kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Sunday, June 19

dia baba saya~

selamat hari bapa kepada semua bapa di dunia,
maafkan saya kerana mengganggu kalian dgn tajuk entry yg pastinya sgt tipikal ini,
namun, dikala sang bintang ceria menerangi kegelapan malam yang sedia gelap,
ditambah dgn percikan bunga api yang mengiringi pembukaan masum di upm,
hati saya yang sedia bergolak ini diganggu pula dengan badai rindu terhadap baba saya,
seperti biasa, hari bapa setiap tahun berlalu dgn tiada makna buat saya dan baba,

 hari-hari hari bapa,mah~


tiap kali saya menghulur tangan mengucap selamat hari bapa,
dia akan membalasya dengan kata seperti diatas,
hinggakan hati terasa tawar untuk menghulur ucapan selamat itu,
sungguh baba saya itu, hatinya penuh dgn sayang,
namun dia tidak seromantis ayah lain didunia,
itu yang membuatkan saya sekadar mengucapkan sayang saya untuk dia melalui kiriman doa kepada sang pencipta (yang menciptakan baba untuk saya)

namun entri dari seorang abang yang cukup saya segani buat saya tersentak,
kata beliau :
meskipun kita berdoa setiap hari dan belanja mereka makan.
sekurang-kurangnya cakaplah Happy Father's Day pada ayah.
hmmm... luahan rasa kepada ayah kita perlu.
kadang kita tunjuk sayang melalui belanja dan lain2, namun kata2 ucapan adalah sayang yang sangat memberi makna.


tiba-tiba hati terasa sayu, 
kata baba benar, hari-hari hari bapa,
namun, apalah salahnya jika saya turut 'memeriahkan',
satu daripada hari2 baba saya yang sedia 'meriah'?


lalu telefon tangan yang sentiasa buat sy teringat pada baba itu kucapai,
lantas tangan menaip bait2 kata,
untuk tatapan baba,


"ba, kata baba setiap hari adalah hari bapa, 
namun seorang teman mengingatkan bahawa, seberapa banyak doa yang dikirimkan,
seberapa banyak kasih yang meema tanamkan,
namun kadang2 luahan kata-kata itu akan membuatkan segalanya lebih bermakna,
selamat hari bapa ba, semoga baba akan terus kuat dan tabah dalam mendidik meema untuk menjadi anak yang solehah, hamba yang taat, pelajar yang berjaya, isteri yang solehah, ibu yang baek dan seterusnya,"


"sejauh mana perjalanan saya masih belum pasti, yang pasti sepanjang perjalanan itu, saya akan perlukan ummi dan baba"


tahu apa yg dibalas oleh baba?
ameen, mah jazakillah :-)


owh, baba saya memang begitu, kasihnya tertumpah dalam setiap perlakuannya,
namun bukan dalam perkataanya. pun begitu, dia baba saya~
senyum dia, sgt bermakna untuk saya
baba awak pula, bagaimana?
tapi sy percaya dia baba yang terhebat untuk kalian semua, 
itu sy sgt pasti



4 comments:

  1. hanya ade seorng sje ayah dlm dunia ni. siapa bole gnti tmpat beliau kann ;') terharu bace post ni..

    ReplyDelete
  2. saya selalu tgok baba. nk berckp dgn dia.

    ReplyDelete
  3. ayu : terima kasih sahabat, slm perkenalan *shake hand

    froggy : haha, selalu tgk, :-)

    fifah : speechless? sindir ke ape? :]

    ReplyDelete