kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Monday, July 25

salam alaik wahai pembaca budiman,
hati meronta ingn menulis, namun akal kekurangan idea,
ketandusan ilmu sebetulnya, ilmu untuk menyusun bait kata,

sedang menghitung hari untuk meninggalkan sebuah lg akademi kehidupan saya,
pusat asasi sains pertanian, universiti putra malaysia,
terlalu byk yg saya pelajari selain dari nota kuliah yg bertimbun,
mungkin kisah saya disini tidak sehebat dan seistimewa rakan lain,
yang mungkin sedang berbaju tebal di negara orang,
atau sedang berpanas terik dibumi anbiya'
owh, atau juga yang sedang bergelumang untuk merebut gelaran dr, *senyum
tapi cukuplah kiranya saya mengandaikan bahawa, kami (asperian) sgt istimewa dari sudut yg berbeza,
satu darinya? menyusun langkah ke ladang setiap petang jumaat,
owh, manis sungguh kenangan itu bukan?

dan semalam kami diraikan dalam suatu keraian,
hurm, hati terasa sayu melihat wajah-wajah yang akan meninggalkan diari kehidupan saya,
dalam hati menangis kerana perpisahan,
jiwa saya terasa terhiris kerana kekurangan lain,
sahabat-sahabat yang saya kenali,
seprti menjadi insan lain buat seketika,
saya sendiri keliru, apakah itu kalian yang sebenar,
atau.............................................................
ah, mungkin kalian juga beranggapan yang sama seperti saya,
cuma saya yang kurang menyedarinya,
semua orang perlukan cermin bukan?

terima kasih but xiao fen yg mnghormati permintaan saya, 
buat deba yg buat saya tertunduk dan berfikir seketika, marilah ikut saya, kita berteman sampai bila2,
buat nazrul yg byk mulut, maaf kurang masa untuk melayan kamu berbual, 
dan terima kasih ya allah kerana membuka mata saya, seluas-luasnya, 

p/s : semakin ramadhan menghampiri, semakin saya ingin berlari, malu.

No comments:

Post a Comment