kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Sunday, June 10

bawak otak bukan pisau

netherland kalah? haih. nasib tak tengok.
ops. maaf.
assalamualaikum dari jendela, haha



i
study week saya di upm, yang kelima.
ah, sedikit lembut bayu yang menghembus kali ini,
tidak seganas yang pertama sampai berair mata,
tidak juga segelora yang ketiga sampai rasa mahu tinggalkan semua nota,
mungkin kerna jadual yang 'kurang' padat, ye sedikit kurang padat,
maka belajar pun jadi sedikit lewa, ah.
cuma masih tidak bisa bertaqrar ditemani adik-adik,
sungguh saya org yang sangat rugi,

ii.
harap akan ada yang kelima,
empat yang ada saya akan simpan sampai bila-bila,
sebab empat itu yang simpan semua senyumdantawa,
mereka-mereka yang pernah* menemani saya.
masih harap akan ada yang kelima,
kerna saya sedang punya banyak senyum untuk yang kelima nanti, *kenyit mata*

iii.
setiap kali cuti untuk studi, satu je yang aku takutkan.
pengawalan emosi.
apa tidaknya, semua pun mahu kejar masa untuk baca nota,
sampai lupa adab dalam hidup bermanusia,



iv.
ada satu sebab mengapa senyum aku masih ada untuk dia**,
pernah suatu masa dan ketika dulu,
aku jatuh dan terduduk. sangat tidak kuat untuk bangun.
dia datang dekat-dekat dan hulur tisu,
"buruk orang cantik menangis,"
ah, sampai sekarang aku ingat dua perkara itu,
satu, aku cantik,
dua, tisu yang dia hulur,



v.
belajar ditemani m.nasir, malique, mawi dan sleeq.
kinda cool, huh?
masuk tempat orang bawak otak bukan pisau,
tapi tulah, untuk org pempuan mcm aku ni,
emosi selalu nombor satu,
itu sebab susah sikit mahu ma*u.

vii.
i need my turning point,
ye, aku mahu u-turn!!!
jom?

*pernah dan diharap akan selalu
**sitinormaya


No comments:

Post a Comment