kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Thursday, February 24

cerita pasal bunga

salam alaik semua!!! (bace dgn nada kuat+gembira)
dua tiga hari nie, hati sedkit senang dan bahagia,
sebab result test 1 memuaskan hati + bersesuaian dgn usaha saya J,
meskipun ada dua tiga perkara yg merunsingkan fikiran,
namun hidup harus diteruskan, bukan? p/s :time to grow up, huhu

anyway, bukan nk citer pasal suka duka test 1, bosan la...
nak cerita pasal nie,
sempena MGP 2010 (menatang ape tue?),
meema digandingkan bersma saoxy, kak ijat n nizam sebagai ajk tugas2 khas,
name tugas khas, tapi tugas yg meema dpt sedikit pelik sebenarnya,
senaraikan 50 nama meja untuk majlis Malam Gemilang Putra,
tema? menyingkap khazanah warisan desa,
pelik tak? tak pelik? pelik lah wei,
cuba bayangkan.....50 nama meja...berkaitan dgn desa,
nak bubuh nama apa?
sawah, bendang, telaga, perigi, lagi?
baru berapa nama da tade idea,
so i decide to use the name of flowers yg ala2 kedesaan sket,
ada jugak la kaitan dgn khazanah desakn?
so, apalagi? mengadap pacik google lah, hehe
nmpk sgt malas nak g library ntok pinjam buku, kn?

dalam seronok2 cari idea tue, rase best plak tgok gmba bunga byk2,
tringat kt ummi n tata yg suka sgt2 tanam bunga, huwaaa!!!!
nk balek rumah, tlg lah, sy da homesick sgt2 nieh,
dah lah tata nak masak nasi kerabu untuk esok, huhu
tape2 sabar meema, its time to grow up, remember? J

berbalik kepada cerita bunga, mari2 senaraikan 50 jenis bunga,

Friday, February 18

kesilapan itu adalah pengalaman

orang kata, pengalaman mendewasakan usia,
dari hari ke hari kita akan melupakan hari semalam,
dan bersedia untuk cabaran yang mendatang,
tapi entah kenapa, hati ini sukar utuk melupakannya,
peristiwa semalam bagai baru berlaku,

buku itu berpesan kepadaku,
pengalaman adalah gelaran yang diberikan,
apabila anda melakukan kesilapan,
maka apakah peristiwa selama seminggu itu,
satu k.e.s.i.l.a.p.a.n?

aina liyana, tlg jawab :'(

Tuesday, February 15

dEbA tAnYA, mEemA....

seorang dari teman akrabku di AsPer,
debashini, tersangat-sangat suka bertanya,
semalam, dia bertanyakan sesuatu,
"meema, macam mana nak 'wish' maulidur rasul?"
aku terdiam, kurang faham dgn soalannya sebetulnya,
deba mengulang lagi, "kalau raya kita ucap selamat hari raya, kalau maulidur rasul nk ucap apa?"
aku senyum, walaupun pengetahuannya tentang islam tersangat2 cetek,
tapi sekurang-kurangnya dia berusaha untuk mendalami ilmu sahabatnya bukan?
"deba, maulidur rasul bukan ntuk disambut, tetapi untuk dihayati" aku menjawab sekadar dalam hati. maklumlah ilmu masih belum tinggi untuk menerangkn perkara mudah itu kepada beliau.
aku malu sendiri bila mengenangkan kegagalan aku untuk menjawab soalan mudah ini,


mungkin ada insan di luar sana yang lebih mampu untuk menjawab soalan deba,
boleh la tlg bg jawapan kt meema yer, terima kasih :-)

Sunday, February 13

syUkUr pAdaNYA

test 1 kali ini, kukira berlangsung dengan segala kelam kabut yang ada, beberapa hari sebelum paper chemistry, math dan biology kami semua sedang bercuti petengahan semester, namun dek kerana kekecohan membantu ibu menyediakan serba- sedikit persiapan untuk perkahwinan ngga, buku langsung tidak disentuh selama seminggu percutian itu,

sehari sebelem paper chemistry, aku terima email tentang nota tambahan kimia yang akan menyusul dalam test1 nanti, beberapa minit sebelum paper chemistry, kami mendapat berita tentang beberapa perkara yang masih belum diajar kepada kami tetapi akan menyusul didalam ujian chemistry, dengan otak yang berserabut, kami sekuliah (kuliah 1) berjaya mendapat persetujuan untuk mengulangi ujian chemistry daripada Dr. Salwa (ingt sronok ke klu kena re-test?)

biology punya cerita lebih menyeronokkan, haha. sekurang-kurangnya aku mampu menjawab semua soalan yang diberikan, walaupun tidak dengan sempurna. apa keputusannya nanti terletak di tangan Dr Ark...(*haish, dia dah la kedekut markah)

math? tayah citer lah wei, takut demam balik aku dibuatnya.

dua hari lag, paper physic dan agriculture pulak yg akan menyusul, namun aku masih lagi dirumah,
lemas dalam masalah aku sendiri, kena pergi kenduri abg ammar lah, kena pergi sanalah, kena pergi sinilah,
habis, bila mau bukak bukunya?

tapi walau apapun,
kadang-kadang aku bersyukur sgt-sgt kepada Allah yg Maha Pemurah dan Bijaksana,
walaupun aku sibuk dgn urusan dunia,
solat asal cukup syarat,
quran entah kemana,
zikir harian manjang asyik lupa,
taklim wa taklum memang jarang2 ada,
yang wajib semua huru-hara,

tapi, DIA tetap dgn aku,
DIA tak ambil nikmat makan aku,
nikmat tidur,
nikmat berkata-kata,
nikmat berhadas, (itu nikmat jugak kan?)
dia masih beri aku sahabat yang baik,
dia masih beri aku negara yang aman,
dia masih beri aku keluarga yang aku ada,
dia masih beri aku nikmat belajar,
dia masih sudi beri aku keputusan yang baik dlm pelajaran (wlupun tadelah sgt cemerlang),

apa agaknya?
yang aku akan beri pada DIA?
sebagai tanda malu?
sebagai tanda terima kasih?
sebagai tanda bersyukur?



p/s : mari2 byk kn usaha mendekatkan diri kepad Allah dan juga buku, :-)

Tuesday, February 8

nAmA sAyA Bkn mEEmA fAAtimAh!

slalu sgt org panggil aku,
meema faatimah, meema faatimah,
haish, name sy bkn meema faatimah lah,
name saye faatimah shameemah,
nie sume fesbuk punyer pasal,
 tetibe je rase cam nk tuka name plak,
nak jadikan name aq lebih panjang dari biasa,

Dato' Dr Hjh Faatimah Shameemah Al- Zahrah Al-Malizi,
haha, okeh x?
dr faisal blah letak 'tehrani'  kt blakang name dia,
aq pun nk gek letak al-malizi kt blakang name aq, haha
bangga kot jadi ank malaysia, :-)


p/s : harap dpt gune 'dr' dipangkal name sy suatu hari nnt,

tolong jangan baca

salam semua, hurm tetibe rase nk menulis pulak, walaupun esok ade paper kimia kemudian diikuti dgn paper math dan biology, tetapi saya masih tabah menghadap laptop.
hurm kengkadang rase cam aq nk tinggalkan je laptop kt rumah so tadelah aq asyik menghadap laptop je kn, haha tp aq takkan buat punya lah. mcm berani jek, J

tgh duduk sorang2 lyn tekanan yg menjelma setiap kali ade test nieh, tetibe je terfikirkan sesuatu,
ape yg aku kejar dlm hidup nieh sebenarnyek?
ntah la, yg penting aku selalu terfikir kalau aku boleh :

kalau boleh nk jadi org yg mampu,
hurm ada lebihan rezeki nak bantu org sekeliling yang kurang mampu,

kalau boleh nak jadi org pandai,
so tayah lah aq penin2 klu dr zas tetibe buat kuiz fizik en?
bleh tlg membe2 yg kurang jelas dgn pelajaran kewh,
yg pling best, klu adq aq tanye pasal homework, aq bleh jwb dgn pantas (tanpa membuka balik segala nota lama, fuhh)

kalau boleh nak jadi org matang,
tak cepat marah,
tak cepat sedih,
tak cepat terasa,
tak cepat gedik, yeah diulagi sekali lagi tak cepat gedik

nak jadi anak yang soleh,
nak jadi kakak yang bertimbang rasa,
nak jadi adik yang patuh,
nak jadi hamba yang taat!!!

lagi?
kalau boleh, nak tulis novel!!! haha
angan-angan mat jenin J
i luv to dream, coz it make me feel better J

Friday, February 4

ngga wedding

ngga suda kawen!!
selamat pengantin baru ye ngga, huhu sedih plak bila sepupu kesayangan aku semua sudah melangsungkan pekahwinan, lepas nie mesti dh tak bleh nk buat lawak2 'extreme' dgn ngga lg, dh tak bleh nk kacau ngga lebih2, dh tak bleh sroh ngga amik aku kt kolej, dh tak bleh ajak ngga gosip, haish. tak best lah kawen2 nie.haha


sbb tue mls nk tngkp gamba ngn ngga!
hurmm....klu time kecik2 dulu, rase cam best jek jadi pengantin, pakai baju lawa2, then owg sume suke tgok kita, siap bagi hadiah besar2 lagi, klu girlz tu msti terbyg gaun pengantin ala2 barbie tu kn, haha bila fikir balik rasa lucu plak msok umur matang sket (sket je ok, blm matang sepenuhnya, hehe) aku tngok semua sepupu aku (girlz mostly) mesti nangis lepas diorang kawen, then aku realise mesti kawen nie tak best, haha pandai tak aku? masa tu umur baru 10 thon kot, dh pandai berfikiran mcm org dewasa, haha prasan plak

sudah selesai, :')

by the way, hope ngga bahagia disamping keluarga barunya, hope pasnie ngga akan lebih berjaya dlm kerjaya, almaklumlah lepas nie nak ade baby pulak kan? hehe mesti sweet lau ngga ade baby, kena pegang baby, tuka diapers, bncuh susu botol, haha hilang macho

but wateva it is, yg pling syok klu ade wedding ceremony nie, selain daripada kerja yang melambak, tentulah dpt jumpa dgn saudara-mara sy yg sgt disayangi, jumpa dgn sume pacik+macik+cousin yg tercinta.huhu

p/s: haish ngga, pasnie sape nk teman meema kutuk muaz lg? huhu

Wednesday, February 2

ViTamiN M

entah kenapa tangan nie rase gatal je nak mengetuk-ngetuk papan kekunci laptop kesayangan aku nieh,
upm dah lima hari bercuti, termasuklah jugak otak aku,
hurm bila difikirkan balik, dah lima hari jugaklah aku melepak kat rumah tanpa buat apa2 kerja,
baju pun tak payah basuh, tak payah lipat, makan tak payah fikir, rumah tak perlu kemas,
semua nya ada orang yg tolong buatkan,
hadoi, otak memang xjalan langsung, bosan menghadap laptop, pergi lah menyembah tilam dan batal,

test 1? ape tu?
aduh, malas sungguh nak fikir tentang ujian,
saya janji start hari jumaat, saya akan bukak buku,
kenapa bkn sekarang? bukak lah sekarang,
malas.malas.malas.
bila agaknya perkataan malas boleh dihapuskan dari kamus hidup aku?
hurmmm....aku pun takde jawapan.
secepat mungkin harapnya.....................

bila difikirkan balik (bape kali mau fikir daa..),
banyak perkara yg aku dh terlepas kerana malas yg memang dh bersarang dlm jiwa,
malas nk pergi mrsm, malas nk msok debat, malas nk belajar jahit,
malas nak msok kelas komputer, malas nk belajar archery, malas nak belajar pastry,
malas nak study, malas nak study, malas nak study,
malas nak improve amalan harian, malas nak explore benda baru, malas nak praktis driving,
malas itu, malas ini, malas sana, malas sini,

ARGHHHH!!!
pemalas sungguh aku rupanya,
lepas nie nak buat senarai,
"perkara yg malas dilakukan oleh meema & kerugian yang ditanggung oleh beliau"
hmmm... okeh gak tue,

Tuesday, February 1

pasar gelap

apa itu pasar gelap? pasar malam daa....huhu
kalau ikut kan pasar malam memang sinonim dgn rakyat malaysia, malahan melaka punya masar malam sgt terkenal dan menjadi antara satu daripada tarikan utama untuk pelancong asing.tapi....saya jarang sangat dapat pergi pasar malam, haha kolot tak saya?
 sebenarnya kempunan nak makan makanan kat pasar malam + rindu nak hirup udara malam, haha
so baba pun bwk lah pergi pasar malam kat serdang tue, huhu baba saya memang suka serdang, tue yang bersiar-siar sampai sana semata-mata nak pergi pasar malam, :-)

apa yang best sgt kat pasar malam?

bising diakah?


kesesakan disana?



atau bau diakah?

hurm mungkin...................memori kot,

jalan punya jalan,
'hai kak,'
'sape pulak yang tegur aku dlm kesibukan manusia berurusniaga nieh,' aku bermonolog, haha
maka aku pun menoleh,
owh seorang juniorku dari smk jalan dua menegurku dgn sopan sekali,
maka aku pun membalas sapaannya dgn senyuman dan...terus cabut kerana abg chik dh merengek-rengek nk mkn roti oblong, hihi
yela2 dua kebab+roti oblong,
hurm dlm byk2 adik saya, abg chik lah yg paling pandai memanfaatkan dompet saya, memang bagos!!!
lepas tue? balik rumah lah, sebab baba sudah penat, huhu
pape pun sy sempat beli tiga ekor ikan baru ntok akuarium saya! saya suke, saya suke,
haha, mereng dah nie.
okeh2 salam+sampai ketemu lagi ya