kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Sunday, February 19

ceritanya begini 3

     shafikah merenung bungkusan di atas meja. 'hadiah' yang konon-konon sempena ulang tahun hari lahirnya buat dia rasa nak menyinga. sehelai bawal masih terlipat kemas walau pembungkusnya dah lama hancur dek diramas tangan sendiri.
      "mamat ni memang selalu mintak kaki," dia merungut sendirian tanda kurang senang dengan pemberian dari temannya shafik.
     "cakap sorang-sorang ni kenapa?" tanpa sedar syifaa' sudah melabuhkan punggungnya disisi. dia berkalih sedikit memberi ruang untuk temannya itu.
     "apa ni?" syifaa' bertanya walau sendiri sudah tahu.
     "shafik bagi," pendek shafikah menjwb sambil sedikit mendengus dihujungnya. teman disisi menangkap ketidak senangan hati. tudung bawal beralih tangan. syifaa' merenung lama 'hadiah' istimewa itu.
     "cantik. tanak pakai?"
     "pa', kau tahukan aq ta pakai benda-benda macam ni?" terjuih bibir shafikah membalas pertanyaan itu.
     "dia dah susah-susah beli, takkan tanak hargai," syifaa' sedikit memujuk.
     "huh, nak buat apa? macam tak ikhlas jek?"
     "kenapa pulak tak ikhlas?"   
     "yelah, pakai sebab org suruh, konon-konon kalau pakai tudung pika akan jadi baiklah." kasar shafikah membalas. hati perempuannya nyata tidak mudah menerima bila  shafik 'menegur' sedemikian cara.
     "mungkin," syifaa' membalas pendek.
     "maksud kau?"
     "yelah, mungkin betul. kalau bertudung pika akan menjadi lebih baik,"
     "heh, takde maknenye, tu kat luar tu. ramai je yang bertudung tapi perangai ntah pape," membela diri itu perlu.
     syifaa' membalas dengan senyuman. memberi ruang untuk shafikah memberi pandangan. dan shafikah menyambung lagi.
     "......pakaian luaran seseorang tak melambangkan isi dalaman kan?"
     "ya dan tidak," kali ini giliran shafikah memasang telinga.
     "nak dengar satu kisah?" syifaa' memancing perhatian. bawal masih ditangan. shafikah sedikit mengangguk sambil kerut masih didahi.
     "kisah seorang pemuda berkopiah yang nak beli buah durian. dia berhenti disebuah gerai makcik yang garang dan bermulut lancang. dan makcik tu tak suka dengan orang lelaki yang berkopiah. tahu apa yang makcik tu cakap bila pemuda tu dtg kt kedai dia?"
     "apa?" lambat-lambat shafikah membalas.
     "perlu ke berkopiah segala bagai? ingat semua yang berkopiah macam awak ni konfem baeklah?"
     "lah, kenape tetibe je dia cakap macam tu? org kan nak beli buah jek? emo la makcik tu,"
     syifaa' ketawa kecil mendengar respon shafikah. lambat-lambat dia menyambung cerita.
     "tp pemuda tu diam jek dan dia minta makcik tu utk bukak kan sebiji durian. nak tengok isi dalam katanya. lepas sebiji dia minta dibukak kan lagi sebijik. lama-lama makcik tu marah dan dia tanye. awak ni nak apa sebenarnye? dengan selambanya pemuda tu jwb, sy nak tengok betul ke dalam kulit durian ni ade isi durian"
     "hah? giler ke apa? dah durian memang lah isi dalamnya durian."
     " hah, macam tu lah makcik tu jwb dkt pemuda tu. pemuda tu pun sengih lebar-lebar sambil jwb balek, takut jugak saya kalau luarnye durian tp dalamnye tak konfem durian,"
     shafikah terdiam mendengar kisah syifaa'. dia mengeluh perlahan sambil tunduk merenung bawal tadi.
     "betul, tak semua yang bertudung itu sempurna akhlaknya. tapi cukup utk menandakan bahawa dia sedang berusaha. melindungi apa yang didalamnya." syifaa' memancing emosi.
     "macam durian?"
     "ye, macam durian." syifaa' mengangguk tanda bersetuju. sahabatnye yang seorang ini memang akalnya bijaksana.
     "aku nak tambah lagi sket bleh?"
     "silakan, " meleret senyuman syifaa'. hati keras berjaya dilembutkan.
     " jangan salahkan 'kulit' kalau 'isi' nya kurang baik, tak gitu?"
     "sangat betul," dan senyuman syifaa' makin melebar. bawal ditangan dihulur kembali.
     "pa', doakan aku?"
     " always my dear,"
     "terima kasih,"
      " kasih..... akan dipertimbangkan, "
     dan sudah pasti penghujungnya gembira.

      

4 comments:

  1. wahh..lega hati baca post ni,sbb takut sangat orang expect kita alim giler,padahal kita masih lagi mencari2..mcm ayat kat atas! ^^

    Durian :)

    ReplyDelete
  2. wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. kak meema! gempak la!

    ReplyDelete
  3. QS 33: 59
    Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

    ReplyDelete