kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Saturday, January 7

tepimeja, dalamdiari, dalamhati

meeting terakhir kita sebelum bercuti,
dan penutup untuk sem kali ini,
untuk kita sama-sama muhasabah diri,
itu kata abg zarif arbi,

ada empat nama yang harus berdiri,
banyak yang masih kurang pada mereka ini,
surat tunjuk sebab kerna kurang komitmen lagi,
dan memang nama aku yang pertama sekali,

kaki rasa lemah nak berdiri,
kak kinah memang dah mengalir air mata suci,
kak farhanah angkat kaki dan lari,
nizam yang untung sebab takde malam ini,

dan bila masuk je fahmi razali,
sambil bawang pegang kek secret recipe,
semua bangun nyanyi lagu hari jadi,
sumpah aku yang malu sendiri,


sayang mereka tertumpah diatas ini,


kak farah yang pantas membawa diri,


kak kinah yang dah mengalir air mata suci,



duduk hujung meja teman meema stadi,


yang ini duduk dalam diari,

yang itu duduk dekat hati,
terima kasih ya rabbi,
untuk famili-famili pengganti ini,
bila ummibaba tiada disisi,



2 comments: