kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Saturday, December 4

Aku Jatuh, Jatuh dan Terus Jatuh Cinta Lagi

Berapa ramai antara kalian yg gemar membaca?
Pertama kali aku membaca seingatku adalah seawal usia 5 tahun. Aku membaca bahan bacaan yg ringan seperti komik Kawan, Ana Muslim dan Majalah Bip! Baba yg belikan, katanya untuk menghilangkan kebosanan kami adik-beradik dirumah.
Komik Kawan ketika tu, bukan macam sekarang, komiknya lebih tebal malahan lebih padat dengan watak kartun yg memberi ilmu. Begitu juga dengan majalah Ana Muslim yg tidak seperti sekarang.Namun, majalah Bip! sudah tiada dipasaran(mungkinlah, aku pun kurang pasti).
Menjelang usia 7 tahun, aku mula jatuh cinta dengan siri penyiasatan. Hardy Boys dan Siri Salma. Setiap kali Ummi atau Ibu pelawa teman mereka untuk pergi membeli-belah kt kompleks PKNS Bangi, mesti singgah dekat Galeri Buku Syabab. Dapat sebuah buku pun jadilah. Lepaskan rindu.Haha
Ada satu masa tu, GBS buat penghabisan stok, 8 buah buku RM10.
Shopping sakan larh aku, haha.
Masuk usia 10 tahun, berkenalan dengan karya Ahadiat Akashah. Beliau pernah dinobatkan sebagai penulis yg mempunyai judul buku terbanyak, namun hingga kini aku belum selesai mendapatkan semua karya beliau. Baca novel AA memang seronok kerana dia menulis tentang perkara yg terjadi disekeliling aku. Setiap novelnya penuh dgn warna-warni kehidupan yg mudah difahami oleh akal ‘kank-kanak’ aku ketika itu. Antara karya beliau yg aku masih ingat ialah, Kisah Satu Malam, Matilda, Pilot Cafe dan Lagenda Budak Setan.

Cukup umur 12 tahun, kawan-kawan semua sibuk baca buku novel cinta, lucu x? Sedar tak sedar, aku pun terjebak sama. Tahun 2004, novelis Alaf 21 yg terhangat dipasaran ialah Damya Hanna. Novel dia Bicara Hati, Sepi Tanpa Cinta, Saat Cinta Bersemi, Relaku Menanti dan Senafas Rindu. Tapi aku baca smpi yg ketiga je, pastu aku dh frust menonggeng, org bercinta biasa lah kalau kecewa, haha
Kecewa sebab karya dia x seronok, plotnya kurang berkembang dengan baik. Jalan cerita pula agak keterlaluan dan tetap. Sampaikan aku boleh teka apa yg akan berlaku seterusnya. Maka, aku dh xbeli karya beliau lagi.
Masa kebosanan tue, aku memang xtau nk baca buku apa. Jadi aku habiskan masa kumpul komik Detektif Conan dan beli novel kanak-kanak Osman Puteh, Rejab FI, Azizi Haji Abdullah, Ghazali Ngah Azia, dan entah siapa lagi. Sekali-sekala baca karya seram Tamar Jalis dan Tomi Jefri . Bosan jadi budak-budak, baca pulak karya Khadijah Hashim dan Dr. H.M Tuah.
Naik tingkatan dua, tersuka dekat Feisal Tehrani dan Ramlee Awang Murshid. Hah? Dua orang serentak?
Maaf, ini bukan cinta terlarang. Ini cinta pada buku, tiada siapa yg bisa menghalang kecuali kesuntukan masa dan kesempitan wang.huhu
Karya mereka yg memang tersemat dikalbu adalah Hatiku diHarajuku, Ketupat Cinta dan ADAM.
Kegilaan aku pada buku membawa aku ke Kem Nilam, mungkin aku akn ceritakan dalam post yg berbeza.
Namun, dari hari ke hari aku jatuh cinta pada ramai orang, Dr Lim Swee Tin, Hilal Asyraf, Hlovate dan sudah pasti Dato’ A Samad Said. Kebanyakan mereka sudah lama bertapak dalam arena sastera tanah air, dan ada jua yang masih hijau dan baru mula melakar nama.Namun itu semua tidak penting kerana aku sudah jatuh cinta…hahaJ

No comments:

Post a Comment