kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Sunday, July 31

belajar dari dia, dia, dan mereka

selamat malam wahai pembaca budiman
dua hari menjelang ramadhan, hari2 saya seperti berlalu dgn tenang,
entah kenapa, walau sedikit debar menerjah kotak rasa,
namun setakat ini allah masih bersama saya,
meminjamkan hamba-hambaNYA utk menjadi 
penyangga semangat saya, *senyum.

baru selesai menjamah durian bersama teman-teman sekeluarga,
sekeluarga? ye, ada saatnya kami ibarat satu keluarga,
yang mana saya banyak belajar dari mereka,
banyak atau sedikit, biarlah ia kekal sebagai rahsia,
semakin banyak kesusahan yang kami tempuh bersama,
semakin banyak sayang mereka yang saya terima,

mungkin saya silap pada pertemuan pertama,
tapi allah maha menyayangi,
dan saya punya peluang kedua,
untuk mengenali mereka,


p/s : selalunya saya ta makan durian,
tp hari ni terasa nak ajak satu kolej turun makan durian bersama-sama,
they r one of my hundred reasons to smile,

Thursday, July 28

dimana silapnya aq?

puas saya berfikir,
dimana agaknya silap saya?
sampai keadaan sudah tidak seperti yg diharapkan,
apa mungkin saya yg terlalu terburu-buru?
atau juga kurang berhati-hati?

atau mungkin juga awk yg dah tidak seperti dulu?
tolonglah, jangan biarkan saya tertanya-tanya,
berikan saya jawapan,
seksa tahu, hidup dalam persoalan?

aduh, kenapa masih belum ketemu jawapan ni?
saya silap tekan kalkulator kah?



owh, mathematics,
please, i need answer.........enough wif all of ur problems,
mood : toing2 pusing2 mau final exam,
           woot2, final kot, my foundation life's is going to finish soon 
           shud i happy o wat?


Wednesday, July 27

thanx ya allah~


test 1 sibuk semput2 dgn kpo,
masuk test 2, memerah otak untuk mapas pulak,
memang sgt seronok la kan,
bohong la klu sy ckp sy ta studi utk test,
tp lagi bohong kalau sy ckp sy sgt bersedia utk amek test,

dan bila keluar result physic, memang rasa mcm nk terduduk,
tapi bila kenang balek result  organic chemistry,
rasa mcm sgt ta setimpal dgn usaha saya,
esok nak test, malam tu baru bukak nota kuliah,
pagi berperang dgn *** pulak,
malam memang rase dah tanak jawab paper tu,
rase macam nak balek kolej n tidur lame2 jek,
bila keluar result?

49.5/50?

ya allah, sungguh aq adalah hamba mu, 
kau lah yg menentukan segala nya,
terima kasih ya allah kerana menghadiahkan ummi dan baba untuk meema,
terima kasih kerana meminjamkan deba dan fen untuk meema
terima kasih kerana menganugerahkan abg, tata dan adik2 juga,
dan sebagaimana kau merahmati aq dengan rahmat islam,
kau berilah juga hidayah dan petunjuk untuk dua org sahabat ku,
debashini dan lee xiao fen,
agar kami boleh bersama-sama didalam syurgaMU kelak,
ameen ya allah,
sesungguhnya kepadamu lah aku memohon dan meminta pertolongan 

maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

p/s: If you love something, let it go. 
If it comes back to you,
 its yours forever but if it doesn't, 
then it was never meant to be.

Tuesday, July 26

aq seorang guru

selamat pagi malaysia,
mata masih segar menghadap komputer,
gara-gara penangan mgp dan mapas mungkin,
dalam terkebil-kebil memaksa mata untuk berlayar,
hati terkenang insan yang jauh, tapi dekat dihati,
teringat kenangan masa jadi guru dulu,

hari-hari ada sahaja soalan cepumas yang terkeluar dari bibir comel mereka,
suatu hari dikelas bahasa melayu,
topik kata adjektif, cemburu.

a           :  teacher, cemburu tu apa maksudnya?
meema  : hurm, awk rase?
b           : hah, sy tau teacher, sy tau,
meema  : okey b tau, cuba terangkan kat a, bleh? *senyum
b           : cemburu tu ade kt org perempuan,
meema  : kenapa awk ckp macam tu? *hairan
b           : sbb mak sy selalu cemburu dgn pompuan lain yg slalu keluar dgn ayah saya,

tanpa aq sedari, gelak tawa kalian menghapus air mata ini, :)

aduh, kasihan kamu syg, usia mu terlalu muda utk mengenali erti hidup,
ya, mungkin aq seorang pengajar, namun hakikatnya aq yang sedang belajar dari mereka,

malu sendiri

kan dah silap ckp, 
sekarang siapa yg malu?  huhu T_T

Monday, July 25

majlis apresiasi asper 2011

majlis apresiasi asper 2011,
sesuai dgn namanya untuk menghargai kami2 pelajar semester akhir asasi sains pertanian
dan saya diamanahkan untuk menguruskan bahagian cenderamata,
agak berat pada mulanya,
namun mudah di pertengahan
dan berakhir dengan seribu pengertian,

syukran utk biskut dan warna yg teman saya kemana-mana,
untuk deba n fen yg dengar rungutan dan keluhan saya,
untuk mr hanif yg sudi hantar hadiah sampai ke pintu kolej,
untuk akak nira yang susah2 siapkan order sy secepat mungkin,
untuk anis dan shuhada yg rela disaat2 akhir, syg sy buat kalian adik,
untuk qayyum yang sudi menghulur prtolongan,
untuk *** yang menghibur dalam diam,
aduh, kalian memang senget kan?

credit to nadh 4 d pic, huhu sori da ambil bru nk credit

untuk laksamana dan bendahara melaka yang buat hati saya gundah gulana, *senyum
maaf, bukan tak mahu berlemah lembut dalam bicara,
kalau ade yg jatuh hati, gimana?, *gurau

makanan yang enak, ade ke makanan yang tidak enak buat kau? jgn bohong meemah, huhu
persembahan yang buat hati saya menangis sepi,
semua yang terlibat, anda hebat,
aduh, nak repeat asasi boleh?

p/s: jgn racuni sy dgn ketidaksenyuman kamu, tlg lah, *sigh
salam alaik wahai pembaca budiman,
hati meronta ingn menulis, namun akal kekurangan idea,
ketandusan ilmu sebetulnya, ilmu untuk menyusun bait kata,

sedang menghitung hari untuk meninggalkan sebuah lg akademi kehidupan saya,
pusat asasi sains pertanian, universiti putra malaysia,
terlalu byk yg saya pelajari selain dari nota kuliah yg bertimbun,
mungkin kisah saya disini tidak sehebat dan seistimewa rakan lain,
yang mungkin sedang berbaju tebal di negara orang,
atau sedang berpanas terik dibumi anbiya'
owh, atau juga yang sedang bergelumang untuk merebut gelaran dr, *senyum
tapi cukuplah kiranya saya mengandaikan bahawa, kami (asperian) sgt istimewa dari sudut yg berbeza,
satu darinya? menyusun langkah ke ladang setiap petang jumaat,
owh, manis sungguh kenangan itu bukan?

dan semalam kami diraikan dalam suatu keraian,
hurm, hati terasa sayu melihat wajah-wajah yang akan meninggalkan diari kehidupan saya,
dalam hati menangis kerana perpisahan,
jiwa saya terasa terhiris kerana kekurangan lain,
sahabat-sahabat yang saya kenali,
seprti menjadi insan lain buat seketika,
saya sendiri keliru, apakah itu kalian yang sebenar,
atau.............................................................
ah, mungkin kalian juga beranggapan yang sama seperti saya,
cuma saya yang kurang menyedarinya,
semua orang perlukan cermin bukan?

terima kasih but xiao fen yg mnghormati permintaan saya, 
buat deba yg buat saya tertunduk dan berfikir seketika, marilah ikut saya, kita berteman sampai bila2,
buat nazrul yg byk mulut, maaf kurang masa untuk melayan kamu berbual, 
dan terima kasih ya allah kerana membuka mata saya, seluas-luasnya, 

p/s : semakin ramadhan menghampiri, semakin saya ingin berlari, malu.

Thursday, July 21

tegurlah saya dengan berhikmah

salam alaik wahai dunia saya,
ini minggu berdukacita,
untuk saya seorang, mungkin?

sumpah, saya sangat terasa bila awk dah ta tegur saya,
maaf kalau saya tersalah,
tegurlah saya dengan berhikmah
bukan mendiam seribu bahasa, 
mesej ta reply, senyum ta berbalas, salam ta bersambut,
kenapa? ok lah, saya redha : ] yelah tu....

hari ni rasa macam penat sgt melangkah,
rasa macam nak lari dan tinggalkan semua tanggungjawab,
tapi biskut kilat cakap
'' itu adat berkawan mah, "
buat sy tersentak seketika dan teringat pesan ummi,
"sekali kawan, selamanya kawan mah, buruk dia kita terima sama macam baik dia, "
hey biskut, terima kasih sbb selalu ingtkan saya bila saya terlupa,

saya budak baru belajar la, 
ambil galah tolong jolokkan,
faham x? oh, tolonglah faham,

Tuesday, July 19

expect the unexpected

awak,
jangan pernah sesekali,
mengharapkan insan lain untuk memahami situasi kita,
kalau rase nak tolong, silakan tolong,
saya kan budak baru belajar,
tapi jangan lambakkan saya dengan masalah yg anda cipta sendiri,
buhsan, tahu?

p/s : count down 4 asper lunch 

Sunday, July 17

nisfu sya'ban

salam alaik semua,
bagaimana hari anda hari ini?
penuh dgn keajaiban?
alhamdulillah, trima kasih kepada tuhan semesta alam 
yg memberi keajaiban itu, nikmatinya tapi jangan melupakan DIA, 

pejam celik, pejam celik,
dah masuk pertengahan sya'ban,
sayu rasa nak bertemu ramadhan, 
maklumlah, persiapan diri masih belum utuh,
nak berperang dgn nafsu sendiri,

p/s : baca tiga yassin antara maghrib dan isya' sambil memohon umur yang panjang dlam keadaan sihat, rezeki yang halal dan mati dalam iman, moga dikabulkan :)

Thursday, July 14

minggu exam la sgt~

salam pertemuan semua,
bagaimana hari-hari anda berlalu? baik?
aduh, cemburunya saya,



ya, mungkin saya wanita yang kurang beradab dimata awak,
tapi,
saya ta pernah dan saya harap ta akan pernah,
men'celaka' kan org lain, *senyumlah, hidup awk masih belum berakhir, 

Tuesday, July 12

sempurna, bila ye?

eleh, cakap pandai,
macam lah dia baek sgt, huh

"perlu ke menjadi sempurna untuk menegur dan berkongsi ilmu?"

kalau perlu, bila ye masa nya akan muncul seseorang untuk menegur dan menasihat? 
khabarkan padaku,



p/s : maaf, meninggalkan tanda tanya lagi, aku perlu kalian untuk merungkai persoalan, bolehkan?

Monday, July 11

berubah, perlu ke?

salam alaik semua,
dah solat? sudah? bagus,
dah basuh baju? sudah juga? bagus lagi, *sy belum

ingin mengetuk minda kalian dgn satu persoalan,
bisa jadi perkongsian bersama mungkin,

"jika hidup sudah terasa tidak seindah dulu, 
apa yang bakal kalian lakukan?"

think and share wif me, thanx and LOL *lots of love,

mengundur diri kembali, 
ujian yang dicipta manusia sedang menanti 
hingga ketemu

Sunday, July 10

"stitchNknot 1st giveaway!"


salam all readers,
pertama kali nak join contest, 
so hari ni nak cerita pasal http://stitchnknot.blogspot.com, salah satu daripada ratusan blogshop yg jual hasil kraf daripada felt, 
meema suka blog ni sebab dia ada banyak felt crat series yg kawai!!!
akak ni sgt kreatif dan ade banyak idea kreatif dalam mengeluarkan produk yang comel,
meema dapat rasakan yg dia menghabiskan byk masa untuk menyiapkan setiap satu daripada hasil tangan dia,

the first thing that make me to click her 'follow'  button

lagi satu yg cute kat sini adalah.....

meema selalu tertanya-tanya, macam mana akak jadikan dia boolat2 macam tu ek?
owh, walau apa pun, ianya sangat kreatif n again, COMELnyek!!
kalau ditanya craft mane yg paling best, meema pilih grey neko plushie cat, 
actually nak beli, tp ta cukup duet, huhu
kenapa? sebab dia sgt cute n buat meema rasa nk peluk plushie tu lame2, 
dan mungkin jugak sebab grey is one of my favourite colour, *smile

okeh, skarang time bagi komen yang membina pulak,
akak full time student kan? camne akak bahagi masa buat kraf n study?
cuba kongsikan dalam blog akak, so taklah macam sunyi sgt jek blog akak,

hurm, lagi satu...akak pandai buat lappy casing x?
mesti pandai kan? kan? kan? try la buat, teringin nak tengok,

hurmmm.....setakat itu utk dikongsi, masa utk baca buku biology, esok test!
sehingga ketemu lagi, 

Saturday, July 9

take a break~

take a break~
salam ujian, salam peperiksaan, salam menolak kemalasan,
ye idea sedang dtg mencurah-curah tetapi tuntutan ujian harus diutamakan,

tapi mungkin bisa saya tinggalkan kalian dgn satu persoalan :

" what is the best way to tell a girls that u like her?"

mungkin kalian bisa menjawab*memandangkan majoriti pembaca blog ini adalah wanita J


p/s : soalan ini ditujukan oleh seseorang kpd sy, 

syamil torres
universiti putra malaysia

Friday, July 8

e~k~g

mood yang sgt tidak menentu, 
mulanya sgt bersemangat untuk meneruskan permulaan hari ini, khamis
ketiduran dalam kelas matematik,
buat otak saya kurang berfungsi dalam makmal fizik,
persengketaan yg berlaku buat saya rase......

untuk awak :
bila awak memilih untuk berkongsi kisah kita dgn org laen,
saya tertanye2 siapa saya di hati awk?
maaf.  bukan ragu, cuma inginkan kepastian,
apa masih belum cukupkah saya, dia dan dia utk dgr rungutan hati awk?

untuk awak pulak :
saat awak mengatakan bahawa
terasa diri awk keseorangan,
saya rasa malu dan sangat malu,
ini bermakna saya gagal sebagai seorang kawan,
maaf kan saya? kita buka lembaran baru, hmm....

dan untuk awak pulak :
apa yg ko nk sebenarnyek?
jgn bg puzzled bleh? aq failed lah.ta pandai maen puzzle2 ni,
sudoku bleh la, HUH!

akhir sekali untuk kamu semua :
tak rindu ke asper dulu2?
masa kita same2 jerit dalam dewan besar?
masa kita same2 nyanyi thirteen mambo?
masa kita same2...teet.... 
tak rindu ke? 
saya rindu, sgt2, T_T

dan untuk baba yang bwk saya dari mines ke s.s semata2 nk dpt kan cheezy wedges,
terima kasih kerana melayan kerenah meema, 
untuk abgchik yang dipaksa teman >>> laen kali abgchik plak yg kena belikn mini cooper tu utk meema, : p
untuk tata yang sibuk nak masuk keje >>>> tunggu la sihat dulu, workaholic btol la awk ni,
untuk ummi yg rindu kt meema >>> mah rindu ummi jugak, rindu nk tidur ngn ummi la, T_T

Thursday, July 7

wordless wednesday~1

sempat lagi x?
tlg la sempatkan, huhu


p/s : awak jaga diri tau...hmmm J

Wednesday, July 6

kenapa perlu merungut?



kenapa perlu merungut tentang hidup?
bukan kah seorang pelajar itu memang belajar tanggungjawabnya?
hari ini belajar esok periksa, kemudian lusa nya belajar dan tulat kembali kepada periksa lagi?
berhentilah merungut, 
belajar itu susah bila aturan Allah itu kamu ubah, 
tidur yg secukupnya dijadikan berlebihan,
solat dan amal ibadat malahan dikurang-kurangkan,
hiburan pula yang  menjadi kemestian,

bayangkan, 
andai sang penyapu jalan sudah bosan untuk menyapu,
kerna sampah tidak pernah habis,
atau 
andai bila sang pemimpin sudah lelah berhujah,
kerna masalah tetap juga ada,
atau 
mungkin sang mentari menyembunyi sinar,
kerna rajuk pada khalifah dibumi,

hidup ini akan bertukar aneh kan?
ya, mana mungkin sang penyapu jalan berpidato dan berhujah,
pasti tidak enak butir katanya,
mana mungkin juga sang pemimpin yag menyapu dijalanan,
pasti tidak celus tugasannya,
terus? mengapa merungut?
bukankah memang belajar itu tugasmu?
buruk bukan andai insan lain yang menukar ganti tempat mu? 
p/s : ingatan untuk diri sendiri


kalau~

kalau satu hari nanti,
saya jadi sgt bodoh,
atau
saya jadi sgt hodoh,
atau
mungkin saya jadi cacat,
atau
mungkin saya jadi nyanyuk
atau
mungkin saya asyik buat silap,
atau
mungkin saya asyik buat awk susah,
atau
mungkin saya dah x macam dulu,

adakah awak akan terima saya?
macam dulu2?

Sunday, July 3

kuat sgt ke?

sedang menjadi penghuni sementara hutan simpan ayer hitam puchong,
meneruskan perjuangan sebagai m*m kolej 13,
memantapkan diri dari segala segi yang sedang bersegi-segi,
kursus pemantapan organisasi sebetulnya,
yang merampas masa saya bersama yang tersayang,
yang mencuri detik-detik terakhir saya bersama teman sekuliah,
yang menyingkatkan saat-saat saya bersama tilam dan bantal,
yang buat saya ulang-alik ke blok lelaki, *sy kurang gemar ini

nk tahu ke apakemendanya tu?
sila lah telusuri ini, mungkin kalian akan memahami J

















 kacak kan? eh, silap, cantik kan?
tgk la siapa jurugambarnya, J

makan atas daun, minum air sungai, 
ah, hidup sememangnya seindah itu, bukan?
huhu
dan hati sy diuji berkali-kali disaat ini,
wahai hati kuatlah, 
seorang teman saya berpesan, 
ingatlah syurga Allah itu manis
dan janjiNYA adalah pasti
betapa saya selalu terlupa tentang itu?
awak pula bagaimana?

p/s : is trying my best for the coming ramadhan n the second test

Saturday, July 2

lets it talk~



korang igt korang comel lah?
ak ah memang korang comel pun, ^_^


Friday, July 1

s.e.p.a.h




its 4.30 again =.='
dah dua hari sy tidur lewat, terlalu byk perkara yg menuntut
untuk diberi perhatian,
but yg paling sedih ialah dah tiga hari she's in hospital but i've no time to visit her, huh,

esok nk bertolak pergi hutan simpan ayer itam, puchong
kursus tiga hari dua malam kt sane,
baju yg belum berkemas, assignment yg perlu disiapkan sebelum berangkat,
owh, i'm the one who choose this way,
so serve your right meema, T_T

ya allah, walau apa pun yg terjadi,
jgnlah kau tarik nikmat hidayah-Mu yg telah kau berikan padaku,
test 2 is coming but i hv no idea bout what is going on with chemistry,
boleh ke? kekalkan momentum? awk, awk, dan awk kena tolong sy tau, 

p/s : start to s.w.o.t meema, lupa ke apa malek ajar?