kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Wednesday, February 29



i.
satu
dua 
tiga
bukan sikit, banyak dah Allah bagi tanda,
kita buat-buat butakan mata,
sebab?
memang itu yang kita mahukan sebenarnya,
jangan cuba menipu, kalau kau seorang yang buta, 
yang lain masih punya mata,
dan mulut mereka akan berbicara,
#sshhhhh...... HE love you more, dun you read HIS letter?





ii.
semalam, ingat x?
bila kau berkata, temankan aku yang keseorangan.
dan sekarang bila kau sudah mampu berjalan berkumpulan,
aku, hanya mampu melihat dari kejauhan.
dan aku mulai faham,
yang peranan aku hanya teman bila kau keseorangan,
#people not change, they adapt. kinda logic







iii.
saya tak sudi nak kongsi apa yang saya ada dengan awk,
sebab saya taknak apa yang awk ada,
#aku adalah musafir, dan bukan pengemis. cari dan minta. sgt byk beza. 





Monday, February 27

i


#i only responsible for what i write,
not for what you understand, >.<

Sunday, February 26

sangam

aq sorang je ke?
yang baru tengok cerita sangam kt tv3 tu?
ok fine. 


#yg sy syg dah nak diambil org, 
pandai2 bawak diri bila stay dgn unc. epull n unc. napi tau T_T

Saturday, February 25

saya nak, boleh?

saya nak, boleh?
boleh!
terima kasih :B







#the 3rd international agriculture students symposium



Friday, February 24

sejujur-jujurnya?

mah, sejujurnya apa kau rasa?
jujur?
sejujur-jujurnya?
aku rasa cemburu. sangat cemburu.
yer, akal, tangan dan mulut kau yang bertindak serentak,
sedang aku? cuma akal dan tangan yang teragak-agak,
#aku masih belajar untuk merangkak sedang kau sudah pandai menari,
gitu. ayat hiperbola sebab jiwa resah, huh :|

sedang pujuk diri sendiri

Wednesday, February 22

to care without expectation,

"aku mahu menjadi bintang," sham dongak pandang langit lama-lama sampai sakit kepala,
"bintang?" amirah disisi angkat kening tanda kurang memahami,
"yup, jadi bintang," sham angguk sungguh-sungguh. yakin dan takkan berubah.
"artis? penyanyi? pelukis?" amirah senyum senget tanda mengusik.
"bukan," sham jwb pendek sambil kepala sudah sedikit tertunduk tidak lagi kearah lagit.
"then?"
"bintang, yang 'cahaya'nya tak segah sang bulan mahupun sang suria, tp cepat atau lambat semua org akn dpt melihatnya," sham bermadah bicara, memang itu cara dia menyampaikan rasa.
"kalau macam tu, aku nak jadi malam, gelap dan hitam," amirah angkat tangan tinggi-tinggi sambil melambai pada langit.
"sebab?"
"kerana bintang takkan bersinar tanpa malam yang gelap dan hitam," sungguh-sungguh amirah membalas.
senyap.
dan malam itu, sham kalah lagi.

berikan cintamu,
juga sayangmu,
percaya padaku,
ku kan menjagamu,
selagi kau perlu,
dan setakat aku mampu,



to love without condition,
to talk without intention,
to give without reason,
to care without expectation,

that moment


i.
that moment when someone askin a person phone number n u pretend to look at ur phone juz bcoz u dun want them to know that u memorize the phone number already.

ii.
that moment when u r the only malay girl student on that class n ur lecturer keep mentioned d word "malay girl".

iii.
that moment when u really wan to do something but ur time deny everything.

iv.
that moment when u realise something is wrong but u just cant prove it.

org ini sgt kaya jiwa ;)


Sunday, February 19

ceritanya begini 3

     shafikah merenung bungkusan di atas meja. 'hadiah' yang konon-konon sempena ulang tahun hari lahirnya buat dia rasa nak menyinga. sehelai bawal masih terlipat kemas walau pembungkusnya dah lama hancur dek diramas tangan sendiri.
      "mamat ni memang selalu mintak kaki," dia merungut sendirian tanda kurang senang dengan pemberian dari temannya shafik.
     "cakap sorang-sorang ni kenapa?" tanpa sedar syifaa' sudah melabuhkan punggungnya disisi. dia berkalih sedikit memberi ruang untuk temannya itu.
     "apa ni?" syifaa' bertanya walau sendiri sudah tahu.
     "shafik bagi," pendek shafikah menjwb sambil sedikit mendengus dihujungnya. teman disisi menangkap ketidak senangan hati. tudung bawal beralih tangan. syifaa' merenung lama 'hadiah' istimewa itu.
     "cantik. tanak pakai?"
     "pa', kau tahukan aq ta pakai benda-benda macam ni?" terjuih bibir shafikah membalas pertanyaan itu.
     "dia dah susah-susah beli, takkan tanak hargai," syifaa' sedikit memujuk.
     "huh, nak buat apa? macam tak ikhlas jek?"
     "kenapa pulak tak ikhlas?"   
     "yelah, pakai sebab org suruh, konon-konon kalau pakai tudung pika akan jadi baiklah." kasar shafikah membalas. hati perempuannya nyata tidak mudah menerima bila  shafik 'menegur' sedemikian cara.
     "mungkin," syifaa' membalas pendek.
     "maksud kau?"
     "yelah, mungkin betul. kalau bertudung pika akan menjadi lebih baik,"
     "heh, takde maknenye, tu kat luar tu. ramai je yang bertudung tapi perangai ntah pape," membela diri itu perlu.
     syifaa' membalas dengan senyuman. memberi ruang untuk shafikah memberi pandangan. dan shafikah menyambung lagi.
     "......pakaian luaran seseorang tak melambangkan isi dalaman kan?"
     "ya dan tidak," kali ini giliran shafikah memasang telinga.
     "nak dengar satu kisah?" syifaa' memancing perhatian. bawal masih ditangan. shafikah sedikit mengangguk sambil kerut masih didahi.
     "kisah seorang pemuda berkopiah yang nak beli buah durian. dia berhenti disebuah gerai makcik yang garang dan bermulut lancang. dan makcik tu tak suka dengan orang lelaki yang berkopiah. tahu apa yang makcik tu cakap bila pemuda tu dtg kt kedai dia?"
     "apa?" lambat-lambat shafikah membalas.
     "perlu ke berkopiah segala bagai? ingat semua yang berkopiah macam awak ni konfem baeklah?"
     "lah, kenape tetibe je dia cakap macam tu? org kan nak beli buah jek? emo la makcik tu,"
     syifaa' ketawa kecil mendengar respon shafikah. lambat-lambat dia menyambung cerita.
     "tp pemuda tu diam jek dan dia minta makcik tu utk bukak kan sebiji durian. nak tengok isi dalam katanya. lepas sebiji dia minta dibukak kan lagi sebijik. lama-lama makcik tu marah dan dia tanye. awak ni nak apa sebenarnye? dengan selambanya pemuda tu jwb, sy nak tengok betul ke dalam kulit durian ni ade isi durian"
     "hah? giler ke apa? dah durian memang lah isi dalamnya durian."
     " hah, macam tu lah makcik tu jwb dkt pemuda tu. pemuda tu pun sengih lebar-lebar sambil jwb balek, takut jugak saya kalau luarnye durian tp dalamnye tak konfem durian,"
     shafikah terdiam mendengar kisah syifaa'. dia mengeluh perlahan sambil tunduk merenung bawal tadi.
     "betul, tak semua yang bertudung itu sempurna akhlaknya. tapi cukup utk menandakan bahawa dia sedang berusaha. melindungi apa yang didalamnya." syifaa' memancing emosi.
     "macam durian?"
     "ye, macam durian." syifaa' mengangguk tanda bersetuju. sahabatnye yang seorang ini memang akalnya bijaksana.
     "aku nak tambah lagi sket bleh?"
     "silakan, " meleret senyuman syifaa'. hati keras berjaya dilembutkan.
     " jangan salahkan 'kulit' kalau 'isi' nya kurang baik, tak gitu?"
     "sangat betul," dan senyuman syifaa' makin melebar. bawal ditangan dihulur kembali.
     "pa', doakan aku?"
     " always my dear,"
     "terima kasih,"
      " kasih..... akan dipertimbangkan, "
     dan sudah pasti penghujungnya gembira.

      

Saturday, February 18

daftar kursus

lusa da masuk semester kedua.
pejam celik dah dua tahun jugakla aq kt upm ni,
sana sini sibuk mendaftar kursus,
aq kalau boleh nak buat macamni,
satu sem amek doploh kredit tros,
grad satu sem lebih awl, dan lebih tu balek umah,
tolong ummi layan mamat kecil dgn hana, fuhh!!! setel.  :)

p/s : tahu ape baba tanye pada saya? bukan mah kate nak skor 4flat ke sem ni?
tepat kena kat hati, tercalar sikit, tulah takbur bongkak meninggi diri,


ceritanya begini 2

     petang itu shafikah pulang dengan muka masam. berkesan betul sindiran shafik sebentar tadi. 
syifaa' yang sedang membaca sekadar memerhati dari tepi. 

     pa', betul ke klu ta pandai masak ta boleh kawen?

     ai, tinggi cita-cita, mahu kawen kah?

     bukan sekarang, ini persediaan, 

     siapa cakap macam tu? syifaa' tutup buku sambil berkalih duduk. soalan shafikah sedikit menggeletek hatinya. namun kerut di dahi temannya itu sangat menuntut sebuah jawapan.

    "hurm...kawan," 

    "pika rasa camne?" syifaa' menyoal tanda menguji.

   "er, ye lah kot,"shafikah sedikit terangguk sambil malu sendiri.

   "cerita kawin ni, bukan sekadar maen masak-masak atau kendong anak," syifaa' memulakan butir bicara. shafikah mula pasang telinga sambil besarkan mata. kaki dah mula bersila.

      "suatu hari dia mintak keli goreng cili, susah-susah boleh bukak buku saji, payah sangat boleh google resipi, cuba sekali dua jadilah hidangan untuk hari ini," 

     shafikah mula sengih sendiri, impian nak kawen datang kembali.

     "tapi....."syifaa' sambung lagi. 

     "kalau dia tanya lebih dari resipi, ayat quran atau hadis nabi, mampu ke kita nak menjawabnye nanti?hukum itu ini, mau terkulat-kulat kita nanti, tak gitu pika sayang?"

     "er, tapikan itu tugas dia. dia yang nakhoda, bukan kita, shafikah membela diri. tanya hadis nabi memang tak terjawab la nanti. baca quran pun masih salah sana-sini. syifaa' angguk perlahan-lahan. tanda separa setuju.

      " betul nakhoda yang memandu, tapi  dia masih perlu penunjuk arah. mana harus lebih bijak, yang pandu atau yang tunjuk arah tuju?"

      "dua-dua lah, betul x?" shafikah tak mahu mengalah. syifaa' senyum nipis sambil angguk laju-laju.

      "sangat betul. yang nakhoda harus kuat dan yang penunjuk arah harus bijak, mudah kan?"

      shafikah terangguk-angguk. tanda mula memahami. dalam kepala dah terbayang ayt 'manis' utk shafik esok.

     "jadi, kawen xsemestinya kena pandai masak la," dia meminta kesimpulan dari yang menghuraikan.
syifaa' geleng sedikit.

     "perlu, tapi senduk kuali paling lama pun dua tiga hari dah lekat dalam hati, tapi nak jadi isteri mithali harus tahu banyak lagi. nak baiki diri dan hati bukan pakai hari, kena dari mula sekarang ni,"
       
     shafikah sengih lagi. kalau macam ni alamat nak kawin memang lama lagilah. tangan ligat menggaru-garu dahi. syifaa sekadar senyum sendiri. hari mulai meninggi.

     "sudah, pergi mandi. bersihkan diri. nanti kita sambung lagi,"

     "er, pa'?

     "ye?"

     "nanti ajar aku masak?"

     "ya allah, budak ni, "

      dan kemudian mereka sama-sama tergelak. 

     memang, dia adalah nakhoda. tapi tetap akalnya masih manusia biasa. sekali-sekala pasti terleka. itu sebab perlu teman untuk tegur salah, teman untuk tunjuk arah.

Friday, February 17

ceritanya begini

ceritanya begini, 
shafik tanya pada shafikah,
kau pandai memasak?
shafikah jawab tidak dan soalan dipulang kembali, kenapa bertanya,
kalau nak kawin, kena pandai memasak, shafik jwb pendek, tajam menusuk jantung,
shafikah angkat punggung, shafik tiba-tiba jadi bingung.
*to be continued*

haiyak! ok2 nnt granny tlg, T_T

Wednesday, February 15

14 february 2012

salam alaik,pembaca budiman, 
terutama untuk azwar syg, hehe
i.
lama tidak menulis perkara yang bermakna,
kebelakangan ini sekadar repekan nafsu dan rasa semata,
maaf kerana membuat kalian membaca perkara yang sia-sia semata,
bagaimana bisa menyajikan yang berguna sedang aku sendiri masih selalu alpa,
insyaAllah, kita sama-sama usaha, 

ii.
selamat hari lahir ummi,
thanx for your dua that always stay with me even i dun deserve to have that, 
*dlm byk2 anak ummi, kau yg paling degil mah,
i'm too ego to say that i will always need your support in everything i do,
i dun have anything to give you coz i get everything from you,

iii.
is preparing myself for the next sem,
its gonna be tough for all of us, kata abg zarip,
memang pun, organic chem dh menanti dgn senyumam membunuh, sampai masuk dlm mimpi kot,


iv.
kena betulkan waktu tidur, 
betul sgt wahai akk bisikan hati, sy disini pun dah terjangkit sekali, 

v.
ade sekumpulan semut yg setia mengerumuni cage hammies,
pnt sy bersihkan, dye datang balek,
siap cuci dgn antibacterial pun tak jalan jugak,
abis sume kuaci tu dyorang kerjakan, haih =.='


Monday, February 13

melawan rasa


ini kisah melawan rasa,
sembilan nafsu yang tuhan kurnia,
harus betul cara penggunaannya,
jangan esok lusa kita sama-sama merana,

Saturday, February 11

glorybeachresort

i.
ape kelebihan kau sebagai mtm?
selain penat dan lelah, 
yang kt bawah ni jelah yg saye ade, :)


ii.
kau masih lagi 'abang' aku kan?
terima kasih, syukran, nandre, xie xie, thank you

iii.
sepuluh coolblog pun aq bagi,
janj kau kena pandai jaga diri, 
biskut kilat, zhudi, dan warna, tahniah untuk korang, :) :) 
yg tade kertas n si comel jela yg masih tade berita, kan? :P

v.
what is your kpi?
as a student? think big about a small thing la mah,

vi.
mintalah dari yang memiliki dan sudi memberi,
mintalah sekadar yang mencukupi,
jangan terlalu memaksa diri, haha
laila majnunah dah aku ni, 

vii.
its kpo guys, kpo, kpo, haha

cer teka? sape masak?

nice home they have, :)


klu dpt umah camni utk mimi ngan joey mesti osem,


jangan tertipu, kpo bukan sekadar amek gambar kt tepi pantai, haha
chaiyok2, gambatte, daebakk, :)



Friday, February 10

apa?

satu saya minta,
esok, esok dan esok nya,
akan sentiasa ada,
sebab,
saya nak keliling dunia,
saya nak senyum pada semua,
saya nak tawan diri saya,




“Now, no matter what the mullah teaches, there is only one sin, only one. And that is theft. Every other sin is a variation of theft. Do you understand that?” the kite runner

Wednesday, February 8

....

satu
dua
tiga
tiga org rindu aku sekaligus,
haih, aku pun rindu korang jugak,
14 feb, cpt2 la dtg, :)

sesak nafas sy, haih =.=''

Monday, February 6

...


kalau haritu hujan, sudikah kau untuk basah bersama?
angguk.

kalau aku adalah hujan, sudikah kau untuk 'dibasahkan'?
............


__________________________________________________________________________________



minggir, aku mahu kehadapan,
aku menghalang kau?
ye, sangat menghalang.
sebab?
kerna yang di depan harus ke belakang baru yg terkebelakang bisa kehadapan,
bukankah jalan itu bisa beriringan, kau jalan aku sudi teman,
kalau aku tak perlukan kau sebagai teman?
maka izinkan aku memerhati dari arah belakang,


p/s : sudah-sudahlah menipu kawan sendiri, rasa macam nak bagi kaki,