kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Saturday, March 31

masih banyak beza

jika dibandingkan dengan mereka,
memang masih banyak beza,
perlu lebih kuat untuk lebih berjaya,


Thursday, March 29

Wednesday, March 28

masih yang sama



i.
kira-kira beban ujian dan soalan peperiksaan,
serentak dengan beban setiap malam harus berlatihan,
memang sangat menguji ketahanan akal dan badan,
mungkin semua akan jadi lebih mudah jika tiada makian,



ii.
mengharap pada manusia untuk memahami,
meema, sila dan tolong jangan bermimpi,



iii.
sampai bila kau nak tanya soalan yang sama?
#haih

iv.
mengharap masih sempat untuk ke kulai 1 april ini,



p/s : pelikbinajaib bila harus bertukar khabar melalui laman sosial,

Monday, March 26

09

dan sekali lagi aku tertinggal bas,
sedang 'mereka-mereka' sudah jauh berlepas, 

Sunday, March 25

08

er, jujur sejujurnya.
tolong jangan dekat, saya masih belum kuat.

07


maaf dan maaf. 
tak tepati janji. 
kesihatan diri  masih terumbang-ambing lagi.
masa bersosial aku tunggang langgang semester ini. 
maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. 
i.
pada saat dan ketika semua insan bertanya,
kenapa dia yang buat kau bahagia,
maka hanya satu jawapan dalam kepala,
senyum kau ku rasa semanis gula,
dan sekarang aku yang tertanya,
mana dia senyum yang buat hari-hari ku bahagia?
 
your smile is my reasons to smile, 

ii.
berkisar tentang hidup sebagai pelajar,
mikrob tidak semudah food engine,
memang biology masih tak sudi mendekati diri,
dan fizik yang selalu membelai diri sambil memujuk hati,
organic chemstry perhitungannya isnin nanti.
mgm memang bukan subjek dihati,
tapi peraturan yang manusia cipta sendiri,
buat aku menghadam nota sambil menabahkan hati,
p/s: kau betul nak pergi sana mah? dengan dia pulak tu? wahai allah, permudahkanlah.

iii.
kita belajar apabila mengajar,
maka kerna itu, aku cuba untuk mengajar,
hakikatnya aku sedang belajar,
ah. akal singkat menguji hati. laila majununah sudah datang lagi


iv.
need you, need you, need you,
kalau satu darinya adalah aku,
maka aku mahu kau tahu,
kau punya jiwaku walau tidak raganya,
salam sayang dari org dekat tapi jauh,




06

 
abaikan perkataan yang menghiasi perkataan.
sedang mengutip kekurangan demi kekurangan,
untuk dicantum menjadi satu kelebihan,
err, macam puzzle?

Wednesday, March 21

tanya sama hati

tanya sama hati, apa sebab goyang,
nanti jawab hati, kenapa mata salah pandang,

dari mata turun ke hati,

itu sebab bila keluar rumah, yang paling ummi selalu pesan,
mah, jaga pandangan,

 

tanya sama hati kenapa sering gelisah,
nanti jawab hati, kenapa mulut asyik tersalah,

kerana mulut bdn binasa,

itu sebab cikgu selalu pesan,
mulut tu kalau boleh simpan kat rumah, jgn bwk jalan,

Monday, March 19

ceritanya begini 4

          "ahhh!! ahhh!! tunggu! tunggu! aku nak ikut." sham jerit kuat-kuat pada langit. kapal terbang yeng bertulis "butterfly" tu nampak kecil dari bawah dan semakin kecil bila terbang menjauhi mereka bertiga.

          "heh, ape jejerit ni, malu la org pandang," shafikah menegur sham yang dah macam tak siuman melaung kepada langit. orang keliling ada yang tertoleh dan kemudian kembali kepada tujuan asal masing-masing. bukit ekspo ni memang tak pernah lengang lagi-lagi kalau time semua lecture note ibarat bertukar menjadi raksasa yang bersedia untuk membaham mangsa.

          "aku nak ikut, sampai hati abg pilot tu tinggalkan aku," sham membalas serius tetapi diakhiri dengan nada melawak dihujung.
          "amboi, abang pilot bagai. sham nak ikut abang tu pergi mana?" syifaa' yang sedari tadi sekadar memerhati keletah mereka berdua menyakat dari tepi.
          "hehe, adalah pa', mane bleh bgtau kat ko," sham balas malu-malu sambil pura-pura tersipu.

          "eceh, tanak bagitau konon, dia nak pergi Jordan pa'," laju-laju shafikah 'membantu' menerangkan isi hati sambil tangan menuang air ke mulut. sedikit rakus dia membasahkan tekaknya menghilangkan lelah bertawaf sekitar bukit ekspo sebentar tadi.

          "Jordan? kenapa?" giliran syifaa' membasahkan tekak sambil mula bersila disisi sham. dihadapan mereka, sebuah ERL tertulis KLIA besar-besar meluncur laju.

          "Jordan best pa',"
          "ai? mane tau? pernah pergi?"
          "taklah, org bace dalam buku jek,"
          "ape yang best pasal Jordan dlm buku tu?"
          "hmm.... suasana kot. suasana pembelajaran dia,"
          "ok," syifaa' angguk sedikit sambil mulut masih meneguk minuman.
          " ade org ckp, kat sane ade byk perkara yg boleh membantu mengingatkan kita kepada Allah,"
syifaa' diam lagi dan shafikah mula menguping dari tepi sambil tangan 'gatal' mengerjakan rumput-rumput liar yang menghijau.

          "kawan-kawan, pensyarah, semuanya bantu kita ingatkan Allah, mesti bestkan kalau dpt pergi kat sane?"
          syifaa' berhenti seketika sambil mata merenung jauh kehadapan.
          "sham nak pergi sana sebab nak cari Allah?"
          sham angguk laju-laju. sungguh dia mahu itu.
          "sham tau tak?....
          .....kalau kita kena pergi sejauh Jordan utk cari Allah, susahlah,"
          "kenapa pulak susah?"
          "yelah, abes tu org yg tak mampu ke sana takkan jumpa dgn Allah?"
          sham senyap. bukan kerana silap.
          "sham, Allah tu ada dimana-mana. betul. suasana yang baik akan membantu kita ingt kepada Dia, tapi kita selalu lupa akan sesuatu....."
          "lupa? lupa ape pa' ?"
          "sumayyah. dia menerima islam disaat ramai insan lain memilih sebaliknya. dia menemui Allah dalam suasana jahiliyyah.bahkan sanggup mengorbankan nyawanya demi kerana akidah,"


          "itu, lain pa'. itu zaman nabi. zaman sahabat. memanglah macamtu," shafikah menyampuk dari tepi. syifaa' geleng perlahan-lahan. sambil meneruskan bicara.

          "tak, sumayyah menerima islam bukan semasa zaman kegemilangan agama islam. bahkan ketika itu, tiada nikmat yang akan diperolehi jika dia memilih islam melainkan azab dan seksa dari org kafir."


          "so, tak boleh pergi Jordan lah ni?" sham bersuara perlahan.

          "bukan tak boleh, boleh. tapi kalau nak tunggu sampai sana baru nak mula cari, bila nak jumpanya? sedangkan kita tahu dan yakin, yang Allah tu ada dimana-mana....."


          .....mana-mana pun boleh jumpa. yang penting usaha dan jangan cpt putus asa.




azwar, awak hutang saya dua perkara, :P

Sunday, March 18

05

kenapa kau tidak belajar dari peristiwa semalam,


Saturday, March 17

04

juz put your hope and continue your journey mah, #sentapp

is finding a new shoes to continue my journey, eceh.
well, everyone need a new shoes for a long journey, kan?

Friday, March 16

dan kalau benar

dan kalau benar,
berkasih sayang tanpa sebarang alasan,
adalah kerana allah,
maka ya benar, 
aku menyayangi kamu kerana allah,

walau kemana kau bawa akan aku turutkan saja,
namun, akan lebih bahagia,
andai kita sama-sama melangkah ke syurga,
wahai allah, moga sayang ini tidak berlebihan,

you hug me with your words, ^.^

03

 
no matter how hard i try,
it still the old me that haunting my day,

dan aku beruntung kerana dia tidak melihat hasil tetapi usahaku, :D 

Wednesday, March 14

02



no matter how slow you are,
juz keep on track,
and fnish your journey, 

Saturday, March 10

dekat tapi jauh

assalam wahai dunia,
mencuri-curi masa yang berharga,
hati mendesak untuk bermain kata,
sekadar berhibur cara saya,

hendakku luahkan takut makanlah diri,
hendakku simpankan meracuni hati,
hendakku jeritkan takut malu sendiri,
hendak ku diamkan kau takkan mengerti,

"wahai malam sampaikan pada bintang-bintangku yang aku sedang kerinduan"

Friday, March 9

its mikrob n food engine

kira-kira tiga lab untuk semester ini masih belum terbeban dikepala,
kerana teman semakmal yang mudah diajak berbicara,
makmal food engine yang paling dekat dihati saya,
masih fizik yang senang diminda saya itu punca utamanya,

mikrobiologi tidak semudah food engine,
tapi bila belajar perkara baru,
buat saya rasa bersemangat,
esok nak tengok hasil bakteria yang 'diternak',

cuma,
organic chemistry shj yg demonya sedikit menguji hati,
tp kami berjaya siapkan set fractional distillation kami, :)








cerita pasal hikmah,
hikmah itu ibarat barang yang tercicir,
sesiapa sahaja yang menjumpainya berhak untuk menyimpannya,

Wednesday, March 7

is and was

i.
seorang adik berbicara,
tentang is dan was yang banyak beza,
dan kemudian aku diminta membawakan contoh yang seumpamanya,
entah kenapa contoh ini yang bermain di minda,

she is my bestfriends.
she was my bestfriends.

kemudian dia menyambung lagi,
tentang pujuk dan paksa yang lebih kurangsama,
katanya kalau sayang paksa bisa jadi pujuk,
dan kalau tidak, pujuk pun bisa jadi paksa,

ii.
cemburu tapi malas.
sangat dekat dengan aku.



oh, saya yang tak ketuk rupanya. =.='
lepas ni saya nak ketuk kuat-kuat,
harap yang lain jangan dekat, *grinned smile







Tuesday, March 6

dua akhir

pengakhiran yang baik untuk permulaan yang tidak.

i.
antara yang mampu buat aku tak lupa bersyukur pada Dia,
bila kau cari aku disetiap hujung kisah suka dan dukamu,
memberi tanda kau mahu aku selalu,
ok, humairah. hujung minggu ini aku milikmu.

ii.
pengakhiran yang baik untuk permulaan yang tidak.
rasa kurang gemar yang bertukar menjadi kagum.
benar kata orang, tak kenal maka tak cinta.
terima kasih untuk hormat yang kau hulurkan, sungguh aku hargainya.

iii.
selaras dengan kematangan kau yang berpanjangan, moga jodoh kau juga begitu.
dan semoga malam kau dan juga aku, 
akan kembali indah agar "bintang" akan kembali "terang".

iv.
@mah, minggu depan kau balik kan.
@mah, minggu ni kau balik kan.
@mah, esok kau balik kan. 
amcik, ari ni baru isnin. ok? susah sgt lah nak mengaku yang kau rindu aku?
tidakkah rasa sayang dan saling memerlukan itu sgt indah? sungguh aku bersyukur untuk nikmat yang ini.

v.
coolblog bukan sekadar penawar dahaga untuk saya, ^^


Sunday, March 4

bila dia tanya

bila baba tanya,
untuk apa kau menulis mah?
dan diam saja yang mampu aku balas.
memang macam menulis tanpa tujuan.

itu baru baba yang tanya,
bila Dia yang tanya?
soal itu ini, memang takkan terjawab punya. takkan.

err....aku menulis untuk berkongsi rasa duka?
apa kau lupa yang Dia selalu ada? cerita pada Dia hilang rasa duka.
cerita pada mereka apa hasilnya?
tiktok simpati. 

a

Thursday, March 1

humairah

mah, addmath aku dpt a, domino plzz?
klu mampu, seluruh dunia aku persembahkan untuk kamu,


satu yang buat aku selalu jatuh cinta,
bila aku sedang kecewa dan kau tukang ketawa,
terasa masalah berterbangan untuk seketika,
dan kau seakan mengingatkan yang kau akan selalu ada,

dan bila kau paksa aku me'nelan', maka adalah kerana ia sudah berada dibibirku,
aku hirup sayang yang kau suap dan terasa 'sakit' ini pulih untuk selamanya,



#dia sedang bertarung menahan kesakitan berseorangan.
memang saya jiwang kerana itu saja yang saya ada -> jiwang