kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Friday, September 30

biasiswa jpa

penantian yg panjang sedang munuju ke pengakhiran episod yang indah,
setelah bertungkus-lumus, memohon biasiswa jpa,
ulang-alik ke pejebat jpa di putrajaya,
tebalkan muka jumpa kak hasniah kt pejabat akademik pusat asasi,
kau gebang mah,
bukan nk mohon biasiswa jpa juz mohon online ke?
tak.
kami asperians x layak utk mohon online dgn sebegitu tuntas dan pantas,
sebab pihak upm melewatkan pengeluaran surat tawaran ijazah kami,
angguk.
'seronok'nye merayu disatu pejabat ke satu pejabat,
hanya Dia yang tahu,
dan akhirnya penantian kami berbayar,
setiap titis peluh masin yang mengalir dirasakan manis kini,
oh, sedikit hiprbola disitu, maaf jiwa p.e.r.e.m.p.u.a.n. memang suka berlebihan,

farhanah amirah
lee xiao fen
debashini
syafiqa nazira
tahniah buat kalian juga, *senyum lebar2

wahai allah, terima kasih utk nikmat ini,
ummi dan baba, terima kasih utk doa yg berguni2,
semoga hari-hari yg bakal mendatang akan terus dan lebih berwarna-warni,
.
.
.
.
.
p/s : dan laman web jpa pun jammed malam ini,

Thursday, September 29

daftar salah

mungkin sbb sy alpa dan cuai,
rm50 sy akan melayang,
bila tiba saat2 macam ni memang tataw nk tuding jari pd siapa,
baru rasa betapa kerdilnya kita dibandingkan dgn seluruh warga upm tu, kan?
bila tiba isu duit, memang tade tempat lain nk mengadu,
kecuali pada org ats, cuma Dia yg tahu aturan terbaik utk saya,

p/s : sape ckp duit ta penting, die memang belum tahu erti hidup,
memang bukan duit adalah segalanya tapi segalanya perlukan duit,
masuk toilet un kena hulur 50sen, *masuk masjid je yg masih percuma, kan?


saya rindu mamat kecil,
sembuh segera dik, 
dah tade org nk teman 'mama' maen kejar-kejar,

Monday, September 26

percaya.sayang.kongsi

bila kita percaya dekat org tu,
kita akan sayang dekat dia,
dan kita akn selalu berkongsi dgn dia,
ta kira la apapun janji boleh dikongsi,
duit, makanan, tmpt tidur, tmpt tinggal,
dan yg pling utama rahsia,

terima kasih kerana tak percaya kan saya, 
terima kasih kerana tak sayang kan saya,
terima kasih kerana tak berkongsi dgn saya,
awak buat pilihan bijak, *senyum kecewa.

starting school

bila tiga benda 'wajib' datang dgn serentak,
ummi kata wajib pulang ke rumah,
damdamdoom raya kata wajib bergotong-royong dikolej,
dan fakulti kata wajib ber'starting school',
saya jadi pusing buat seketika,
ptg jumaat lari balik ke rumah, sampaikan xberjwb segala panggilan dan pesanan,
tayah balek rumah la klu xbleh jwb fon kt rumah, *kata mamat yg buang tabiat secara tiba2

pagi ahd,
saat kakak2 aq bertungkus lumus memasak utk jamuan raya,
aq lenggang kangkungutk berstarting school,
rasa bersalah yang amt ditambah dgn sedikit kecewa,
terlepas saat sukaduka bersama mereka, huhu

walau apapun,
starting school da finish. huh, sy dpt adiah rm5 dri instructor sy.
damdamdoom raya da mengundur diri,
penat menyental dan memunggah segala peralatan memasak masih menemani diri,
esok ada kuliah, jujurnya mash janggal dgn kehidupan di alam degree,
fudtech yg ramai org tu gagal membuatkan sy rasa begitu,
selalu rindukan deba, fen mahupun laisha eppi dan amal,
kadang2 terindu dgn mamat n jejeh,tp hidup harus diteruskan, hehe

*sakit tekak melanda, telan coklat byk2. ia sgt membantu.
selesema juga sdg menguji saya, kurang berminat utk menelaah nota.
ah, azam baru harus dicari, yg lama?



Thursday, September 22

lab again? huh

my first lab for my first sem on my first year of foodtech,
yeah its quit weird when u hv to put on ur lab coat again,
wearing the gogal again, carrying and digesting the lab manual,
i left it long time ago, *one month is long time for me, hehe
and got a partner during lab,
she is chinese which doesn't really matter for me,
older than me 2 years and finishing diploma in foodtech already,
*already expert in foodtech area,
lucky for me because she is a good person n patiently follow my clumsiness while carrying the experiment,
its only about titration but i keep forget the procedure,
i even forgot how to calculate the molar concentration, hoho *shame on me

and also still confusing bout the registration course,
how many credit should i take?
is it okay if a stick to 15 credit only?
should i drop the 'makanan halal' and change to 'titas'?
or should i take both?
ok, pening suda @_@

alarm clock, bed, dream, funny, sleep

but the point is, i dun have an alarm clock,


Tuesday, September 20

air itu tiada

bila seluruh warga upm diuji serentak,
kami warga k13 ibarat warga berkecuali,
pam air upm dicuri, jangan ditanya bagaimana bisa,
mungkin pengawal keselamatan kurang peka,
atau pencuri zaman kini semakin berkuasa,
hanya DIA punya jawapan,
namun k13 tidak terkena tempias "kemarau" sementara itu,
syukur pada DIA, kalau tidak kemana harus kami gali air buat basuhan,

dan bilik saya, ops,  bilik kami,
meriah seketika,
seronok melihat kekecohan rakan2 asper menumpang mandi,
juga yang kalut mahu mencuci pakaian,
terhibur seketika,
dan malam itu, semua bergelimpangan ditengah bilik,
ta kurang yang mengerekot ditepi katil,
segala selimut dan alas dihulur,
buat tempat beradu semalam,
"maaf prasarana kami kurang memuaskan,"
kata syakira memburai tawa rakan yang lain,

p/s : rindu nk mengepost, tu yg naek skali dua teros, :)
       btw congrates for nazrul, 3.709 kot!!!!
       owh, rindu ecah tetibe, huhu :')

wonder girls.

salam alaik,
terlalu asyik menjalani kehidupan di upm,
namun jauh disudut hati masih merindui suasana bangi,
terutamanya wonder girls saya,

farhanah amirah,
dua minggu ber'orientasi' dan meng'orientasi'kan pelajar baharu kolej 13,
saya ditemani dia,
walau sesekali bertemu didewan besar, cukup untuk menghilang kan rindu didada,
tiga hari menyibukkan diri di bilik deko gara2 mau 'melepak' bersama beliau,
sekalung penghargaan buat azwan azhari yg banyak memahami, *bangga wan, :)

fatimah yasir arif,
merajuk dgn saya gara2 panggilan dan pesanan ringkas yang tidak bersambut dan berbalas,
maaf teman, telefon saya mogok seketika,
panggilan mu hanya singgah di peti suara,
kesibukan yang tidak dibuat2 membuatkan aq tidak pantas membalas segala pesanan,
cuma sekadar yang termampu dek tangan sahaja yg sempat ku balas,

athirah abd aziz,
kau kemana sayang?
dekat tapi jauh,
telefon tangan, mukabuku, yahoomail,
ternyata segala jenis teknologi terkini,
tidak bisa mengubat rindu dihati,
aq mau ketemu, cepat2 berhenti kerja dan terus mendaftar di ukm,

fatheha hassan,
maaf juga buat kamu,
kurang punya masa untuk bersama,
setiap rumah yg terbuka, mahupun yg tertutup tidak bisa dipenuhi semua,
aq bukan sekadar pelajar baharu,aq tahu kau faham itu,
moga stpm mu lulus dengan warna yang berterbangan,



Sunday, September 18

bila tade.

bila tade textbook utk dihadam,
bila tade assigment yg membaham,
bila tade soklan math utk diselesaikan,
bila tade satu kerja pun utk disettlekan,
oh, that is so not me,


Wednesday, September 14

its ok titik

bila semua org punggah kotak untuk tukar kolej,
aq berpura-pura yg semuanya akan berjalan seperti biasa,
manusia datang dan pergi tetapi hidup tetap harus berjalan, kan?
kau bohong mah, cakap yang jujur,
tipu dosa mati seksa, *kata mamat kecil.
semakin hidup dilalui, semakin kenangan itu dirindui,


lets time heal,
phrases ni ada kalanya tersalah juga,

dah tade hanim nk tlg pinjamkan basikal,
mana nak cari chee yien utk tlg ajar subject killer?
rushda adiba da ta dtg bilik saya lagi,
da tade fifah utk tgk hasil felt saye,
no more amal to come out when i shout her name,
da ta bleh kacau husna kat bilik,
no more deba n fen to go class with,
no more syima, anis n husna when i look back during class,
no more judjud n syafos to shout n make noise during lecturer,
no more adek n jejeh to fight with during class,
no more ajk photostat to makesure everyone got d notes,

bila jumpe asperians sekitar upm,
wah, rasa macam da bertahun ta bertemu,

pusat asasi, kolej 13, dewan besar, taman pertanian unversiti, bukit ekspo,
kalian yang menyatukan kami,
kalian juga yang memisahkan kami,


sangat pelik bila kegilaan kalian me'normal'kan duniaku,
dan duniaku menjadi kurang normal tanpa kegilaan itu,
*pretend that everything is ok, 

Friday, September 9

putus cinta.

salam alaik,
dah macam org putus cinta,
pandang kiri nampak benda tu, pandang kanan nampak benda tu,
kejap2 tenung skrin lappy,
semangat nk daftar kursus terbantut dek kelemahan sistem manusia,
esmp ni memang bisa buat menitiskan air mata betul lah, huhu,

naimah isa, siti nur fifi, kok siew lee, nur syahirah,
fahmi yusof, ahmad afif, syafiq, ariff mahadi,
*rakan asasi yang sama fakulti, looking forward to be together with them,

bukan senang nak cari kawan baru tahu?

p/s : ummi tanye apa kaitan makanan dan mesin (teknologi) mah?
ummi kita, risau dia punya maknanya, :)

degree pertama saya

salam alaik,
hati sedang berkira-kira yang mana satu harus dimulakan dahulu,
bacelor sains dan teknologi makanan,
pilihan pertama saya, baba seperti selalu sentiasa bersetuju,
cuma ummi, senyum nya kurang lebar saat berita dikhabar,
beliau masih berkira-kira melihat pangkal namaku dihiasi dgn 'dr',
esok mahu kedewan besar,
sekali lagi mengangkat ikrar,
protokol manusia, kita turutkan saja,
sampai ketemu, salam :)


Wednesday, September 7

selangkah lagi


selesai sudah asasi,
alam degree pula meresahkan hari-hari saya,
hati kecil berbisik,
wahai allah, permudahkanlah.