kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Monday, November 14

tutup dan balut

org bijak kalau berkata-kata,
buat org ta jemu nak mendengar lagi dan lagi,
kata ustazah tu,

adik-adik, pakaian hanyalah sebahagian daripada islam,
jangan. jangan sempitkan minda kita tentang islam hanya kerana pakaian.
cabang islam tu luas perspektif nya,

mukadimah dia ringkas je, ta perlu hadis panjang-panjang,
ta perlu ayat berjela-jela. mudah.
senyap sunyi seluruh dewan putra 1,

kalau saya kata tudung labuh saya adalah muslimah,
dan yang bertudung kurang labuh itu tidak muslimah,
maka itu sudah salah,

aurat wanita itu, harus ditutup bukan dibalut,
tutup dengan balut sangat jauh bezanya adik-adik,
buah nangka bila dibalut, kita tahu dalamnya adalah nangka,
segala bentuk yang terserlah buat kita boleh meneka apa disebalik balutan itu,
tapi kalau ditutup, orang takkan tahu apa disebalik yang tertutup itu,

terpegun aku seketika, terus terfikir,
aku balut atau tutup? ah, betapa perjalanan ini masih panjang,

dan beliau memetik surah an-nur ayat 31 sebagai penerangan yang lebih jelas,
lembut suara dia tetap dapat menusuk ke hati kami-kami yang liat ni,
sape cakap perlu 'tajam' untuk me'motong'?
yer, walaupun tujuan beliau sekadar menghakimi pertandingan busana,
ternyata dia bijak dalam memilih cara berdakwah,
bila agaknya? saya dapat jadi macam dia?
sekarang ni pun terhegeh-hegeh nak menaip semula kata-kata beliau, +.+


___________________________
credit to kak ulfa, kak hawa dan seluruh muslimah k13 yang berusaha merealitikan program muslimah day @13. 
lain kali, saya nakjoin  lagi walaupun ta menang satu acara pun, huhu

1 comment: