kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Wednesday, August 24

ini post jiwa-jiwa #3

hidup ni diibaratkan seperti sebuah pinggan yang kosong,
hanya akan berguna bila ada 'juadah' didalamnya,
dan yang membentuk sesuatu 'juadah' itu,
 terdiri daripada pelbagai rencah,

macam perjuangan aq sebagai asperians,
pinggan itu kosong pada mulanya,
sedikit demi sedikit ia akan dipenuhkan,
dengan kehadiran setiap insan dan kenangan yang dibawa bersama mereka,
dan bila tiba satu saat,
semua orang sudah ada, segala 'perencah' sudah siap dicampur gaul,
hidangan sudah tersedia didepan mata,
kita akan menghabiskan 'hidangan' itu,
secepat dan sepantas yang boleh,
dan disaat 'hidangan' itu mula kehabisan,
kita akan merenung kearah itu,
dan mula menangisi 'kehabisan' itu,
ironik kan?

sepanjang bergelar asperians,
terlalu byk org yg aq kenal dan jumpa,
dan jatuh cinta, cinta kerana kagum,
kagum dengan senyum dia,
kagum dengan ikhlas dia,
kagum dengan tawa dia,
kagum dengan kata dia,
kagum dengan tabah dia,
kagum dengan kuat dia,
kagum dengan rajin dia,
juga dengan islam dan iman yg ada pada mereka,
ah, mereka itu sgt pelbagai,
sukar kiranya mahu dilahirkan dengan sekadar buah bicara dan baris kata,


aqilah, impian nya setinggi menara telekomuni kasi,
moga cita mu tergapai, kawan baru.


aina, telinga dia selalu ada untuk saya,
diniy, selalu sedia,


paan, dia punya masalah self obsession, :)
moga berjaya sahabat sepengajian dan seperjuangan,


azwan,mulutnya bergerak sepantas akal dan tangan yang bertindak,
banyak yang aq belajar dari kamu,


chee yien, sibuk tp selalu punya masa utk membantu,
alvin, the unpredictable,


ainal, senyum dia punya banyak rahsia,
maaf kurang punya masa untuk kamu,


akim, kawan yg berubah ikut peredaran masa,
kau kena jaga diri klu nk jaga kwn aq yg hati tisu tu, :)


syafiq osman, abg long bangi kata beliau, kurangkan main teman..
akmal, senyap tapi punya rahsia tersendiri,


hanafi, seminggu bekerjasama x cukup utk berkawan sebenarnya,
byk dosa aq dengan kamu,
maaf ye? huhu


afifah, badan nye kecil,
tetapi tidak jiwanya


hada, senyum dia semanis gula,


ebieyt, semester ke3 baru ku tahu nama mu fahmi,


fairus, adek yg buat aq menyayangi fizik,
si nakal yg susah utk dikawal, tetapi otak nya punya batu geliga,


nazmi,antara yg memahami,


rushda, mulutnya bising tp hatinya baik,
kau memang comel diba

owh ta lupa juga utk dato' bendahara,
ada jodoh kita ketemu lagi,
semoga kalian semua berjaya diluar sana,

"sekali kawan, selamanya kawan,"


p/s : ini post jiwa2 yg ketiga, yg kedua sy simpan dulu,

japgi nk jawab chemist, ok?

cer carik mana saya?



salam alaik,
ni jiwa kacau da dtg,
huhu, lumrah la kan p.e.r.e.m.p.u.a.n,
esok paper kimia,
tapi masih ta boleh tidur,
=.=
ya anak2, klu ade org bising,
memang kita susah nk tidur,
melainkan telinga kita kurang berfungsi,
atau tidak berfungsi langsung,
bila susah nak tidur,
maka kita akan tertekan atau pun menekan,
*saya yg pertama,
maka saya rasa macam nk cakap,
korang tanak tidur ek?
mini library bukak lagi kot, 
pergi lah sana,
bincang kuat2, cakap kuat2,
pergilah,
saya selaku MTM memberi keizinan dgn seikhlas hati, *cis, riak disitu
korang mengganggu saya kot, *org lain saya ta tahulah, huhu


last day dpt buat bising dgn asperians kuliah satu,
oh, T_T




p/s : kadang2 bila cakap sensorang rasa mcm stail pulak, kan?
tak ek? okfine.

Tuesday, August 23

dan pertanian mula mengundur diri


ingin menikmati sepi hujan dijalan-jalan kota sherlock holmes, *senyum sendiri

selesai paper agriculture,
jawab 30 minit, menari dan menyanyi 30 minit,
pandang kiri, pandang kanan, terus minx izin nk keluar,
hujan di luar dewan buat mata saya lebih diutamakan berbanding menjawab soalan,

balik bilik, 
sambil melayari internet,
sambil menikmati secawan kopi panas,
ok, bohong saja,
paper organic chemistry pula menanti esok,
mahu menikmati hujan anugerah allah dahulu,
owh, ya semalaman berjaga menghafal sepuluh fakta penting,
masuk dewan, sy sempat ingat tiga jek,
sedikit menyesal kerana selalu bertangguh belajar,

hari-hari terakhir turun kat perhentian bas hadapan perpustakaan sultan abdul samad,
lepas ni turun depan fakuti alam sekitar pulak,
terujakah saya?

Monday, August 22

physic was done,

physic was done,
keluar dewan senyum sorang2,
bulan puasa meemah,
jaga sikit adab tu,

yang paling susah nak jaga,
yang paling fragile,
yang paling cepat hanyut,
yang paling cepat rosak,
yang paling . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
.
.
.
.
.
.
.
.
hati saya, 
sekian.


bila ingin berubah

ketika hati ingin berubah,
cari kawan yang bisa teman,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
khaulah, a'aishah, durrah, naai'lah, naai'rah
fatimah, farhanah, angah, athirah,
semoga allah merahmati kalian,
saya rindu ustazah normah, sekian,

Saturday, August 20

ramadhan 20

"life is up and down,
but the most important thing is what ahead,
and who's beside you,"



still in final exam mood but not as bad as my sem 2 final,
because of ramadhan bless i guess?
juz finish khatam for walipa *my grandpa,
till then, salam alaik

Thursday, August 18

ramadhan 18

salam alaik,
seronok pulak buat post guna title ramadhan ni,
rasa macam sedap didengar, oh, perasaan semata,
hari ni air mata hampir menitis,
hampir ye bukan sudah mahupun telah,
paper biology berakhir dengan penuh kepayahan,
tersekat-sekat pena menulis baris kata,
memenuhi kehendak pensyarah pujaan,
toleh sebelah tgk insan disana tersenyum-senyum menarikan pena,
sambil mata tertunduk-tunduk mencari jawapan,
orang pakai akal, kau pakai mata,
nampaknya hikmah dan berkat ramadhan tak menusuk ke jiwa kamu,
kesian kamu,
takziah untuk kamu,

tarik nafas, hembus

untungla orang hanfon mahal, kan?
hanfon aq? dpt hilang rindu a'elati kt rumah pun jadi la~

p/s : dr zainol lecturer terbaik sy in asasi msg n here it is,
salam-good luck for ur exam- ramai membuktikan kejayaan cemerang dicapai dlm bulan ramdhan,
all the best n selamat maju jaya, ameen
take extra care n u can do it,
msg forwarded to laisha,
pembakar semangat katanya,


okeh, idea habis sudah.
ilal liqa'  ma'as salamah,
saya rindu ustazah normah,
sekian.

Tuesday, August 16

ramadhan 16

niat2 baek yag terhalang dek tangan2 jahat manusia,
dah tiga ari makan nasi berlauk kan telur masin,
yer, sy ulangi telur masin
sabarlah meema, dh nk buat cemane kan?
lauk ayam tu mahal sgt,
so, makan la nasi kerabu lauk telur masin, 
hah, tu baru studi kt upm blm langkah luar selangor pun,
da kerinduan dgn masakan rumah kan?
padan muka kamu,

hurm dalam semput2 nak khatamkan mader tue,
quran kareem jgn tinggal pulak yer?
baik ummi,


okeh, sila menjamu mata, 
pinjam dari album hanafi, haha
wordless wednesday kan?
sy memang wordless bila tgk gambar ni,
sebab terus gelak tanpa henti, 
dah, sekian. terawih2.

Saturday, August 13

ramadhan 11

salam sejahtera pembuka bicara,
ini ramadhan kesebelas di malaysia,
ikut perancangan hari ini sudah juzu' yg ke 11,
hurm tapi sedang tersekat kerana panggilan illahi,
demam selsema ditambah dgn sakit lama yg kembali menyapa,
kali terakhir diserang waktu tingkatan 4, seingat sayalah,
dan tiga hari diserang, tiga hari juga tak berhubung dgn rumah,
hari pertama, ummi kol, saya x angkat,
hari kedua, baba kol, sy reply dgn mesej, *ba, mah dalam kelas,
padahal kelas math tu memang dah ter'halal' untuk diri saya, huhu
bukan tanak angkat fon, cuma takut mereka risau,
hari ketiga, kelas start sembilan pagi,
tujuh pagi dh menapak ke bilik air,
takut kena serangan lagi, sediakan payung sebelum hujan,
siap berpakaian terus pengsan atas katil,
dalam mamai2 tu hanfon berbunyi dan saya 'ter'angkat
ummi : tgh buat ape mah?
me : rehat2 jap, nk pegi kls japgi,
ummi : suara kenapa laen?
me : erk, selsema sket semalam,
ummi : kurang tidur la kot, smalam tidur pkul bape?
me : mcm biase jek, *smalam firedrill dan sy langsung x tidur sbb berjaga utk firedrill, huhu
ummi : harini balek umah, sabtu ummi hantar balek,
me : erk,
ummi : apsal? ade meeting lg ke?
me : tak kot, hurm ok mah balek,
ummi : k lah, nk tgk adik2 g skolah,
fon off~ dan aq pun off skali, bila mata terbuka, 10.45 pagi,
gud. klas memang abes kol 11.00 pagi,
'halal' satu lagi kelas aq,
bila check hanfon, *salam, malam ni ade meeting jam 11 malam, kat kala jengking,

tepok dahi sambil tahan sakit,
hebat dugaanMU dibulan berkat ini ya allah,
tarik beg baju, 
sumbat ape yg patut,
mesej baba, *ba, arini mah buka puase kt umah,
lega, 
hati berbisik : kak farah maafkan saya,
fon bunyik lagi,
apa lagi cubaanMU ya allah?
*mah, i eat kurma, so sweet, u drink alot of water ah, klu sakit boleh buka puase kan?
oh, cpt sungguh allah menghantar 'penawar' buatku,
"Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya" 
salam alaik mader, hingga ketemu lagi,
en. serway, sabar ya, aq butuh rehat,
organic chemistry doakan sy cepat sembuh tahu,
ssk, calculus, agriculture kalian tidak aq lupa,
cuma butuh waktu sahaja,
pen off~~~~~*pen la sgt

Friday, August 12

ini post jiwa-jiwa #1

sains pertanian? kau suka? aku suka,
pijak padang rumput yang menghijau,
bau rumput yg kebasahan dek hujan, aduh, asyik bangat,
tapi tu kalau kat new zealand lah, kalau setakat upm serdang?

memang seminggu minggu orientasi aq jadi bisu,
org senyum, aq paling, 
org gelak, aq geleng,
org main, aq minggir,
sangat pasif bosan kosong dan tiada apa-apa,
rasa mcm setahun setengah tiga semester akan berlalu dengan airmata, huh
dan sekarang memang sedang berair mata pun,
bukan sebab sedih sebab sayang


 deba n fen
deba said : mah, d first time i see u i already like ur face, u look so baek,
me : then how i'm after be ur frens?
deba : now only i know that u're very jahat n like to tease people,

"a friends is who knows the real us,
but love us anyway"

fen said : d first time i see u, i'm afraid to be friend wif u, even my heart really want to do so
me : why is dat so?
fen : u look so garang n no mesra at all,
me : then?
fen : nw i'm afraid if one day we meet again after a long time 
n all i do is smile to u like a stranger,

"a strong friendship doesn't need daily conversations, 
doesn't need always togetherness, as long as the relationship lives in the heart,
rue friend will never apart"

KKM 7?
 fen : mah kita pegi kkm same2 nak x?
meema : dun want bcos i'm afraid it will affect my studi, huh
deba : both of u go la, i stay here n study for both of u, 

MEETING AT LATE OF NIGHT EVEN TOMORROW GOT TEST?
meema : wat if i cant answer the question?
deba : u go help them, i will help u wif ur paper,
fen : finish ur meeting n come sleep with us tonite,

dear allah, how much i hope there will always be wif me?
here n hereafter?


laisha :  ma,evn kita ni kjap kelabu,kjap putih..evn the most tyme kta kelabu..kita lg knal diri kita,so..chaiyok2~sama-sam​a kita usaha^^~~~
ma, adat berkawan memang cmtu, baek buruk dye kita kena terima, T_T
yang bwk sy jumpa kak kauthar, yg teman sy pegi jalan tar, yg teman sy terawih kt orion, yg teman sy goreng2 kat bazar,

amal: Aku suka kaw la giler . ^^
bila awk jatuh hati, aq plak yg risau nk mati, haha jeles okeh? yg teman sy study smpai 4 pagi, yg blanje sy bila dompet kurus,
yg buat sy kembali senyum bila result test mcm nk membunuh,

epi : terima kasih awak , sebab jadi kawan saya since hari first kuliah .awak tetap kawan saya selamanya 
yg jadi kawan bergaduh, yg jadi kwn berkongsi susah, yg jadi kwn bermasam muka,
i need a shoulder to cry *d most thing i remember bout u is dis msg, huhu

"either u realise or not, u're one of my hundreds reason to smile"



aq tampar ko kang mah,
ma, nnt teman aq ukur tau,
tlg aq dgn menda ni, bole? x bole xpe,
bg aq satu citer lawak? plz satu un jadilah,
cpt salin ayt aq, tulis dlm novel ko,
ye la mah, ko menang,
yang ko serabut sgt ni pesal? cube tenang sket,
tlg kait kan baju utk hamster aq?
mah, jom join kitorang buat bisnes? aq jual bola, ko jual baju baby kt tepi kedai aq,
kita letak name MJM, ok x?
asal korang x kjot aq pagi tadi?
nanti time degree, sape nk teman kitorang time study week?

korang la yg paling senget, yg paling nakal, yg paling malas,yg paling gedik,
tapi korang yg paling,aq sayang,
silap,
antara yg paling aq sayang, 

the world smile together  wif me when u smile

dan asasi dah sampai ke penghujung, 
kelas dah habes, 
segala lab report dah tamat,
segala event dah berakhir,
tapi sy harap,
kisah kita takkan ada penghujungnya,

dan bila ditanya,
mah sape kawan baek ko?
ramai, boleh buat satu team bola
ana,
ima,
ieyah,
aina mardhiah,
theha,
falah
deba,
fen,
laisha,
eppi,
amal,
mamat,
jay2

kan? ramai x? kalah harimau muda malaya, tahu?

Wednesday, August 10

wordless wednesday~2



allah maha mengetahui,
apa yg kita harap, itu yg DIA bagi,
ta percaya?
cubalah,

contoh entri bosan

assalamualaikum, ta jawab dosa, klu jwb sayang *owh, rindu sekolah rendah

pernah tengok orang buat entri bosan?
nak tgk contoh nye tak?
ok, kat bawah ni ade satu contoh yg sangat bagus,

.
.
.
.
.
.
.

selamat malam semua
arini ari ke 9 ramadhan,
tadi buka puasa makan kepci,
makan dgn kawan saya, name dia abu, minah dan tipah,
lepas makan kepci,
terus tertidur,
pastu, bangun, mandi dan sedia untuk isya' dan terawih,
tapi, tertidur balik,
sampai terlambat nk pegi meeting, 
pastu kena marah dgn saoxy,
sebab dtg meeting lambat,
pastu abes meeting,
terus balek bilik dan bukak laptop,
BW jap dan buat entri baru,
trima ksih kerana membaca hingga ke penghujung
anda pembaca yang tabah, tahniah! ~drums*~*~*

Monday, August 8

ini ramadhan saya, awak?

salam alaik semua,
pejam celik pejam celik dan masuk seminggu kita berpuasa,
menahan nafsu lapar, dahaga dan sebagainya,
ramadhan saya seminggu ini bukan sahaja berpuasa dari makanan,
malahan puasa dari melihat buku juga, =.='

ramadhan ini warga asasi upm terpaksa bersendirian,
yer, dengan food court yg menutupkan diri,
dgn bilangan bas yang pupus secara tiba2,
sangat sukar untuk mendapatkan juadah berbuka,
baru tahu apa rasanya berbuka dgn apa yg ada,
ah, sekurang-kurangnya dpt belajar sesuatu, bukan?

dan kami warga majlis tertinggi mendapat arahan dari pengetua,
harus dibuka sebuah bazar untuk kemudahan adik2 dan rakan2 asasi,
*maka bertepuk dahilah saya,
jujur nya memang ta terbayang kemampuan untuk menguruskan sebuah gerai menjual juadah berbuka,
mana harus dicari juadah nya? kemudian harus berjualan pula,
kalau kelas sampai lewat petang gimana?

"kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad,maka bertawakkallah kepada Allah "

maka merasalah saya gimana berjualan dibazar ramadhan itu,
turun seawal jam 3 petang, tolong kak ijat buat burgerdill, goreng samosa, hanguskan ayam dalam kuali,
owh, penat sungguh saya, haha 

berterima kasih kepada Allah yg telah menghantar kn pembantu2  buat saya
saoxy tukang lari2 beli barang berjualan,
kak ijat yg rela hati untuk jaga bahagian dapur,
luqman hakim yg suka ckp perlahan (dia pengarah bazar kami)
paan tukang jerit2 kat bazar,
adik selamat n sihat n jaringan yang rajin tlg jaga bazar,
owh sampai abg2 n akq2 top6 jeles dgn gerai kami yg byk pembantu,

satu hari tu hujan turun,
maka kami pun merasalah bagaimana meniaga dalam banjir,
tapi Allah maha kuasa,
jualan hari tu, licin habis, *senyum.

owh ta lupe juga, dgn ihya' ramadhan,
masak ramai2 kat surai orion utk berbuka puasa,
nakhoda nya abg zakuan dan pembantu yang taat lagi setia, kak epa,
ta menang tangan nak join 2 program sekaligus,
tapi, semua nya buat saya terfikir,
tanpa mereka, siapalah saya, kan?
aduh, sedih mengenangkan zaman asasi yang bakal berakhir, 

dan kemudian? biar mata main peranan, *senyum lebar2

ini adik selamat n sihat n jaringan, jasamu dikenang sayang ku, 

jemaah ketua blok dipaksa menjual air, 

ini geng kebudayaan, teknologi maklumat dan komunikasi, gabungan mantap saya kira

barisan top6 dan akademik turut menyumbang tenaga, mereka nakhoda utama mtm kolej 13

ini abg burger dan kebab yg tiba2 menjual murtabak maggi,

abaikan kesengalan mereka, itu penawar buat kami sekeluarga,
penat berposing begini kata daus si rabun, haha

kalau berjualan, harus ada yg membeli bukan? 

muhasabah diri untuk ramadhan yang lebih baik berbanding sebelum ini,
selamat berjuang melawan nafsu wahai meemah,