kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Tuesday, May 15

sementara cuma

panorama biasa di syurga saya,
kalau-kalau seusai isya' akan duduk berkumpul semua yang ada,
dan mutakallim akan mula membaca barang sepotong dua hadis dari kitab muntakhab.
dan andai baba turut sama kerna 'terawal' pulang dari masjid, atau kami 'terlewat' menghabiskan ta'lim,
baba akan mengulang-ulang perkara yang sama,
"dunia cuma sementara, akhirat saja yang kekal abadi,
dan kami-kami yang mengantuk kerna penat seharian mengendong beg akan terangguk-angguk,
semakin usia menginjak dewasa, semakin aku mula terasa,
ya benar, 'dunia' cuma sementara,
tadi kau lapar, dan sebentar lagi akan kenyang, dunia.
semalam kau ada, hari ini sudah hilang semua, dunia.
tadi kau berduka, dan sekarang DIA beri sebab untuk ketawa, dunia.
semalam mereka ada, esok mungkin sudah tiada, dunia.

dan sekarang sedang menyesuaikan diri dengan semua benda yang kelihatan seperti 'dunia,
pointer, markah test mencanak-canak, jawatan, sayang yang dihulur manusia, wang berjuta-juta rupiah,
peluang untuk berjaya, kawan yang teman kesini-sana, 


ah, aku sedang bersedia,
masih belum,
tetapi sedang berusaha,
senyum pahit dan terus pandang ke hadapan,

dan kalau kau mahu tahu, siapa cinta baru aku, jawapannya masih kamukamu, >.<

p/s : masyaAllah, aku ini penakut rupanya.

sekali-sekala aku bersyukur kerana dididik ummibaba sedemikian rupa,
walaupun x sehebat insan lain yang mampu ubah dunia, 
tapi ya, masih ada unsur didikan itu,
oh, kalau dalam bahasa tingginya, tarbiyah

No comments:

Post a Comment