kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Sunday, December 5

Fenomena Kedai Buku

'Bersiar-siar' dilaman siber dah menjadi rutin harian untuk pelajar yang sedang bercuti seperti aku,
Almaklumlah, ianya percuma dan tidak menuntut tenaga yang banyak,

Jalan punya jalan, terserempak dengan laman blog milik penulis yang tidak kukenali tetapi sepertinya sudah lama mendapat tempat dihati pembaca Malaysia.

Nama beliau adalah Uthaya Sankar SB,
Aku masih belum berkesempatan berkongsi cerita tentang beliau,  kerana terlalu sedikit maklumat yang aku sempat perolehi.
Lawatan ku di alam maya tamat apabila ummi meminta supaya menemani beliau ke sebuah pusat membeli-belah yang berhampiran.
Aku bersetuju dengan permintaan beliau memandangkan aku tidak punya kekangan masa serta berminat untuk mencari karya saudara Uthaya yang baru ku ketahui namaya beberapa jam sebelum post ini ditulis.

'Bang, tumpang tanya. Boleh tak abang carikan untuk saya karya Uthaya Sankar SB?'
'Sebentar ye.'
...............
'Maaf dik, tiada dalam rekodlah.'
'Abang pasti? boleh cuba cari lagi?'
'Maaf. Memang tiada.'

Aduh, kecewanya.
Itu fenomena kedai buku di Malaysia.
Kebanyakan (bukan semuanya) pekerjanya perlukan 'wang', jadi tidak hairanlah jika mereka hanya mahu mencuba sekali.
Tiada peluang kedua untuk 'kanak-kanak' seperti aku.
Haha, aku senyum sendiri.
Bagaimana agaknya cara aku melayan kerenah manusia jika aku dewasa kelak?

Aku malu sendiri juga bila mengenangkan terpaksa bertanya tentang beliau (Uthaya Sankar SB).
Seharusnya aku sudah mengenali beliau lebih berbanding 'abang' itu.

No comments:

Post a Comment