kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Sunday, April 29

baiti jannati


i.
ini bukan tipikal post dari org yang ingin mengkhabarkan kepulangannya ke rumah.
sekali-sekala allah uji kami, nak buktikan yang Dia masih sayang kami,
cerita abang boleh tolak tepi,
nak kongsi kisah ummi yang tiba-tiba tak larat nak bangun dari pembaringan,
ummi saya yang selalu sambut kami di muka pintu sekarang sekadar diam di kamar beradu,
bila ditanya mengapa sampai begitu lemahnya, "penat sikit," balas ummi dalam mengah menarik nafas.
mata dia yang paling bersinar antara kami semua, sudah sedikit redup menahan sakit.
dalam lelah menarik nafas, dia mengira-ngira kami disekitarnya.
anak ummi cukup minggu ni, dari azwar, humairah sampai lah baby ilah, baby irah. semua ada.
ada jugak hikmah nya ummi xsihat kan bang?
itu ummi saya, yang bijak mencari gembira ditengah-tengah duka.
dan saya cuma punya doa untuk dia, moga allah mempermudah kan segalanya untuk dia,

ii.
am semakin hari semakin dewasa, cuma cara bekerja masih sama,
sangat suka bertangguh kerja dan melengah masa,
aku kan punya kakak sampai tiga, kenapa harus huru-hara? korang ada untuk siapkan semua,
balas dia bila ditempelak abang kerana bertangguh kerja kursus geografi sedari februari,
bila ummibaba bertanya tentang kelas tambahan,
dengan yakin dia membalas,
tayah tusyen lah mi, humairah kan ade. meema pun da nak cuti bulan jun nanti,
sedikit malu bila dia punya yakin begitu, begitu tinggi dia melihat kami-kami ini sebagai pembantu disisi,

iii.
cukup kongsi berita dari syurga dunia saya.
seorang sahabat sampai menarik muka setiap kali dikhabar mahu pulang ke sana,
mah asyik balik rumah, saya cemburu tahu,
dan ini saya bisikkan untuk semua yang selalu merindu syurga dunia mereka,
pahala aku kerna pulang ke rumah selalu, pahala kamu kerna selalu merindu ibu,
allah itu maha adil tahu? 







Thursday, April 26

tamak


i.
tangan ada dua tapi kau nak kaut semua,
boleh silakan, tapi jangan sampai yang sayang akan meninggalkan,
kau macam lupa kisah anjing dengan bayang,

ii.
ummi said, bila kau mula kecewa ditengah perjalanan,
fikir balik kenapa kau bersusah payah untuk memulakan perjalanan,
dan bayangkan keindahan di penghujung perjalanan itu,
dan lain kali jangan tamak untuk berjalan bersama-sama org yg belum kau betul2 kenal.

iii.
you know yourself better,
masih tak belajar setakat mana kau mampu buat?
yes true, semua org berhak untuk mencuba,
tapi tak semua orang berjaya, bukan?
tolong jangan perasan, kau bukan org yg  punya semua kebolehan,
i repeat, you know yourself better, but still you need a mirror,






Wednesday, April 25

14

azwar sudah dirumah, humairah dalam perjalanan,
aku yang masih perlu teruskan perjuangan,

baru sikit kena uji, dah melatah sampai macam tu sekali, 

Monday, April 23

mgp 2012.

assalamualaikum. sila baca dengan nada gembira.

dua hari mengambil masa untuk pulih sepenuhnya. baru ada semangat nak menulis tentang malam gemilang putra saya. maaf, diorang punya mgp sebetulnya, saya sekadar ajk sahaja.

saat berita dikhabar bahawa saya harus mengendalikan bahagian sambutan aka usher memang rasa nak tercabut jantung.
apa tidaknya disuruh mengajar insan lain untuk berjalan sopan sambil sentiasa tersenyum manis memang bukan saya org nya.
tapi allah banyak bantu saya, pekakkan telinga dan usaha sekadar yang saya mampu saja.



seriously a big hug n thanx to all my superb usher.
dan sedikit pnghargaan buat mereka yg benar-benar memudahkan tugas saya.
starting from yoe yg mula-mula ta boleh nak senyum sampai akhirnya asyik senyum sorang2,
ariff yang tawar kan diri sedari seminggu sebelum pemilihan usher dibuat,
amat yang asyik ckp,  mintak maaf akq sy nervous tadi,
wan yang paling tabah buat muka tebal bila asyik kena marah dgn enz*l.
malek yang asyik merungut sebab blazer terlalu besar,
bad yang asyik nk migrain stiap hari sbb pnt berdiri,
syaffiq yang senyum dia paling manis sekali,
amer n nazir yg sibuk nk tau umur saya,
kak filah yang sentiasa beri senyuman saat semangat dah sampai ke hujung.
trima lah kasih hamba yang tak terhingga.
dan di penghujung malam semua ajak bergambar sama. maaf tak dapat nak penuhi permintaan awak2 semua.
masalah dengan kamera masih menghantui saya. sikit-sikit saya cuba untuk atasi masalah pelik ini, tapi masih ambil masa. maaf sekali lagi.
tapi yang penting, pengalaman dan ukhuwah yang kita bina akan kekal untuk selamanya. tak gitu? 


p/s : masih kau yang sama, untuk aku senyum kau takkan ada. 
sudah-sudahlah untuk semalam yang tersilap.
maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. aku janji takkan ulang lagi.

belajar

kalau abg shahir dgn abg zakuan pun ckp masih belajar, masih belajar,
nampak la yang aku ni belum mula belajar pun lagi.

*masih jauh lagi perjalanan aku. 

kecewa semalam belum hilang,
demam selsema pulak yang datang,

Sunday, April 22

saat doa dikabulkan.

i.
saat doa dikabulkan.
dari kecil sampailah dewasa,
ummibaba bukan orang yang kaya raya untuk berikan kami semua benda serba sempurna,
cukup sekadar kalau ada dan memang tidak akan meminta lebih,
tapi kalau tiba-tiba hati nak yang sedikit istimewa ummi ajar saya untuk minta pada Dia,
ada masa hidung berhingus dulu aku pernah tanya kembali pada ummi,
Dia tak marah ke kalau semua pun nak mintak padaNYA?
dan ummi jawab itu beza kaya Allah dengan kaya manusia,
yang meminta pada manusia kelihatan hina,
tetapi yang meminta pada Allah akan dibalas dengan pandangan kasih sayang daripada DIA.
dan berbekalkan itulah aku menjalani hidup, walaupun masih ada cacat dan celanya,
kerna aku hanya akan kembali mencari DIA saat semua perkara ibarat sudah tidak ada jalan keluar,
tapi memang aku tak nafikan, saat doa dikabulkan DIA,
dunia terasa sangat indah dan ibarat kita yang punya,

mgp 2011.

ii. saat doa tidak dikabulkan tuhan,
kata ummi DIA lebih tahu setakat mana kemampuan kita,
sebab tu ada yang diberi sejurus diminta, ada yang disimpan untuk sementara,
bohong kalau aku kata aku tak berduka, saat doa tidak dikabulkan DIA,
tetapi masih ada yang membantu untuk memujuk rasa, 
mgp 2012 menjanjikan dua perkara untuk saya,
menerima berita yang kurang baik disaat semua org berkongsi perkara gembira,
mungkin perlu masa untuk terima semuanya, 
cuma mampu berharap yang esok masih, selalu dan akan sentiasa ada,

Saturday, April 21

masa dulu-dulu

salam alaik pembaca budiman,
esok mgp. ye memang perlu sgt nk bgtahu.
motif menulis malam ni adalah benda lain.
nak cerita kisah masa dulu-dulu,
masa dulu-dulu,
aku selalu berangan nak pergi jauh-jauh dan banyak-banyak tempat,
pastu beli poskad dan kirim kat member kat malaysia,

sepuluh tahun lepastu aq gelak sendiri,
sebab dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, asasi,
sampai la ni dah masuk degree,
sempadan selangor pun aq tak keluar lagi, 
sadis? sangat sadis. 



Friday, April 20

dah banyak

i.
1 more days to go,
may allah ease.
wahai mgp pls be good,
dah banyak yg awak ambil dari saya,


ii.
wahai awak,
please stay, sikit je lagi and everything will be end soon,
dah banyak yang kita janji nak buat bersama,

iii.
wahai awakawak,
please dont, kenapa mahu memulakan saat aku sudah mahu menamatkan,
dah banyak yang awakawak ketawakan dan sekarang?

Wednesday, April 18

mirror oh mirror

i.
saya tak suka dia yang saya lihat,
di dalam cermin.



ii.
mr cgh yang saya sayang tu suruh saya senyum dulu,
baru yg laen akan ikut katanya, haha
ou kalau xdpt cgh, mungkin akan kurang best.
ini serius. sekian.

Tuesday, April 17

Monday, April 16

kalau jatuh

i.
kalau jatuh memang takde rasa lain selain sakit.
dan yang paling perit, bila nak bangun balik.
kalau kuat, pekakkan telinga buat muka selamba dan bangun dengan bergaya.
masalahnya aku tak kuat nak buat semua tu.
sudahnya bila jatuh, memang tak terbangun dah.
baring je lama-lama sambil melayan rasa. sekian.

ii.
sampai satu tahap rasa macam nak bungkus semua nota,
letak bawah katil, lepastu pejam mata sampaibilabila.
wahai cuti, tolong jangan pergi? T_T



Sunday, April 15

13

bila jauh rasa nak dekat, bila dekat asyik nak menyakat,
esok mula balik muntah2 pening2 sebab tak paham apa tulis dalam nota,
padehal dulu abc aku yang pandai dulu,

Thursday, April 12

^^


i.
dia yang sudah tiada sebab untuk tersenyum,
masih mampu buat kami ketawa,
itu yang buat aku selalu kagum,
dan kembali untuk hidup keesokan harinya.

ii.
abang said;
kalau nak rasa masakan ummi masa ummi takde,
suruh tata masak,
nampak la aku masih belum boleh lawan azwar, bluek. haha

Tuesday, April 10

jauh dan risau

i.
saya sudah jauh dan bertambah risau.

ii.
berat badan bertambah dengan jayanya,
cuma markah ujian yang tak nampak peningkatan.
mood nak menuntut ilmu masih melayang-layang,
wahai penyangga semangat cepatlah datang.
#orang guna wahai untuk orang je ke? 


iii.
akal singkat saya datang lagi,
cemburu buta ni memang tak boleh nak pergi,
mungkin betul kata dia iman kena refresh seminggu sekali,



Sunday, April 8

12



i.
takkan saya nak paksa semua orang teman saya walau kemana pun, kan?
hurm.... itulah kemanisan berukhuwah, mah.

ii.
selalu orang me***** ni sebab dia sakit dalam,
sakit dalam tu ape kak?
sakit hati, 


p/s : betul ke kau tgh sakit hati? aku pun. #haih

Friday, April 6

11

kalau ade pemadam, kau yang pertama aku padam,
orang macam kau tak boleh bagi kekal lama,
iman aku yang sekeping ni takkan mampu bertahan selama-lama-lama-lamanya,

Wednesday, April 4

satu nombor

semua paper aku pun,
pakat nak guna satu nombor je,
padahal orang lain ade dua nombor,
pelikbinajaib.
welcome to the real degree life mah, huh

bukan kerna

i.
adik,
kau harus tahu terkadang bukan kerna yang selalu menolong itu baik orangnya,
tetapi kerna, yang selalu ditolong itu lebih disayangi yang maha ESA









Sunday, April 1

masa saya

malam ini jari menari lagi,
sudah janji sama orang sana,
takkan mengadu pada benda yang tak punya jiwa,
tapi masih saya yang begini,
tak banyak masa kecuali untuk secawan kopi saya,

i.
bila bersahabat jangan kerana balasan,
kerna akan tiba suatu masa dan keadaan,
dia tiada apa untuk dihulurkan,
maka kau akan mula meninggalkan.
*masihakuyangsama

ii.
merindui saat-saat memahami kalam tuhan,
bilamana setiap baris kata ibarat memulihkan,
seluruh semangat saya yang sedang berterbangan,
dan menghangatkan tika jiwa terasa sangat kedinginan,

iii.
masih kau yang dulu,
sepatah kata bisa menusuk kalbu,
segaris senyum bisa buatku tak lena seminggu,

iv.
tidak akan muncul pelangi tanpa hujan, mah.
bumi ku tersangat gersang dan hujan tak mungkin akan datang, am.


nah, ini pelangiku sama-sama kita kongsi. =.=