kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Thursday, January 20

LOve tO eAt, hAte tO cOok

saya suka makan,
tapi saya tak suka masak,
haha jangan marah.
but it doesn't mean that i dunno how to cook, hehe

meema paling suka klu dpt makan spagetti yg tata buat,
hurmm sgt sedap dan menyelerakan,
then meema suka mkn anything that is pastry n cake,
but i dont like to make any pastry or cake,
why? why? why?
because i dunno how to do,haha
kalau meema buat cake especially cupcake,
confirm tak jadi punyalah, tak cukup gebulah,
kurang manislah, terlebih tepunglah (ada ke?)

cuppycake yg sgt comey, nk mkn pun xsanggup

tapi, saya sgt suka pergi bakery, i just love the smell of  cake yg baru keluar oven,
hmm...sgt membuka selera, nak2 kalau kedai tue ade buat pasta o pizza o lasagna,
sanggup tunggu berjam2 depan kedai tue just nak amik feeling,
hehe almaklumlah klu nak beli semua tak termampu rasanya,

can you smell the cake? huhu sgt syok

  
oh oh, look at the cheese, finger licking good

coklat? korang suka coklat x?
meema pun suka jugak,
sgt2 suka!!! haha, tapi xleh mkn byk yer,
nnt terlebih gula+lemak dalam bdn, haha
sebenarnya untuk org yg aktif, coklat sgt elok untuk dijadikan makanan tambahan,
tapi saya lebih suka tngok bukit ekspo dari jauh je,
haha, upm students mesti faham apa yg cuba sy sampaikn,

by the way, klu coklat meema suka lah nk buat,
sebab senang jek, haha
xcaya? tanya kawan saya ima,
hehe, klu tengok coklat yg warna-warni tue,
memang best lah, tp klu mkn.....
meema xsuke, sebab? ntah. sebab xsedap kot,
hehe saya lebih+sgt suka dark chocolate more than white one,

yg nie taleh mkn yer, harap maklum




Sunday, January 16

s.e.r.a.b.u.t

hmm..setelah beberapa hari gosip-gosip hangat berkumandang di ruang udara AsPer (Pusat Asasi Sains Pertanian), maka telah pastilah bahawa saya dan hampir 270 rakan AsPer yang lain akan menamatkan semester terakhir kami pada september 2011. kemudian? cuti dua minggu dan terus masuk untuk Program Ijazah pulak.
Biasalah tu, semua orang pun habis asasi lagi awl ape?
Hoho, sepatutnya kami (warga AsPer)  akan menamatkan semester terakhir kami lewat sikit.kemudian cuti beberapa bulan dan baru meneruskan pengajian diperingkat ijazah.
Hah! pelik kan?
tup tup, kena masuk degree awal pulak, saya dah lah masih belum bersedia, haish

baru balik dari kolej bersama dengan Ebtisam,
antara topik yang dibualkan?
Ko nak amik course ape degree nanti? (aq tukang tanya, dia tukang jwb, haha)
nak tau Ebtisam jawab ape?

EB : Aku pun tak tahu lah meema, ingat nak ambik FoodTech, tapi lps baca blog abg amar, aku takut pulak.
ME : Lah pasal pulak nak takut?
EB : entah dia (abg amar) ckp........bla...bla..bla
ME : hoho, ye ke? nape aq takperasan? aq pun bace gak blog dia,
EB : cuba ko g bace balik, ade dia citer pasal foodtech nie...

waa...berdebar nye hati saye, balik je umah terus bukak blog abg amar.
wah!!! memang menakutkan!!!! nnt klu rajin, ziarahlah blog abg amr yerk?
yang penting saya memang tengah serabot sgt2 bila memikirkan nak smbong ape time degree nnt,
ummi sibuk mintak jadi doktor,
masalahnya saya mabuk darah sket,
saya ingat nak ambil foodtech jugaklah, ataupun biotech,
tak pun sambung sains pertanian, (hurm..pening lah fikir)
apa yang patut aku ambil?
apa yang aku nak ambil ?

s.e.r.a.b.u.t.l.a.h.t.o.l.o.n.g.s.a.y.a.b.o.l.e.h?

*perbualan diatas telah disesuaikan mengikut keadaan semasa. harap maklum, haha

Thursday, January 13

Stop Dreaming!!!



baru selesai perjumpaan dgn geng buletin asper. geng? haha sejujurnya aq sendiri pun dh ingt2 lupa seramai mane ahli sebenar geng buletin asper. huhu. yang penting, saya pergi perjumpaan itu. meeting buletin kejap je,
mula pukul 9.15....pukul 10.00 dah selesai. sekejap kn? almaklumlah, pengerusi kami memang mantap dan efisien(betol ke ejaannya?) dalam mengendalikan meeting + ahli buletin memang tak banyak kerenah.hehe (masuk bakul angkat sendiri) nie saya preview sket suasana dalam meeting kami org ek?

aris aka chairman : siapa boleh handle slot XXXXX?
ahli 1 : owh, aku boleh buat.
aris aka chairman : slot MMMM pulak sape nak buat?
ahli 2 : slot MMMM bagi aku buat, aku senang nak dpt info,
aris aka chairman : okeh, ada apa2 cadangan nak buat slot baru?
ahli 3 : aku cadangkan kita buat slot.................
aris aka chairman : okeh, aku terima cadangan tu,

haha lucu+lawa+geli hati tengok aris kendalikan meeting. but to be honest, senang nk bekerja dgn mereka J

lupakan kisah tentang itu, yang meema nak cerita disini adalah, cadangan dari salah seorang ahli buletin,
dia mencadangkan, kita interview student yg dpt pointer 3.75 keatas, then kita tanya kat dia orang apa yang mereka buat untuk bantu kawan yang dpt pointer rendah.
Commonlah, plz dun ask that question,
back to your real life,
no one, no one, no one,
will help you to improve your ownself,
this is race against time,
nobody will turn back and help you,
you, you, you
have to stand up,
by your own,
in order to achieve your dream,
huh, you are not agree with my statement?
ok then,
keep dreaming and waiting for someone to ask you,
'miss, may i help you?'
in this real world,
you are the one who should ask,
hey you!! i need your help!!!

 
p/s :whatever it is, i admit that there will always an angel around you,
sending by Allah to help you,
but you have to find the 'angel'!!!!
not waiting..............or else?
you know the answer, right?



Tuesday, January 11

Saya Masih Ketinggalan Zaman

teet..teet..teet...
tiba-tiba masa tengah khusyuk dalam kuliah,
handphone saya berbunyi, (tipu sungguh, handphone silent mode kot)
tapi memang mesej masuk pun, cuma tade bunyik je,

FrOm : CELCOM
Bonus Hari Jadi : Bonus Hari Jadi anda telah tamat.
Diharap anda gembira menikmati panggilan/sms percuma ke 8pax.
Terus setia bersama kami untuk menikmati lebih banyak bonus XPAX.

hah? meema dapat panggilan/ sms percuma?
kenapa meema tataw? aduh, rugi sungguh,
bila ckp kat kawan semua,
dia orang ckp, larh memang lah dpt free msg/call kalau birthday kita, 7 hari lagi,
TUJUH HARI?
melepas sudah.....
sabar jelarh,

tade lame tade baru J
nampaknya meema masih ketinggalan zaman dalam
bab-bab komunikasi dan teknologi maklumat nieh,
haish, tade rezekilah......................... J

Sunday, January 9

eMoSi puLak :-)

semester pertama berlalu dengan  bahagianya,
almaklumlah semua benda ada org nk tolong,
baik dari beli buku hinggalah dapatkan nota kuliah,

berbeza dengan semester kedua,
semuanya menuntut kita untuk berdikari,
dalam kesibukan semester kedua di Pusat Asasi,
saya menerima berita sedih, haha (taklah berapa sedih pun)
saya masih belum layak untuk menyertai mtm kolej 13,
mula-mula terima berita tue,
agak sedih jugak larh, sedih sangat2 sebenarnya,
tapi tak nak tunjuk sgt kt kawan2 sebab cheeyien dapat!
tahniah cheeyien, uish cemburulah dgn awk,hehe
Fen pun dapat! tapi fen tolak, kenapa? mungkin dia masih belum bersedia,
tak mengapa, setiap orang punya pandangan masing-masing kan?

tengah sedih tue, terus telefon ana, nak telefon ima, nak telefon ieya,
tapi kredit sgt tidak mengizinkan, jadi berbual dgn ana je lah,
hurmm....kata ana
mungkin ade hikmah disebaliknya,
betul cakap ana, sekurang-kurangnya meema dpt muhasabah diri,
mengingatkan diri dgn kelemahan yang ada, hmm think positive,
Allah maha adil, dia ambil peluang meema untuk jadi mtm,
tapi dia pulangkan rakan sebilik meema, (saya dpt pindah kembali kebilik lama)
sedih jugak nak tinggalkan syima, husna, anis, wafi n aisyah,
tapi kata org tua, tempat jatuh lagi dikenang,
inikan tempat bermain? haha berperibahasa pulak saya,
peribahasa ke tue? aduh, kemahiran berbahasa semakin lemah.

sejak dua menjak ni,
semakin cepat emosi pulak,
alhamdulillah ada ana, deba dan kak j**h untuk meluahkan perasaan,
betul ckp aina, kawan adalah keluarga disaat kita jauh drpd keluarga yg sebenar.(senyum)

Tuesday, January 4

Ape aKu tULis niEh?

saya tak peduli,
apa nak jadi, jadilah,
saya tetap nk update blog,
walaupun takde idea yang bernas,
walaupun takde cerita yang panas, haha
saya tetap merajinkan diri update blog kesayangan saya, (ye lah tue)

baiklah murid-murid (oh, teringat zaman jadi cikgu,huhu)
semalam cikgu meema blek rumah kerana,
 menerima panggilan telefon dari adinda tercinta yang meminta pertolongan saya,
sampai kat umah lebih kurang kol 1 tengahari,
baru letak beg je, adinda2 yang lain pun pulang dari sekolah,
mah, nanti tolong yah balut buku ek?
mah, baju abgchik dah gosok, tapi xsmart sgt, nnt tlg gosok blek bleh?
mah, baby punya cikgu suruh isi borang SMM nieh, nnt tolong isikan ek?
saya adalah kakak kepada 6+4 org adik, remember?
haha, nak tanak kena tolong jugak,
sayang adik larh katekan,
dalam kalut tolong adik-adik,
meema terfikir,
agak-agak kalau meema xbalek,
ummi kena buat kerja tue sorang-sorang larh? (memandangkan kakakku tiada dirumah)
tabah sungguh ummi melayan kerenah 6+2 org anaknya,
kesimpulannya? meema syg ummi,
kerana sentiasa dan tak pernah merungut dalam menguruskan kami 6+2 beradik,
itu sahaja, haha
kan dah cakap tadi, saya takde idea bernas,
mahupun cerita panas untuk dikongsi?
t.e.r.i.m.a.k.a.s.i.h.k.e.r.a.n.a.m.e.m.b.a.c.aJ

Sunday, January 2

bArU, bArU, bArU,

okey, semester baru sudah bermula,
buku baru, silibus baru,
pensyarah baru, dewan kuliah baru,
semuanya baru untuk meema kali ini,
owh yea, roomate baru juga,
tak sangka kena tuka bilik pula untuk semester kali ini,
xkesah lah, siapa pun mereka pasti mereka akan jadi yg terbaik untuk meema,
kerana Allah lebih mengetahui yg terbaik untuk meema,huhu


rindu sekolah, haha
 semester baru, rentaknya juga harus baru, ye tak?
kalau cara belajar dulu tak berkesan, (pointer kurang tinggi)
maka cara belajar juga harus baru,

barang-barang pun banyak yang harus baru,
bab beli barang baru yang haru,
semuanya harus duit,
pening kepala memikirkan,
meema asyik fikir : kalau lah duit monopoly baby iLa dan iRa
boleh digunakan, kan seronok?
Haha, nampaknya cara berfikir meema juga harus baru ya!
hurm, dapat satu 'bundle' pun dah cukup
p/s : masih terlalu kebudakankah aku? (monolog dalaman)







aZaM tAhUn bArU?

Azam tahun baru?
perlu ke?
azam 'semalam' pun x sempurna lagi,
huish, memang teruk,
azam nk dapat 4 flat untuk sem1 kt AsPer,
hoho tinggi sgt ek azam tue?
okeh tuka azam lain,
nak jadi orang yang 'baik'
baik dari segi apa ye?

"Dari Abu Hurairah r.hu meriwayatkan bahawa satu ketika baginda
Rasulullah s.a.w berdiri disatu tmpat dimana org ramai sedang duduk, lalu baginda bersabda : Mahukah aku khabarkan kepadamu siapakah orang yang baik dan orang yang buruk?
Abu Hurairah berkata semua sahabat senyap mendiamkan diri (tanda hormat).
Maka nabi s.a.w bertanya sebanyak 3 kali. Berkata seorang lelaki : Khabarkanlah kepadaku Ya Rasulullah.
Baginda bersabda : Orang yang baik itu ialah orang yang kamu berharapan dengannya akan membawa kebaikan dan tidak merasa merbahaya kerana keburukannya.
Dan orang yang buruk itu ialah orang yang tiada harapan membawa kebaikan dan setiap masa orang takut dengan keburukannya."

hurm..boleh x azam tue?
boleh larh,
doakan meema yer,
untuk jadi orang baik....

sampai ketemu, salam alaik.
p/s : azam nk 4 flat masih diteruskan ya J

Saturday, January 1

FiRsT pOsT fOR 2o11

tahun baru? ape tu? buat2 tataw pulak, huhu
tahun baru kali ni duk sensorang je dlm bilik
adik dh lari balek umah nenek ngan theha,
sambil blog walking, sambil fesbuking, sambil chatting,
sambil dengar bunga api,
org lain tngok firwork,
tapi aq 'dengar' firework, huh camne uh?
malas nk angkat kaki keluar rumah,
huish, pemalas sungguh, so, 'dengar' bunyi je larh....

okeh okeh aku semakin melalut
nak citer pasal ape nie? entah. Haha
konon2 ramai sgt larh blog readers yg ternanti2 ape aku nk tulis.
ah. melalut lagi.
dah. dah. nak 'off' dulu.kalau x makin panjang post nieh.
huhu salam alaikJ