kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Monday, March 19

ceritanya begini 4

          "ahhh!! ahhh!! tunggu! tunggu! aku nak ikut." sham jerit kuat-kuat pada langit. kapal terbang yeng bertulis "butterfly" tu nampak kecil dari bawah dan semakin kecil bila terbang menjauhi mereka bertiga.

          "heh, ape jejerit ni, malu la org pandang," shafikah menegur sham yang dah macam tak siuman melaung kepada langit. orang keliling ada yang tertoleh dan kemudian kembali kepada tujuan asal masing-masing. bukit ekspo ni memang tak pernah lengang lagi-lagi kalau time semua lecture note ibarat bertukar menjadi raksasa yang bersedia untuk membaham mangsa.

          "aku nak ikut, sampai hati abg pilot tu tinggalkan aku," sham membalas serius tetapi diakhiri dengan nada melawak dihujung.
          "amboi, abang pilot bagai. sham nak ikut abang tu pergi mana?" syifaa' yang sedari tadi sekadar memerhati keletah mereka berdua menyakat dari tepi.
          "hehe, adalah pa', mane bleh bgtau kat ko," sham balas malu-malu sambil pura-pura tersipu.

          "eceh, tanak bagitau konon, dia nak pergi Jordan pa'," laju-laju shafikah 'membantu' menerangkan isi hati sambil tangan menuang air ke mulut. sedikit rakus dia membasahkan tekaknya menghilangkan lelah bertawaf sekitar bukit ekspo sebentar tadi.

          "Jordan? kenapa?" giliran syifaa' membasahkan tekak sambil mula bersila disisi sham. dihadapan mereka, sebuah ERL tertulis KLIA besar-besar meluncur laju.

          "Jordan best pa',"
          "ai? mane tau? pernah pergi?"
          "taklah, org bace dalam buku jek,"
          "ape yang best pasal Jordan dlm buku tu?"
          "hmm.... suasana kot. suasana pembelajaran dia,"
          "ok," syifaa' angguk sedikit sambil mulut masih meneguk minuman.
          " ade org ckp, kat sane ade byk perkara yg boleh membantu mengingatkan kita kepada Allah,"
syifaa' diam lagi dan shafikah mula menguping dari tepi sambil tangan 'gatal' mengerjakan rumput-rumput liar yang menghijau.

          "kawan-kawan, pensyarah, semuanya bantu kita ingatkan Allah, mesti bestkan kalau dpt pergi kat sane?"
          syifaa' berhenti seketika sambil mata merenung jauh kehadapan.
          "sham nak pergi sana sebab nak cari Allah?"
          sham angguk laju-laju. sungguh dia mahu itu.
          "sham tau tak?....
          .....kalau kita kena pergi sejauh Jordan utk cari Allah, susahlah,"
          "kenapa pulak susah?"
          "yelah, abes tu org yg tak mampu ke sana takkan jumpa dgn Allah?"
          sham senyap. bukan kerana silap.
          "sham, Allah tu ada dimana-mana. betul. suasana yang baik akan membantu kita ingt kepada Dia, tapi kita selalu lupa akan sesuatu....."
          "lupa? lupa ape pa' ?"
          "sumayyah. dia menerima islam disaat ramai insan lain memilih sebaliknya. dia menemui Allah dalam suasana jahiliyyah.bahkan sanggup mengorbankan nyawanya demi kerana akidah,"


          "itu, lain pa'. itu zaman nabi. zaman sahabat. memanglah macamtu," shafikah menyampuk dari tepi. syifaa' geleng perlahan-lahan. sambil meneruskan bicara.

          "tak, sumayyah menerima islam bukan semasa zaman kegemilangan agama islam. bahkan ketika itu, tiada nikmat yang akan diperolehi jika dia memilih islam melainkan azab dan seksa dari org kafir."


          "so, tak boleh pergi Jordan lah ni?" sham bersuara perlahan.

          "bukan tak boleh, boleh. tapi kalau nak tunggu sampai sana baru nak mula cari, bila nak jumpanya? sedangkan kita tahu dan yakin, yang Allah tu ada dimana-mana....."


          .....mana-mana pun boleh jumpa. yang penting usaha dan jangan cpt putus asa.




azwar, awak hutang saya dua perkara, :P

1 comment: