kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Monday, October 31

felda mengkuang II

"kisah perjalanan tiga hari dua malam bermengkuang di pahang"

dimana harus aku mulakan?
mungkin tentang adik raudhah yang tidak pernah mengenal siapa bapanya,
atau tentang syafiq yang masih tak betah mengeja namaya sendiri,
atau abg shampoo yg digelar tauke ketum,
atau mungkin shukri yag kejap genggaman tangannya,
atau mungkin adam yg tahu jawapan utk segala soalan yg diberikan?

walauapapun, kampung yang hanya punya 99 buah keluarga itu, punya 1001 cerita,

bila hati kata tidak mahu, tapi takdir kata perlu, maka akal yang harus bijak main peranan.

tiba-tiba aku ketandusan bait-bait kata,
izinkan potret dibawah untuk membantuku,
panggil makcik mak tau, pakcik korang kenalah panggil abah,
mak la, jgn panggil makcik, x manis bila didengar,
mak abah mak abah mak abah mak abah
alah bisa tegal biasa



telur satu sarang dgn gula byk-byk, senang je buat bahulu nie,
nak cuba buat? meh tlg macik masuk kn dlm acuan nye,



anak peneroka kena tahu buat kerja berat,
kalau x, malulah kena gelak, anak 'bandar'?
meh sini, sape nak cuba buat?


dik nak tangkap gambar boleh,
taknak lah kak,
meh la, tangkap gambar dgn abg arip, boleh?
hurmm... boleh lah
sudahnya kau tetap x pandang kamera dik


bukan ta boleh bercakap, cuma kurang ruang sahaja





gelak betul-betul, main betul-betul, makan betul-betul, gaduh betul-betul, 
kalau belajar? 


adik, tolong diri ats batu ni boleh?
akq nk tgk adik ke batu ni lg kuat,
klu adik tlg akq kita nanti akq tangkap gambar adik yer?
kecik-kecik da pandai demand :D




adik tau x, sains tu sebenarnye best tau, best sgt2



erk


penat la kak kaup daun kering tu,
rehat jap bleh?


akak jomlah pergi rumah sy,kat belakang tu je, 
nilah rumah saya, akq nampak kan?
sebab tu saya ta boleh ade kakak atau abg angkat,
nanti kem salam kt abg mamat tau, 
akq btol ke aritu abg mamat menang ragbi, abg juzz yg ckp,
kau kuat dik, aq pun ta sekuat kau,



nanti da sampai upm jgn lupa mak ngn abah tau,

tiga hari rasa macam tiga jam,
macam-macam yg kami x sempat nk buat,
tiga hari rasa macam tiga tahun,
macam-macam yg saya rindukan terutamanya hykers,


felda mengkuang


Thursday, October 27

hanfon kawan


dulu bila duduk ramai-ramai, sambil makan-makan kt pfc (putra fudcourt),
mesti suma pakat letak hanfon atas meja makan, *erk, takkan dlm handbag plak, kan?
pastu sorang kawan aku punya tangan akan mula memainkan peranan,
memula amek hanfon si comel, godek sana, godek sini,
snap dua tiga picture sendiri, oh, igt ko hensem sgt lah, huhu
pastu capai hanfon biskut kilat plak,
tup tup tros pegi kat inbox,
ni msg sape nie? nie msg sape nie?
erk, sibuk sungguh, *ckplah jeles, haha
dan klu tetibe hanfon amal berbunyik, dia gak la yg sibuk nk tau, sape kol? sape kol?
dan lepas tu, aq plak yg berjangkit sindrom dye,
nampak hanfon si comel, nk check gallery pic,
pegang hanfon biskut kilat tgn gatal je nk check inbox, keh3,
hanfon amal je la yg ter'selamat', sebab jauuuhhh..... T_T
tapi klu hanfon jejeh, ade torchligt je lah, *ok jahat sungguh saya,

p/s : klu duk dalam bilik sensorang, nilah padahnye, :)

budak hitam


malam itu hitam dan gelap tanpa cahaya.
tetapi ramai yang merasakan malam itu indah.
aku hitam dan aku indah.
yakin diri itu perlu.



off to kolej 13 at 2 pm tomorrow,
assigment kenegaraan memang aq je la yg kena settle kan. +.+



Wednesday, October 26

bilang jari

bilang jari, bilang hari
kuatkan lah saya,
xsedia nak pergi pahang nieh,
hati berat nak berdepan dgn 'sesetengah' orang,
wahai hati, kuatlah. :(

Monday, October 24

cuti semester pertama

assalamualaikum dan salam sejahtera,

hari yang berbeza dari hari-hari biasa di kolej 13,
subuh seawal 6 a.m, tidur bersama ummi xmenjanjikan subuh 'gajah' utk saya,
lelap kembali hingga jam 9 dan dihadiahkan dengan 'kerutan' dan 'bebelan' syg dari mulut ummi,
tugas pertama membasuh baju,
dan siapkan sarapan untuk mamat kecil dan hana yang dah merengek-rengek,
tunggang-langgang dapur ummi dibuatnya,
mujur ade baby ilah n baby irah yg x ke sekolah kerna sekolah bercuti senamrobik. motif?
usai mengemas sarapan baby ilah n baby irah,
kena memujuk abg yg dah dua hari x berselera menjamah hidangan,
semakin susut badannya sejak akhir-akhir ini,

dan kemudian lari keliling rumah memujuk mamat kecil menghabiskan sarapannya,
"baju dh sidai mah?" soalan ummi buat aq tepuk dahi,
untunglah hari ni matahari x malu-malu menyembunyi diri,
kalau x memang x kering lah kain yg lambat di jemur tu,

dan kemudian kembali berhempas-pulas megemas dapur,
sape suruh ko sepahkan tadi? tanyaku pada diri sendiri,
tepat jam 12 tengah hari aq dah semput terduduk di sofa,
"panas kan hari ni bang?" meraih simpati dari abang yg lesu kerna masih batuk-batuk,
"xlah panas sgt, cuma kau yg byk 'berlari' hari ni," ayat perli abang yg saya rindu sejak dia kurang sihat,

dan ummi berbisik,
"nanti tlg ummi masak tengahari pulak ye?"
erk,
diam seribu bahasa, +.+

rumahku syurgaku,
mampukah? aku membina 'syurga'ku sendiri suatu hari nanti,

kredit
"mama, mamat tanak maen dgn ana," :'(


Saturday, October 22

that's all



  • k
  • see u
  • night

    that's all, 
    dan terus hilang tanpa berita,
    then u better use 'gudbye' instead of 'see u',


    stand up n start a 'new' chapter, memang sgt payah, haih.

Monday, October 17

.

"setiap perkara yang kita harapkan berlaku,
kadangkala ia akan jadi sebaliknya,
dan kadang teman yang kita sangka adalah teman,
bisa saja dia jadi sebaliknya,
dan kadang insan yang ingin kita jauhi,
bisa saja dia jadi teman yang sebenarnya,
siapa pun yang ingin berteman dengan kita,
terimalah,
dan siapa yang kita ingin berteman dengannya,
tetapi dia pula sebaliknya,
janganlah dicuba-cuba, andai kita bukan insan yang kuat,"

tata yang bagi kt saya ayt ni,
pegang rpt2 kat dada, taklah sepuitis mana pun,
tapi bukan senang nk dgr nasihat dri mulut dia, 
as she always busy with her students jek,

dulu, masa aku 'malas' nak kawan dgn kau,
kau buat bodoh jek, tanya itu ini,
soalan bodoh sgt2 sampai aku rase nak jawab,
"cuba carik kt google,"
sepuluh kali aku 'ignore' dari frens request,
sebelas kali kau 'sent request',
dalam kelas, luar kelas, tepi tandas pun nampak muka kau,
bila aku tinggikan suara,
kau rendahkan kepala, "tapela weyh," kau bersuara,
esok, buat lagi, menyemak sana-sini, 

dan, bila aku terima kau sebagai kawan?
lain pulak yang jadi,
aku kekanan kau kekiri,
aku kedepan, kau undur belakang,
rasa macam nak jerit kuat-kuat,
"kau boleh belah la weyh,
stop from messing up my day,"
hakikatnya? aku tak kuat,
tata ckp, itu balasan namanya,
cuba muhasabah diri, mungkin kau yg kurang sebagai kawan,
mungkin jugak kot, *sigh.


aku takkan padam nama kau dari senarai kawan aku,
itu janji aku pada DIA,
ya allah, jagakan dia untuk saya,


aku seorang kawan


seorang pujangga bermadah, 
beritahu aku siapa teman-teman mu, dan aku akan khabarkan siapa kamu,
.
.
.
.
sentap.
bagaimana agaknya mereka menilai aq sebagai kawan?
baik kah? buruk kah? baik sedikit? buruk banyak?


Sunday, October 16

bukan seperti yang kita lihat

manis senyum dia bukan menandakan dia gembira,
tunduk bila kau berkata-kata bukan tanda dia bersetuju,
ketawa dia xsemestinya seikhlas rasa,

pertimbangkan katamu sahabat,
jangan ikut sesedap rasa,
Allah itu harus yang pertama, barulah akal cemerlang ditangga kedua,

kenegaraan, titas, hubungan etnik serentak minta dihadam,
akal manusiaku yang singkat sgt teruji,
rantaian bestari harus ditolak tepi,
tapi hati xsampai hati,

Friday, October 14

masa saya

ini minggu ke lima,
masa saya makin suntuk, 'syurga' yang sekadar sepelaung tu dah dua minggu x dijejaki,
sampai ummi telefon berkali-kali, kapan mau tiba mah? ummi masak nasi jagung,
nota kuliah menuntut dibelai sungguh-sungguh, kau mengabaikan kami mah, monolog sang nota,
jiwa minta ditarbiah lagi dan lagi, kami sakit mah, kau wajib cari penawar nya, 
semua pun saya terpaksa tolak tepi,
ini perjuangan menentang masa,
kursus itu harus tiada dalam senarai saya,
walaupun kena dua kali ulang-alik dari fakulti makanan ke bahagian akademik upm,
oh, untunglah punya teman untuk ber'tawaf' keliling upm,
baik fahmi, jejeh mahupun ***, terimalah kasih ku wahai teman,

en ruzaini, akademik fakulti,
puan norlea akademik upm,
en fouzi tukang gugur kursus,
terima kasih semua-semuanya,
moga tidurku bisa lena semula,
mandi ku akan basah kembali,
dan suapan makan ku kembali mengenyangkan,

kata en akademik, saya dah jadi peminat awk, sbb awk dtg jumpa saya hari2,
*senyum kelat, buat muka bodoh memang sangat membantu,

*ayat hiperbola penting untuk memuaskan diri sendiri yang menaip

Thursday, October 13

laju-laju

awak ta tahu apa-apa,
tapi sibuk, semua awak nak tahu,
rasa macam nak lempang laju-laju,
*mood nk exam tp otak x function,

buku-buku

dan biskut kilat memang selalu ajak saya secara tiba2,
pelik, bila rancangan yg tiba2 tu selalu saja dipermudah allah,
berbekalkan sebuah motor dan beberapa not wang kertas,
kami memecut membelah ke'terikan' mentari petang di upm,


'fruit basket' sebab terkenang ima,
'mj' sebab terkenang theha,
'disney 3 buah' sebab rindu sgt2 ngn baby ila, ira n durrah,


'cars' sebab abangchik mahu ini,
tertarik dgn kulit hadapan yg ringkas dan kemas,


ini dalam dia,
x sabar nak 'baca'kn buku ni utk abang saya,

dan kalau bukan aku yang tertulis untuk melengkapkan separuh dari agama mu,
maka hindarkan dia daripada ku ya allah,
agar tidak timbul rasa yang kecewa pada masa yang mendatang
*terketar2 taip ayat nieh, sumpah hati dan iman aq masih turun naik,


p/s : dia mengadu pada seseorang, imanku goyah wahai sahabat, doakan saya,
sebab tu ke? mesej x reply, senyum x berbalas, salam x bersambut

I didn't type that message to exercise my fingers, I want a reply. okbai.#as emy


Monday, October 10


x, saya x menyesal kerana mengenali awk,
yg saya kesalkan ialah ianya berlaku terlalu awal,
*nak pergi padang ragut lah, sape mau teman nieh?

cheng ho


hari ahad memang masa utk bermalas-malas,
tapi lebih kepada masa utk bersama keluarga,
but, sy terpaksa duduk diam2 kt kolej dan x dpt ikut ummi pgi pahang,
utk tgk kakak baru utk abg wan T__T
*mood emo sbb x dpt makan lasagna yg tata buat,

dan pagi-pagi lg da kena tinggal dgn rumate2 sbb sibuk bercheng ho,
sape sroh malas? sudahnye aq terkebil2 sorang tgk kipas syiling,
jam tiga ptg saat enak dibuai mimpi, *eceh 
jejeh kol sroh hantar telefon qilah yg tertinggal dibilik,
bangun bersiap dalam rela dan paksa, 
lepas tu terus lekat kt panggung percubaan utk dgr forum,
cheng ho, cina, alam melayu dan perkaitannya,
ahli panel nye masih muda tp baris kata nye ckop buat sy berfikir sejenak,
*andai punya waktu sy cuba kongsikan,

owh dan teater itu sgt ohsem sbb diorang sgt lawak, =.=
wak x ckop cina utk bwk watak cheng ho,
terserlah kejawaan nya kata org yg duduk belakang seat sy, haha *gelak!
dan mamat sgt pelik bila bersikap matang sebagai tuan kpd mang ho,
lagi pelik bila tetibe dia kena bwk watak yg bkn watak dye, 
skrip wan sgt santai tp mcm terlalu panjang,
maharaja asyik tersasul2 jek sbb skrip panjang sgt, 
no matter what sronok tgk hasil titik peluh kwn2 saya berbayar,

dan kepada azwan, paan, mamat, jejeh, arip n wak,
eppy, amal, laish n pika juga
masa bercheng ho sudah tamat, test 1 pula menanti,
buat elok2 tau korang,
klu korang dpt jpa, aq gak yg untung, jejeh da janji nk bg bb nieh, haha 

p/s : pelajaran pertama utk hari ini, jangan berhenti berharap berdoa,
iman tgh goyah ni, tulah sape sroh ikut g mkn kt fc tadi, 

Saturday, October 8

tunggu

nak tanya byk soalan,
tp, tengok dari jauh je lah,
rindu awk sgt2 tahu?

Friday, October 7

tahu tapi...

sebenarnya kita tahu,
cuma perlu kawan utk ingtkan selalu,
terima kasih kamu kamu,


xsuke gambar nieeeeeh...... T___T

‎"nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah dia bersungguh-sungguh.". 
(Saidina Umar Al-Khattab)

Thursday, October 6

jalan laju laju

bila bandingkan sy dgn dia, dia, dan dia,
memang destinasi perjalanan saya masih jauh,
mungkin saya yang berjalan terlalu perlahan,
atau mungkin saya berhenti 'rehat' terlalu lama,
atau mungkin mereka yang berjalan laju laju,
*alasan je semua tu mah, 




kakak sy ckp laksamana cheng ho tu hebat,
tapi saya cakap dia hensem,
awk rasa?


Tuesday, October 4

nak kongsi gembira damdamdoom raya di kolej 13,
walaupun sy terlewat, 
tapi sempat jugak merasa mandi peluh malam tu,











 "eiduladha nanti seekor lembu bakal ditumbangkan,"
okeh, aq yg 'tumbang' dulu,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
laman web jpa masih jammed, kenapa yer?
tekan button 'refresh' smpai lenguh  jari

Sunday, October 2

xpernah ada


kadang2 sy rasa rindu dgn sesuatu yg sy x pernah ada,
awk pernah x?
rindu dgn sesuatu yg awk x pernah ada?
sy selalu,


lepastu, gelakkan diri sendiri kerna tersgt 'pandai'