kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Saturday, February 18

ceritanya begini 2

     petang itu shafikah pulang dengan muka masam. berkesan betul sindiran shafik sebentar tadi. 
syifaa' yang sedang membaca sekadar memerhati dari tepi. 

     pa', betul ke klu ta pandai masak ta boleh kawen?

     ai, tinggi cita-cita, mahu kawen kah?

     bukan sekarang, ini persediaan, 

     siapa cakap macam tu? syifaa' tutup buku sambil berkalih duduk. soalan shafikah sedikit menggeletek hatinya. namun kerut di dahi temannya itu sangat menuntut sebuah jawapan.

    "hurm...kawan," 

    "pika rasa camne?" syifaa' menyoal tanda menguji.

   "er, ye lah kot,"shafikah sedikit terangguk sambil malu sendiri.

   "cerita kawin ni, bukan sekadar maen masak-masak atau kendong anak," syifaa' memulakan butir bicara. shafikah mula pasang telinga sambil besarkan mata. kaki dah mula bersila.

      "suatu hari dia mintak keli goreng cili, susah-susah boleh bukak buku saji, payah sangat boleh google resipi, cuba sekali dua jadilah hidangan untuk hari ini," 

     shafikah mula sengih sendiri, impian nak kawen datang kembali.

     "tapi....."syifaa' sambung lagi. 

     "kalau dia tanya lebih dari resipi, ayat quran atau hadis nabi, mampu ke kita nak menjawabnye nanti?hukum itu ini, mau terkulat-kulat kita nanti, tak gitu pika sayang?"

     "er, tapikan itu tugas dia. dia yang nakhoda, bukan kita, shafikah membela diri. tanya hadis nabi memang tak terjawab la nanti. baca quran pun masih salah sana-sini. syifaa' angguk perlahan-lahan. tanda separa setuju.

      " betul nakhoda yang memandu, tapi  dia masih perlu penunjuk arah. mana harus lebih bijak, yang pandu atau yang tunjuk arah tuju?"

      "dua-dua lah, betul x?" shafikah tak mahu mengalah. syifaa' senyum nipis sambil angguk laju-laju.

      "sangat betul. yang nakhoda harus kuat dan yang penunjuk arah harus bijak, mudah kan?"

      shafikah terangguk-angguk. tanda mula memahami. dalam kepala dah terbayang ayt 'manis' utk shafik esok.

     "jadi, kawen xsemestinya kena pandai masak la," dia meminta kesimpulan dari yang menghuraikan.
syifaa' geleng sedikit.

     "perlu, tapi senduk kuali paling lama pun dua tiga hari dah lekat dalam hati, tapi nak jadi isteri mithali harus tahu banyak lagi. nak baiki diri dan hati bukan pakai hari, kena dari mula sekarang ni,"
       
     shafikah sengih lagi. kalau macam ni alamat nak kawin memang lama lagilah. tangan ligat menggaru-garu dahi. syifaa sekadar senyum sendiri. hari mulai meninggi.

     "sudah, pergi mandi. bersihkan diri. nanti kita sambung lagi,"

     "er, pa'?

     "ye?"

     "nanti ajar aku masak?"

     "ya allah, budak ni, "

      dan kemudian mereka sama-sama tergelak. 

     memang, dia adalah nakhoda. tapi tetap akalnya masih manusia biasa. sekali-sekala pasti terleka. itu sebab perlu teman untuk tegur salah, teman untuk tunjuk arah.

3 comments: