memang xtau nk baca buku apa. Jadi aku habiskan masa kumpul komik Detektif Conan dan beli novel kanak-kanak Osman Puteh, Rejab FI, Azizi Haji Abdullah, Ghazali Ngah Azia, dan entah siapa lagi. Sekali-sekala baca karya seram Tamar Jalis dan Tomi Jefri . Bosan jadi budak-budak, baca pulak karya Khadijah Hashim dan Dr. H.M Tuah.
Naik tingkatan dua, tersuka dekat Feisal Tehrani dan Ramlee Awang Murshid. Hah? Dua orang serentak?
Maaf, ini bukan cinta terlarang. Ini cinta pada buku, tiada siapa yg bisa menghalang kecuali kesuntukan masa dan kesempitan wang.huhu
Karya mereka yg memang tersemat dikalbu adalah Hatiku diHarajuku, Ketupat Cinta dan ADAM.
Kegilaan aku pada buku membawa aku ke Kem Nilam, mungkin aku akn ceritakan dalam post yg berbeza.
Namun, dari hari ke hari aku jatuh cinta pada ramai orang, Dr Lim Swee Tin, Hilal Asyraf, Hlovate dan sudah pasti Dato’ A Samad Said. Kebanyakan mereka sudah lama bertapak dalam arena sastera tanah air, dan ada jua yang masih hijau dan baru mula melakar nama.Namun itu semua tidak penting kerana aku sudah jatuh cinta…hahaJ