kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Monday, August 8

ini ramadhan saya, awak?

salam alaik semua,
pejam celik pejam celik dan masuk seminggu kita berpuasa,
menahan nafsu lapar, dahaga dan sebagainya,
ramadhan saya seminggu ini bukan sahaja berpuasa dari makanan,
malahan puasa dari melihat buku juga, =.='

ramadhan ini warga asasi upm terpaksa bersendirian,
yer, dengan food court yg menutupkan diri,
dgn bilangan bas yang pupus secara tiba2,
sangat sukar untuk mendapatkan juadah berbuka,
baru tahu apa rasanya berbuka dgn apa yg ada,
ah, sekurang-kurangnya dpt belajar sesuatu, bukan?

dan kami warga majlis tertinggi mendapat arahan dari pengetua,
harus dibuka sebuah bazar untuk kemudahan adik2 dan rakan2 asasi,
*maka bertepuk dahilah saya,
jujur nya memang ta terbayang kemampuan untuk menguruskan sebuah gerai menjual juadah berbuka,
mana harus dicari juadah nya? kemudian harus berjualan pula,
kalau kelas sampai lewat petang gimana?

"kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad,maka bertawakkallah kepada Allah "

maka merasalah saya gimana berjualan dibazar ramadhan itu,
turun seawal jam 3 petang, tolong kak ijat buat burgerdill, goreng samosa, hanguskan ayam dalam kuali,
owh, penat sungguh saya, haha 

berterima kasih kepada Allah yg telah menghantar kn pembantu2  buat saya
saoxy tukang lari2 beli barang berjualan,
kak ijat yg rela hati untuk jaga bahagian dapur,
luqman hakim yg suka ckp perlahan (dia pengarah bazar kami)
paan tukang jerit2 kat bazar,
adik selamat n sihat n jaringan yang rajin tlg jaga bazar,
owh sampai abg2 n akq2 top6 jeles dgn gerai kami yg byk pembantu,

satu hari tu hujan turun,
maka kami pun merasalah bagaimana meniaga dalam banjir,
tapi Allah maha kuasa,
jualan hari tu, licin habis, *senyum.

owh ta lupe juga, dgn ihya' ramadhan,
masak ramai2 kat surai orion utk berbuka puasa,
nakhoda nya abg zakuan dan pembantu yang taat lagi setia, kak epa,
ta menang tangan nak join 2 program sekaligus,
tapi, semua nya buat saya terfikir,
tanpa mereka, siapalah saya, kan?
aduh, sedih mengenangkan zaman asasi yang bakal berakhir, 

dan kemudian? biar mata main peranan, *senyum lebar2

ini adik selamat n sihat n jaringan, jasamu dikenang sayang ku, 

jemaah ketua blok dipaksa menjual air, 

ini geng kebudayaan, teknologi maklumat dan komunikasi, gabungan mantap saya kira

barisan top6 dan akademik turut menyumbang tenaga, mereka nakhoda utama mtm kolej 13

ini abg burger dan kebab yg tiba2 menjual murtabak maggi,

abaikan kesengalan mereka, itu penawar buat kami sekeluarga,
penat berposing begini kata daus si rabun, haha

kalau berjualan, harus ada yg membeli bukan? 

muhasabah diri untuk ramadhan yang lebih baik berbanding sebelum ini,
selamat berjuang melawan nafsu wahai meemah,

2 comments: