kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Friday, May 18

mgm presentation



i.
esok presentation, tapi masih di depan komputer riba,
haha, maafkan gaya bahasa yang tak tentu hala,
saya jadi terhibur sendiri bila membaca catatan yang sebegini rupa,
entah mengapa tiba-tiba presentation jadi perkara yang sukar untuk saya,
pertama kali ber'kawan' baru saya kira,
sudahnya semalam sebelum mem'bentang', saya jadi tak tentu hala buat seketika,
pejam mata rapat2 dan minta ketenangan,
pada siapa? aku jadi malu sendiri kerna meminta pada yang tidak mampu.
ah, akal manusiaku memang sangat terbatas,
"harini dah baca quran?" prihatin baba menyoal saat dikhabar bahawa hati kurang senang,
jujur, belum.
"baca quran mah, dan untuk anak yang serupa meema kena banyakkan surah taha,"
kenape surah taha ba? tidak yassin, kan itu hati kalamullah? hati kecilku berbisik.
tiada jawapan dari baba, itu sudah tentu.
.
.
.
.
.
##"surah taha dan kelebihannya"##
--->melembutkan hati,
ya, en.google yang menjawab persoalan saya, senyum sendiri saat membaca info ini. :)

ii.
seorang sahabat prihatin menyoal,
saat melihat ramai yang semakin runtuh akhlak dan moral,
mampu ke mereka-mereka menjadi insan yang berjaya,
paling kurang pun dalam menjalankan peranan sebagai ibu juga bapa,
tiada. saya tiada jawapan untuk soalan itu.
dan soalan itu saya kirimkan untuk org dirumah.
jawapan dia mudah sekali,
mereka akan belajar, dan kau juga akan belajar,
lalu timbul persoalan kedua, cepat atau lambat proses belajar itu,
itu kena tepuk dada tanya sama hati, sejauh mana kita mahu pergi?

dan naiklah tingkat demi tingkat didalam syurga, 


oh, hafalan saya sudah semakin menjauh, harus dikejar semula.



p/s : ya, saya, kamu dan mereka akan belajar, :)


No comments:

Post a Comment