kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Tuesday, September 20

air itu tiada

bila seluruh warga upm diuji serentak,
kami warga k13 ibarat warga berkecuali,
pam air upm dicuri, jangan ditanya bagaimana bisa,
mungkin pengawal keselamatan kurang peka,
atau pencuri zaman kini semakin berkuasa,
hanya DIA punya jawapan,
namun k13 tidak terkena tempias "kemarau" sementara itu,
syukur pada DIA, kalau tidak kemana harus kami gali air buat basuhan,

dan bilik saya, ops,  bilik kami,
meriah seketika,
seronok melihat kekecohan rakan2 asper menumpang mandi,
juga yang kalut mahu mencuci pakaian,
terhibur seketika,
dan malam itu, semua bergelimpangan ditengah bilik,
ta kurang yang mengerekot ditepi katil,
segala selimut dan alas dihulur,
buat tempat beradu semalam,
"maaf prasarana kami kurang memuaskan,"
kata syakira memburai tawa rakan yang lain,

p/s : rindu nk mengepost, tu yg naek skali dua teros, :)
       btw congrates for nazrul, 3.709 kot!!!!
       owh, rindu ecah tetibe, huhu :')

1 comment:

  1. dgn bangga , sayalah pengunjung tetap presint ituu .
    HAHA
    :D

    ReplyDelete