kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Tuesday, November 29

kembara hijrah


generasi baru,
pendekatan nye juga harus baru,
ah, dakwah itu kan pelbagai cara dan gayanya,




Sunday, November 27

sanah helwah

khaulah alazwarbag
n
fatheha hassan

aku terambil gambar kamu, maaf untuk itu :P

stpm yang sedang menyerang,
moga berjaya sahabat, sepupu dan teman sepermainan,
aku tahu kau mampu lakukan,


Thursday, November 24

durian upm











satu antara ribuan nikmat bergelar mahasiswa di upm,
durian upm, thirteenth yg punya, *senyum lebar2

lagu tu

lagu tu memang lagu 'kita', kan? T_T

Sunday, November 20

curi ruang

sekadar coretan kosong yang mengisi kelapangan masa saya disaat dan tika ini,
bukan tiada tugasan yang menjerut leher, cuma sengaja ditiadakan buat seketika,
mencari ruang-ruang kecil untuk berhibur dengan cara saya,

dua minggu xsempat menjengah syurga dunia saya, kira-kira ada yang sudah mula berkias kata,
terpaksa saya diamkan saja, bohong jika saya menafikan segala rasa,
tugasan dan tanggungjawab tidaklah sebanyak mana,
cuma saya yang masih selalu leka dan masih ternganga-nganga,
maka kelewatan itu menyebabkan kerja jadi berganda-ganda,
dan batuk menambah cubaan buat saya disaat ini,

yg cerah sayang dari orang hospital serdang, yang gelap sayang dari orang upm serdang
dia nampak saya batuk malam-malam katanya,
suka atau tidak ubat 'sayang' ini harus ku habiskan,

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

andai ini HARI MENCURI SEDUNIA, 
apa yang awk nak curi dari saya?
pesanan ringkas buat mengisi masa dan menguji rasa,
seronok, cubalah andai punya masa, 
biskut kilat yang pelawa saya,

konon-konon otak saya mahal harganya,
terima kasih adik manja *jelir lidah.

sangat ta menyangka ini yang saya terima,
maaf orang jauh, saya janji akan bagi masa saya,

patut saya sering hilang bait kata sejak akhir ini,
awak punya angkara, *senyum lebar


_______________________________
sedang berusaha menafikan segala rasa,
berjuang melawan sembilan nafsu wanita yang allah kurnia,
ah, memang sangat butuh teman sefikrah tika dan saat ini,



Saturday, November 19

..

kau yg aq sayang, kau yg aq hargai, kau yg aq kagumi,
bohonglah kalau aq ta terasa bila kau membisu seribu bahasa,
dan kalau itu yg terbaik maka aq harus diamkan saja, begitu?
parah sudah ni, =.=

Wednesday, November 16

kerana dia

sejauh mana agaknya,
semua perkara yang kita kerja,
adalah kerana dia?

Tuesday, November 15

.

kena muhasabah balik tujuan asal aku menamatkan zaman berasasi dulu,
dah hampir hanyut dan lemas bila tiada yang menegur untuk ikhlas dalam belajar,

Monday, November 14

tutup dan balut

org bijak kalau berkata-kata,
buat org ta jemu nak mendengar lagi dan lagi,
kata ustazah tu,

adik-adik, pakaian hanyalah sebahagian daripada islam,
jangan. jangan sempitkan minda kita tentang islam hanya kerana pakaian.
cabang islam tu luas perspektif nya,

mukadimah dia ringkas je, ta perlu hadis panjang-panjang,
ta perlu ayat berjela-jela. mudah.
senyap sunyi seluruh dewan putra 1,

kalau saya kata tudung labuh saya adalah muslimah,
dan yang bertudung kurang labuh itu tidak muslimah,
maka itu sudah salah,

aurat wanita itu, harus ditutup bukan dibalut,
tutup dengan balut sangat jauh bezanya adik-adik,
buah nangka bila dibalut, kita tahu dalamnya adalah nangka,
segala bentuk yang terserlah buat kita boleh meneka apa disebalik balutan itu,
tapi kalau ditutup, orang takkan tahu apa disebalik yang tertutup itu,

terpegun aku seketika, terus terfikir,
aku balut atau tutup? ah, betapa perjalanan ini masih panjang,

dan beliau memetik surah an-nur ayat 31 sebagai penerangan yang lebih jelas,
lembut suara dia tetap dapat menusuk ke hati kami-kami yang liat ni,
sape cakap perlu 'tajam' untuk me'motong'?
yer, walaupun tujuan beliau sekadar menghakimi pertandingan busana,
ternyata dia bijak dalam memilih cara berdakwah,
bila agaknya? saya dapat jadi macam dia?
sekarang ni pun terhegeh-hegeh nak menaip semula kata-kata beliau, +.+


___________________________
credit to kak ulfa, kak hawa dan seluruh muslimah k13 yang berusaha merealitikan program muslimah day @13. 
lain kali, saya nakjoin  lagi walaupun ta menang satu acara pun, huhu

Sunday, November 13

kawan

oh, menjawab persoalan seorang teman,
walaupun saya tahu saya ta layak,

cara nak maintain ikhlas,
periksa niat, 
tiga kali,
sebelum buat,
semasa buat,
dan selepas buat,

semoga awak kuat, saya dia dan dia akan selalu sokong dari jauh mahupun dekat,
allah takkan uji dengan ujian yang ta termampu ditanggung hambanya,
kawan pun ujian jugak kan?

psst----> have anyone tell you this?
you are blushing when you shy and even when you are too happy,
erk, segan plak buat post macam nieh,
haih, kesengalan melanda 


baju melayu vs baju kurung

memang ingat mereka nak kupas tentang budaya,
sopan dan manis nya budaya ber'kurung' dan ber'melayu' orang-orang kita (melayu),
konon-konon nak lepas geram sebab ta dpt dtg forum dr feisal dulu-dulu tu,

alih-alih bual bicara lebih berkisar kepada perhubungan antara lelaki dan perempuan,
ikhtilat kalau dalam istilah dr cinta,
hantam sajalah, boleh jadi peringatan (tazkirah) bukan?
banyak pengisian yang diberi oleh ketiga-tiga ahli panel,
antara yang saya tertarik untuk diulang ialah,
mukadimah zina, ah, kasar bunyi nya,
yang pertama pandangan dan yang kedua menutup aurat,
terus menyatakan keduanya serentak kerana menurut ustazah itu,
keduanya saling berkait, betul sangat, aku angguk laju-laju *dalam hati la,

"kalau yang lelaki menjaga pandangan, tetapi yang wanita tidak menutup aurat,
lama-kelamaan yang lelaki akan gagal dalam menjaga pandangan" kata ustazah suriani

 perempuan ni memang fitnah yang paling besar, kan?

"dan kalau wanita bersusah payah menjaga aurat tetapi yang lelaki tidak menjaga pandangan, 
lama-kelamaan yang wanita akan lelah untuk menutup aurat" kata aku didalam hati.

dan beliau menambah lagi,
"jangan melunakkan suara dan mengindahkan bahasa,
jangan buat, itu suara dan bahasa syaitan,"

erk, melunakkan suara memang aku selalu dengar,
dan selalu jugalah aku 'ter'lupa,
tapi bahagian mengindahkan bahasa tu memang baru sangat di telinga aku,
bila difikir-fikirkan balik, ada betulnya,
ramai je yang jatuh hati dek kerana bahasa dan tulisan seseorang,
banyak melibatkan novelis la, yang pembaca tertarik dengan apa yang dibaca,
lansung jatuh cinta pada penulisnya,
jangan salahkan penulis yang berbunga-bunga bahasanya,
salahkan pembaca yang salah niat ketika mula membaca,
haih, macam cakap depan cermin.

berdesing-desing telinga menadah bait-bait kalimah dari ahli-ahli panel.
rasa macam ditampar-tampar, kata teman dikiri saya,
walhal tadelah 'kuat' sangat suara mereka,
betullah cakap orang siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya,
banyak lagi kot kalau nak dikongsi,
tapi maaf, saya bukan penulis hebat tambahan idea pun tersekat-sekat,
sampai disini mungkin?

kata seorang teman,
yang pedas tu sedap,
yang pahit itu ubat,
kalau yang manis?
____________________
sejak akhir-akhir ini, saya selalu teringatkan kamu,
oh, mungkin kau sudah tidak memerlukan aku seperti suatu masa dulu,
bila akal selalu menerawang, cakap pun sorang-sorang,
jalan terhuyung-hayang, sampai terjatuh longkang,
berdarah sedikit ibu jari kaki saya,
untunglah darah di kaki, kalau di hati?

Saturday, November 12

datang

tanpa disangka,
hidup ni memang selalu macam tu kan?
semalam mesej, tengahari kau da muncul kat upm,
terima kasih sebab sudi datang,
siap bawak rejimen askar murnian skali kan?
haha, tasnim thoriq dan hamizan,
tiga orang je da cukup buat kenang kisah dulu-dulu,
mizan dah kurus sket, thoriq makin tinggi, erk, tasnim pun dah tinggi, +.+
yang lain? memang semua dah berubah, kan? kan? kan?

Thursday, November 10

tutup


ye, pfc sedang menutupkan diri,
kurang menepati kriteria kebersihan kata org atasan,
oh, mungkin allah sedang hantar ujian,
mujur punya cafe di k13,
cuma mealplan ta berfungsi di cafe itu,
kena mengorek2 dan berbilang2 sebelum berbelanja,
almaklumlah wang 'anugerah' masih belum kunjung tiba,

mungkin saya dh rindu dgn kuewteow pattaya abang suria,
atau bubur nasi di suzana cafe,
dan wafel abang titikhijau,
oh kalian, cepat pulang yer?
_______________
Begitu pentingnya mencari sahabat yg se-fikrah dgn kita
sangat betul  kot, 

jatuh hati

cara dia ber'cakap' dgn saya,
buat akal saya berfikir,
dan terus jatuh hati,
mahu jadi sehebat dia, boleh?



_____________________
senyum awk masih tawar, kasi tambah gula lagi sket bleh?

Wednesday, November 9

hipokrit

bila depan dia je, terus jadi sopan,
cakap perlahan-lahan,
gelak sekadar keperluan,

hipokrit kah?

__________
nikmat yang sedang menjauh,
kalau dulu rasa nak cakap lama-lama,
bila baca apa yg tertulis rasa macam paham semua,
sekarang?
cakap sikit2 pun da cukup,
kadang tu rasa macam ta perlu cakap langsung,
ya allah, janganlah kau tarik nikmat untuk berbicara, mengadu dan merayu denganMU,
allahumma ameen, 

Friday, November 4

naik atas

dalam keasyikan menuju ke tingkat teratas,
kita sering terlupa 'anak-anak' tangga yang dipijak,

______________________
tau x rukun haji tu mcm mane,
erk, tau kot, =.=


Thursday, November 3

dia telefon saya

dia telefon saya.
meluahkan segala perasaan berjuang bersendirian. hujan bertingkah menenggelamkan suaranya yang serak basah. rasa bersalah kerna tak dapat membantu dengan sebaiknya. hanya punya sepasang telinga untuk mendengar segala keluh kesah.

aku tanak couple mah, tapi aku sayang dia,
kenapa dia tak boleh faham?
dia cakap dia dh ada org lain yg lebih baik dari aku,
apa yg dia nk sebenarnya,
dia dah jauh dari aku dan sekarang dia cari aku balik,
semata-mata nak bagitau dia dh ada pilihan lain?

nafas terasa berat seketika. tempias hujan yang membasahkan baju aku tak mungkin sebasah hati dia. terus teringat saat aku berjuang berseorangan. bukan deba dan xiao fen tak cukup baik. namun bila tiba soal iman dan islam, aku perlukan teman se'muslimah'. mujur angah ada, memandangkan ana dan ima terlalu jauh dimata. trima kasih angah. haha

dan buat awak,
maaf sy ta bisa membantu sepenuhnya,
pesan saya,
bila hati ingin berubah,
cari kawan yang bisa tunjuk arah,
cari kawan yang bisa tegur silap salah,

may allah bless u my frens,
______________
skarang dah trauma dgn bunyi hanfon, +.+