kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Thursday, May 31

hayya bi sur'ah

salam alaik buat pembaca budiman,
i.
semalam, saya terbaca ini,
hassan basri pernah ditanya oleh seorang lelaki yg sangat ingin berqiamullail tetapi sering tidak dapat. maka jawabnya, "dosamu telah mengikatmu."
Beliau juga pernah berkata, "sesungguhnya seorang hamba akan melakukan dosa lalu dia akan diharamkan qiamullail dan juga diharamkan pada siang hari dengan sebabnya(dosa).
"apabila kamu tidak mampu untuk bangun qiamullail dan berpuasa pada siang hari, maka ketahuilah bahawa kamu diharamkan dan diberatkan. diberatkan oleh dosa-dosamu,"Fudhail bin Iyadh.
astaghfirullah, Ya Allah, jangan lepaskan kami. T.T
hayya bi sur'ah meemah, yg lain-lain sudah jauh berubah. 


ii.
dia pada hari ini tidak menentukan dia pada esok hari,
maka jangan berasa selamat dengan kedudukan kita pada hari ini,
kerna hati itu bisa berubah dalam sekelip mata sahaja,
astaghfirullah. betapa aku sering terlupa itu.

penantian

i.
ah betapa penantian itu satu penyeksaan,
akak cepatlah kol saya, haih.
penat da tunggu ni.

ii.
selesai sudah segala jenis tugasan,
presentation, lab report mahupun kuiz dan test,
tinggal final sahaja, oh lega sedikit.

iii.
last meet with my tenis fasilitator,
kat maulana lagi, haha XD
setel hal buku log, ngeh3


Tuesday, May 29

ulang-ulang

"AKU adalah apa yang kamu sangkakan,"
kurang ingat versi yang penuh sebetulnya.
sebab itu bila hati jadi sangat-sangat celaru. aku mengambil keputusan untuk berhenti bersangka buat seketika.

i.
bila membaca sesuatu yang aku suka, sesuatu post misalannya,
akan aku ulang-ulang baca dari atas ke bawah, takut-takut aku tidak memahami apa yang cuba disampaikan dan takut-takut apa yang aku faham tidak sama dengan apa yang cuba disampaikan, tapi bila bab baca yang satu lagi tu, sekadar cukup syarat saja, ah. 

ii.
saya harap, ada ketikanya bila saya bercakap,
cuma awak seorang yang faham, 
azwar? kaifa haluk?






Saturday, May 26

sebab dia minta

bismillah and astaghfirullah, may this post wont hurt anyone,


i
too much things to do yet to little time for it,
lagi tiga subjek yang tugasan nya masih belum sempurna,
tamil foodengine dan tenis, ye, tenis.
buku log yang tertangguh sentiasa, nanti nanti dan nanti saya akhirnya sedang menjerut leher sendiri,
bukan mahu bertangguh sentiasa, cuma terlalu banyak perkara yang perlu ambil kira,
festival itu, forum ini, dan adik baik aku yang minta teman keliling downtown,
semata untuk cari jersey euro2012, what? oh, nasib kau adik aku.
sudahnya kaki yang masih belum sembuh sepenuhnya jadi kembali melecet,
dan saya menguzurkan diri dari tournament tenis, oh padahal itulah yang kami semua nantikan,
dan saya terlepas peluang untuk sampaikan ucapan terima kasih buat mr nyia kami yg osem itu,
ah, mungkin nanti saja.

ii.
dan ada yang tanya, perlu ke sibuk semua benda,
jawab saya cuma dua,
pertama kerna dia yang minta tlg sama saya,
dan kedua kerna saya sudah terlanjur berkata ya,
sadis tak sadis ini sudah minggu 13.
dan lepas tu? kita terbang!!!! bak kata mizan. haha *miss all murnians badly,



iii.
kata ummi, dalam banyak-banyak anak ummmi kau yg paling ego mah,
ego untuk mengucap sayang, ego untuk mengaku salah, ego untuk mengaku rindu,
dan ego untuk mengaku ego,
sekarang aku terfikir akan kebenaran kata-kata ummi,
ye, aku ego untuk itu semua,
maaf dan maaf saya budak lambat belajar,
butuh lebih masa untuk faham perkara semacam itu,
takziah untuk kami yang diuji dengan masalah kepercayaan dan kesetiaan,
*bohong kalau kata aku tak terasa apa, kau tangan kiri dia tangan kanan, dua-dua aku perlukan*

iv.
lapan tahun dah kan? 
will do ----> fly to penang, 
may allah ease, :D


Thursday, May 24

kau,

i.
mah, kau lama tak jumpe aku lepas tu kau rindu aku kan?
ak ah, tapi bukan sekarang, nanti. sem depan baru rindu.

ii.
aku tak rase aku ade simpan no fon kau,
tapi kalau aku kol, kau cam suara aku kan? >,<

iii.
nak ikut?
kalau kau ajak betul-betul, mungkin aku akan jawab ye, *senyum sopan.

iv.
eh kecik, diam boleh?
besar mana pun aku tetap kecik pada kau kan? XD

is ready!!! er. sure ke mah? haha zendagi megzara~

er, korang suka main badminton x?

Wednesday, May 23

i'm begging you.


mah,
i'm begging you,
finish your journey and start a new one, a better one, >.<

mah,
i'm begging you,
please dont dissapoint him,
even he is nobody to you, can?

may allah bless, give me such that strength o allah, ameen.

Tuesday, May 22

aku jadi teringat

satu post istimewa dari rakan lewat menengah, ye, istimewa buat saya,
kalau orang kata sayang itu bermula dari benci, ye saya sedikit setuju,
yang rajin keliling sekolah dengan rotan panjang,
gelaran cikgu disiplin buat kami tak bermotivasi untuk berguru dengan ustaz yang seorang ini,
dan bila ada murid baru melangkah ke tingkatan dua harmoni,
dia yang paling berani memanggil kami serentak,
ya faatimatani, mamnu' bil kalam!
ya faatimatani, ta'ali huna!
ya faatimatani, ya faatimatani, ya faatimatani!
ah, saya jadi makin benci bila dikaitkan dengan org yg saya kurang senangi,
saat itu hati ini jadi berdetik, teganya ustaz ini, melaung sebegitu sekali,
terima kasih ustaz, sekarang kami memang faatimatani,

suatu masa dahulu, saya punya satu kekurangan,
tidak boleh menulis dihadapan papan putih,
sedang menulis didalam buku latihan pun buku itu harus kusengetkan,
inikan pula papan putih, sudahnya tulisan aku jadi menyenget ke bawah dan bukan duduk dalam barisan yang lurus,
dan dia yang seorang ini, sangat tidak berpuas hati, aku dipanggil lagi dan lagi,
tulis, tulis, dan tulis sampai lurus dan tidak senget.
awak tulis arab ke urdu, suara sedikit tinggi sambil rotan nipis kehempas ke meja,
terima kasih ustaz, sekarang saya bisa jadi pendidik,

ada suatu ketika, saya dituduh melakukan sesuatu yang tidak,
haruslah tidak, nakal saya punya batasnya, perkara sebegitu memang bukan perlakuan saya,
ye, ustaz seorang yang yakin bahawa bukan saya orangnya,
dan yang memfitnah menerima padah,
walau apapun jangan sampai yang lain tahu cerita,
itu pesan saya pada ustaz, sudahnya aku yang mungkir janji sendiri, =.='

satu ketika yang lain, bila kami jumpa seekor kucing,
dan sorokkan dibawah laci meja tak terkantoi walau dengan seorang guru pun,
sudahnya kelas terakhir untuk hari itu,
tenang ustaz melangkah kedalam kelas dan mengumumkan,
"hari ni kita takkan belajar lughah, tapi kita akan belajar tentang kucing,"
buat muka selamba sambil tahan ketawa, tapi ustaz saya lebih bergaya,
dimintanya saya berdiri sambil menerangkan keburukan penyakit yang dibawa oleh kucing,
percaya atau tidak? memeluk kucing bisa buat kita jadi lena,
itu antara perkara yang sempat saya pelajari hari itu,
dan sehingga penghujung kelas ustaz untuk hari itu, saya asyik menguap sentiasa, heh.

oh, perkara terakhir yang saya rasa bisa buat mata saya berkaca,
saat berita dikhabar, ustaz akan pergi, jauh mana tidak pasti, tapi memang takkan jadi guru lagi,
saya antara yang terasa kehilangan itu, jujur.
takkan jumpa ustaz sehebat dia,
faatimah markah awak turun dua angka, boleh saya tahu kenapa?
dan antara perkara terakhir yang sempat dia catatkan dalam buku latihan saya,
faatimah, kuni bintun solehah,
satu, dua, tiga, airmata saya menitis jua.
pertama-> saya bintun dia, tinggi cara dia memandang saya,
kedua-> pertama kali dia menulis dengan pen biru dan bukan merah,
ketiga-> saya seorang, yang ada catatan itu, sampai sekarang. walaupun buku itu sudah tiada guna untuk saya,

ustazah saadah, ustaz masrur, ustazah adibah, ustazah razliza,
ah, aku jadi teringat. sungguh  manis bila belajar tidak jadi sebab untuk kita bermasam muka.








Sunday, May 20

kau duniaku


i.
tidak disyurga dunia untuk sabtu ini,
maka jadinya tiada slot meneman ummi bercerekarama,
pun tiada masa meneman amcik ber'sejarah',
tapi menurut abang, kau tak perlu risau mah.
aku akan pastikan meja belajar dia lagi bersepah dari rak komik dia,
aku ketawa sendiri dalam hati, dari mana abang pandai bercakap sebegitu,
hanya allah yang tahu,
maklumlah dia bukan seperti insan lain yang mampu melihat dunia luar,
ya allah, kurniakan syurga firdaus buat abang saya, : |


ii.
aku pernah rasa, betapa hangat dan menenangkan pelukan itu,
dan sekarang aku cuma mahu kau merasakan yang sama,
apa kau tidak percaya, yang setiap muslim itu sememangnya bersaudara,
setega itu kau menjauh semata kerna tidak sudi berkongsi kisah ketawa?
sedih aku cuma kerana satu perkara, jika dulu kau sudi berkongsi cerita ketawa,
kenapa sekarang kau ibarat seperti mahu berlumba,
yang kau punya sebab untuk ketawa sedang aku seperti sudah tiada.

iii.
assigment yang mengejut,
saya mahu dua puluh muka dan sila hantar minggu hadapan,
er, saya memang cuba buat muka kasihan,
bila didenda pensyarah untuk menyiapkan tugasan secara berseorangan,
memang nasib badan kalau dalam satu kelas tu cuma sekerat je perempuan, haih.

iv.
Jangan dekat atau Jangan datang kepadaku lagi,
Aku semakin tersiksa Karena tak memilikimu,
Ku coba jalani hari Dengan mengganti dirimu,
Tapi hatiku selalu Berpihak lagi padamu,
Mengapa semua ini Terjadi kepadaku,
ah, merapu sudah. selamat malam.

Friday, May 18

short update

i.
short update, mgm presentation was awesome, perbezaan pendapat itu sgt biasa,
terima kasih ya allah sebab permudahkan kerja saya,
ye terima kasih sebab banyak tolong hari khamis yang sudah,
semoga allah permudahkan urusan kita semua, f, f dan n, haha

ii.
saya x sedia nk berstatistik seorang diri, oh.

iii.
saya buat perkara hebat hari ini,
qul haq walau kana murran,
ye, mengatakan kebenaran walaupun pahit,
then, i'm walk away with full of proud, ah betapa redha itu indah ----> mochaflavour, :)

iv.
cuma masih belum kuat pada yang dekat,
maaf humairah, saya butuh masa, :D
tapi terima kasih untuk sayang awk, :P

mgm presentation



i.
esok presentation, tapi masih di depan komputer riba,
haha, maafkan gaya bahasa yang tak tentu hala,
saya jadi terhibur sendiri bila membaca catatan yang sebegini rupa,
entah mengapa tiba-tiba presentation jadi perkara yang sukar untuk saya,
pertama kali ber'kawan' baru saya kira,
sudahnya semalam sebelum mem'bentang', saya jadi tak tentu hala buat seketika,
pejam mata rapat2 dan minta ketenangan,
pada siapa? aku jadi malu sendiri kerna meminta pada yang tidak mampu.
ah, akal manusiaku memang sangat terbatas,
"harini dah baca quran?" prihatin baba menyoal saat dikhabar bahawa hati kurang senang,
jujur, belum.
"baca quran mah, dan untuk anak yang serupa meema kena banyakkan surah taha,"
kenape surah taha ba? tidak yassin, kan itu hati kalamullah? hati kecilku berbisik.
tiada jawapan dari baba, itu sudah tentu.
.
.
.
.
.
##"surah taha dan kelebihannya"##
--->melembutkan hati,
ya, en.google yang menjawab persoalan saya, senyum sendiri saat membaca info ini. :)

ii.
seorang sahabat prihatin menyoal,
saat melihat ramai yang semakin runtuh akhlak dan moral,
mampu ke mereka-mereka menjadi insan yang berjaya,
paling kurang pun dalam menjalankan peranan sebagai ibu juga bapa,
tiada. saya tiada jawapan untuk soalan itu.
dan soalan itu saya kirimkan untuk org dirumah.
jawapan dia mudah sekali,
mereka akan belajar, dan kau juga akan belajar,
lalu timbul persoalan kedua, cepat atau lambat proses belajar itu,
itu kena tepuk dada tanya sama hati, sejauh mana kita mahu pergi?

dan naiklah tingkat demi tingkat didalam syurga, 


oh, hafalan saya sudah semakin menjauh, harus dikejar semula.



p/s : ya, saya, kamu dan mereka akan belajar, :)


Wednesday, May 16

ada yang bakal hilang.

i.
semakin hari semakin baik,
walaupun kami satu kelas kena re-sit paper food engine,
tapi tak tahu kenapa saya serasa tersangat lega,


ii.
ada yang bakal hilang, dan saya dah siap siaga untuk menerima berita kehilangan itu,
mujur ada orang keliling yang sangat membantu, tak banyak pun cukup sekadar menadah telinga
mendengar repekan saya,

iii.
entah, bukan aku tak suka kau,
cuma tidak mahu lebih.
sama kuliah, sama makmal, titik takkan lebih.
saya taknak tambah koleksi kawan baru, ini jujur, sudah lelah sebetulnya,

iv.
ada ketika, saya tak pasti apa yang saya sedang buat sekarang ni,
mulalah rasa nak susun sepuluhjari mintak maaf sanasini,
so sori, buat sahabat saya f dan f.

v.
kimia organik. jangan sebut kuat-kuat. sebut dgn perlahan dan menyeramkan.
terima kasih untuk yg sudi buat kelas ahad lepaslepas,
syukur, markah saya tidak seteruk yang pertama, *tlg jgn tanya berapa.

dan apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada allah,
ah, kira-kira saya cuma punya itu ketika ini, tawakkal.
semoga hari esok akan kembali dan terus bersinar

rasa nak kongsi benda-benda bermanfaat,
tetapi akal pendek sedang menyerang, 
kelelahan melanda diri,
dan badan saya minta direhatkan lagi dan lagi,

selamat hari guru,

i.
kira-kira saban tahun 16 mei menjelma,
seluruh malaysia berlumba menulis-nulis kalimat terindah,
buat insan-insan istimewa mereka,
yang membantu masing-masing menulisbaca hatta hingga ke melukiswarna,
sk dato' abu bakar baginda
terima kasih puan hajjah misah, puan halimah, puan norwati, puan zainah, puan norita,
cikgu azli, cikgu manap, teacher suhaida, cikgu arosidin, teacher faridah, teacher rodziah, ustazah radziah, ustaz jasni, teacher mardhiah hayati, and all the teachers that make me miss sk dato' abu bakar baginda,
smk bandar baru bangi,
ustazah saadah, teacher sawiyah, ustazah razliza, ustazah adibah, puan noriah, ustazah normah, ustaz masrur, 
err, then only realise most of them got title ust in front of their name,
AsPer 2010/2011
dr wan, en zul, dr md nor, dr zas, en ismail omar, sir tan,
dr ArK, dr mat yusoff, dr asmah, sir aliff,
dr omar, dr zainol, en yaakob,

 

ii.
tapi kalau dikenang-kenang kembali,
yang buat saya tak buta alifbata,
yang buat saya kenal satuduatiga,
yang rotanrotan sampai abc tak berani lupa,
yang kerahkerah sampai kalamullah jadi mudah sentiasa,
orangnya itu adalah ummi saya, :D
selamat hari guru ummi, *hari ibu pun da di'haram'kan sekarang ni, 

Tuesday, May 15

sementara cuma

panorama biasa di syurga saya,
kalau-kalau seusai isya' akan duduk berkumpul semua yang ada,
dan mutakallim akan mula membaca barang sepotong dua hadis dari kitab muntakhab.
dan andai baba turut sama kerna 'terawal' pulang dari masjid, atau kami 'terlewat' menghabiskan ta'lim,
baba akan mengulang-ulang perkara yang sama,
"dunia cuma sementara, akhirat saja yang kekal abadi,
dan kami-kami yang mengantuk kerna penat seharian mengendong beg akan terangguk-angguk,
semakin usia menginjak dewasa, semakin aku mula terasa,
ya benar, 'dunia' cuma sementara,
tadi kau lapar, dan sebentar lagi akan kenyang, dunia.
semalam kau ada, hari ini sudah hilang semua, dunia.
tadi kau berduka, dan sekarang DIA beri sebab untuk ketawa, dunia.
semalam mereka ada, esok mungkin sudah tiada, dunia.

dan sekarang sedang menyesuaikan diri dengan semua benda yang kelihatan seperti 'dunia,
pointer, markah test mencanak-canak, jawatan, sayang yang dihulur manusia, wang berjuta-juta rupiah,
peluang untuk berjaya, kawan yang teman kesini-sana, 


ah, aku sedang bersedia,
masih belum,
tetapi sedang berusaha,
senyum pahit dan terus pandang ke hadapan,

dan kalau kau mahu tahu, siapa cinta baru aku, jawapannya masih kamukamu, >.<

p/s : masyaAllah, aku ini penakut rupanya.

sekali-sekala aku bersyukur kerana dididik ummibaba sedemikian rupa,
walaupun x sehebat insan lain yang mampu ubah dunia, 
tapi ya, masih ada unsur didikan itu,
oh, kalau dalam bahasa tingginya, tarbiyah

Thursday, May 10

the eggs, the carrot, the coffee bean

got it from mgm class, that is the interesting part on that class, *i think. huhu



put three pots of water over the fire,
in the first pot, put some carrot,
in the second pot, put some eggs,
in the third pot, put some finely grounded coffee bean.


boil all three pots for 15 minutes,
and take out all what you put in.

the carrot, when in hard,
they are now soft,
the eggs went in soft,
they are now hard inside.




and,
the coffee powder has disappeared.....


BUT
the water has the colour and wonderful smell of the coffee,


now, think about our life,
thinks dont happen like we wish,
people dont treat us like we hope,
we work very hard but we got very few results,
what happens when we face difficulties?

now, think about life. the boiling water is like the problem of life.
we can be like a carrot, we go in tough and strong,
we came out soft and weak,
we get very tired, we lose hope, we give up,
there is no more fighting spirit,

we can be like the eggs,
we start with a soft and sensitive heart,
we end up very hard and unfeeling inside,
we hate others, we dont like ourselves,
we become very hard-hearted,
there is no warm feeling inside, only bitterrness,
plz, dont be like the eggs,

WE can be like the coffee powder, the water does not change the coffee powder,
the coffee powder change the water,
the water hs become different because of the coffee powder,
see it, smell it, drink it,
the hotter the water, the better the taste,

we can be like the coffee bean, we make something good from the difficulties we face,
we learn new things, we got new knowledge, new skills, new abilities,
we grow in experiences,
we make the world around us better,
to succeed, we must try........and try again,
believe in what you are doing, dun ever give up,
be patient, keep pushing,

problems and difficulties give us the chance to become
stronger, better and tougher,

so, pls be like a coffee bean, meemah!!!



Tuesday, May 8

jus follow d flow


i. manusia berubah, 
masa berlalu, 
dan kami akan sentiasa berusaha mengenali hati budi masing-masing 
xcukup tiga org, 
er, baru sedar yang foodtech from asperian batch 6 cuma bertujuh.

  
ii.
subjek koko yang buat sy lewat pulang ke rumah setiap minggu,
ini semester terakhir aku berkoko, harap-harapla.
yer, memang kami berdua sahaja melayu,
tp mr nyia yg osem tu xpernah buat kami rasa isolated, :)
dan most of d chinese gurl ni ingat nama saya, meema~meema~meema
mostly yg sy ingt boys je, T.T
next week test tenis, yaaahoooo!!!!


iii.
klibf2012
kesempitan masa dan juga wang, err.
tapi masih ade rezeki untuk bertemu pak latip,
ini penulis kegemaran abang sebetulnya, 
sedikit demi sedikit kami semua pun berjangkit,
novel sejarah islam dia memang hebat,
oh, dan tentang mustafa kamal ataturk juga,
mengalir airmata abang saat menghabiskan novel itu,



iv.
ye, tiada apa yang istimewa,
sekadar eskem murah yang dihulur am, 
terasa sangat yg adik saya sudah dewasa, 
bila saya berlelah meneman dia mencari buku latihan+komik zint, oh.
pantas saya diajak ke gerai minuman disana, dan tanpa ragu-ragu dia membayar sendiri eskem itu,
mungkin tiada makna untuk awak, tapi tidak buat saya,
perkara serupa saya rasakan,
saat mengadu betapa kimia organik sgt melelahkan saya pada humairah,
dan kembali dibalas dia, studi kat rumahlah, aku boleh tolong mana yang patut,
serasa aku, tiada yang lebih menggembiraan melihat mereka meniti usia kedewasaan,
ini baru aku kakaknya, kalau ibubapa sendiri apa pula rasanya ye? 

v.
just follow with the flow.
empat minggu lagi, perjuangan semester ini akan berakhir.
menilai diri sendiri dari segala segi, memang sangat sedih.
kena usaha lagi dan lagi untuk improve diri,
dan sejak akhir ini, sering berharap pada yang belum pasti,
penyakit apakah ini wahai hati? : |

Sunday, May 6

is coming n leaving*test2

ceritanya begini, ujian pertama sibuk bermgp,
dan konon azam bila ujian dua memunculkan diri,
saya akan gandakan usaha lagi,
agar final takkan berlagu sendiri,

tapi memang masih saya yang lama,
semua kerja nak berlengah sentiasa,
sudahnya, ujian dua pun sama sahaja,
mikrob yang paling parah serasa saya,
organik chem baru esok percaturannya,
tapi saya masih senang bermesra dengan cawan kopi saya,

oh, still the old me that haunt my day, *haih

Saturday, May 5

untuk awk,

mestilah ingat,
dan esoknye awk sms saya,
yang pakai baju pink kan? ke silap org?
er. nak reply pun takut.
lepas satu, satu sms awk hantar,
nak reply tp selalu xdpt. kredit xbyk haha

tulis blog jugak?
er, lagi.

stalker ke ape? hehe

dan lepas tu kita makin rapat, kan?
awk tanya, saya jawab, saya tanya, awak jawab,
semua benda pun nak cerita even pasal benda remeh, huhu
cerita itulah, cerita inilah,

satu hari, awk bg saya coklat, sweet lah sgt, :)

dn sekarang, dah habis. cerita kita dah habis.
ade jodoh boleh sambung lagi,
kalau tak, kita masih punya memori, kan?

p/s : may u always succed in ur future undertaking. dah dewasa, jangan manja-manja sgt.




Tuesday, May 1

permintaan hati

i.
aku takde hak untuk bertanya,
kenapa kami yang diberi sebegini rupa,
sedangkan org yg beriman itu seharusnya menangis kegembiraan saat ditimpa ujian,
dan aku juga tiada hak untuk khabarkan pada semua,
tentang kisahkisahsusah yang diberi Dia,
kerna pendengar yang setia itu,
memang Dia yang maha mendengar semua,

ii.
melihat dia,
aku kembali bersyukur kerna sekurangnya aku masih punya masa,
untuk melelapkan mata dan melupakan semua walau seketika cuma,

iii.
siapa kau mah? nak minx itu ini,
banyak sangat jasa dan pengorbanan kau untuk mereka? huh.
seriously, saya dah mula lemas dalam lautan angan-angan yg saya cipta sendiri,

iv.
terima kasih kerana cuba memahami, sangat berterima kasih,
dalam ramai-ramai tu cuma kau yang cuba faham kami semua,
semoga rahmat allah bersama kau sentiasa,

p/s : maaf masih hykers yang mudah diajak berbicara