kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Tuesday, July 31

isnin kelima


i. kadang-kadang kalau kita rasa macam ada byk perkara yg merunsingkan kita sampai kita terlupa untuk tersenyum, sebenarnya kita cuma perlu berhenti untuk seketika dan senaraikan semua perkara yang boleh buat kita tersenyum tanpa henti. selalunya, perkara yang baik itu lebih banyak daripada perkara yang tidak baik. percayalah.

ii. kadang -kadang bila kita terlalu berusaha mencari punca dan sebab sesuatu perkara itu berlaku, sebenarnya sebab tu datang dari dalam diri kita sendiri. ya, samada kita yang terlalu malas, atau terlalu takut untuk mencuba sesuatu, atau tidak mahu bersabar untuk menunggu sesuatu itu membuahkan hasil hinggalah kepada cara kita berkomunikasi . walau apapun sebabnya, memang semua itu berpunca daripada kita sendiri. kan?

iii. kadang-kadang cabaran dalam buat kuih@biskut raya ni adalah bila hidung tersumbat dan telinga asyik berdengung sebab batuk dan selsema. sudahnya, kuih dh berbau hangit satu rumah pun, kita tetap xsedar sebab hidung x terbau apa pun. sadis kan? dua tray kot hangit. tsk3.

iv. satu lg yg aku tak suka bila batukselesema ni adalah bila, doktor tu akan sarankan aku minum bena expectorant. dan aku rasa semua warga upm yg rajin pergi pku sudah sedia maklum akan ketidakmujaraban ubat bena itu. sekian.

Thursday, July 26

6 ramadhan

bismillahirrahmanirrahim,

masih mencari luang dan ruang untuk menulis. mengisi kekosongan bila mata terkelip-kelip berkeras tidak mengizinkan aku beristirehat sementara menanti masa bersahur.

i.
 kira-kira aku masih belum memanfaatkan setiap masa ku dengan sebaiknya. dan untuk soalan 'usia mudamu bagaimana ia dihabiskan?' mungkin aku masih belum boleh memberi jawapan yang sangat meyakinkan. yuk, kita usahakan sesuatu.

ii.
 kalau aku kata, aku mahu kembali kemeriahan ramadhan masa zaman dulu-dulu, boleh x? itu dikira berlebih-lebihan ke? sungguh, aku rindu.

iii.
 kalau aku kata aku sedang ragu-ragu untuk 'terbang', salah x? mohon ditetapkan hati buat masa sekarang ini.

Monday, July 23

isnin keempat


3 ramadhan


bismllahirrahmanirrahim.

i. kau tahu, masa mula-mula menulis blog, tujuan utamanya adalah meluahkan perasaan pada sahabat yang jauh. jadinya, bila lama berada dirumah, akal jadi kering sendiri untuk menulis. mungkin kerana berada di rumah memang sesuai diibaratkan seperti berada di syurga dunia. dan mungkin juga kerana sesi meluah perasaan itu jadi tiada bila lebih ramai orang di rumah untuk dilayan jadinya perasaan itu jadi langsung tiada. haha

ii. kau tahu apa rasanya bila sesuatu tu kau selalu buat tapi tiba-tiba kau dah x buat? kau tahu? bagus, itulah yang aku rasa sekarang ini. perit sedikit, kan? haih.

iii. kau tahu apa rasanya bila kau kena yakinkan orang tentang sesuatu perkara sedangkan kau sendiri masih kurang yakin tentang perkara itu? masa tu kau rasa kau adalah orang paling berani dan kalau betul paksinya, tahap tawakkal kau akan berada pada tahap paling tinggi sekali. percayalah.


iv. kau tahu apa rasanya bila kau membaca sesuatu dengan tujuan untuk memperolehi manfaat, tetapi akhirnya penulisan itu sekadar repekan mengisi masa terluang sahaja? ye, tekan saja butang pangkah dihujung skrin. haha. ampun beribu-ribu ampun.


p/s : esok mungkin kena pergi fakulti, banyak perkara yang masih terumbang-ambing. huhu

Saturday, July 21

1 ramadhan

bismillahirrahmanirrahim.
i.
malam pertama sekadar berterawih dirumah. sedikit telat sebetulnya kerna terleka dengan deretan barang keperluan yg bersusun di pasaraya.
ii.
allah masih menduga hati saya. walau macam mana aku cuba sembunyi kan dari kau. memang takkan berjaya. tapi kalau kau, selalu mampu sorokkan semua perkara. ah.
iii.
semoga allah permudahkan urusan khatam saya pada tahun ini. semoga allah beri kekuatan untuk tambahkan lagi senarai things-to-do sempena ramadhan ini.
iv.
saya tak perlu jawatan doktor untuk jadi calon suami saya. ini serius. haih, susahla kalau orang xpaham sebab saya pun memang xpandai nak menerangkan.
v.
kau dah mula rindu aku kan? bulu mata aku memang asyik tercabut je hari2.terima kasih la sangat2. 
vi.
er, aku memang xpandai guna nombor roman sgt tau. till then. cekidaut n salam alaik.


p/s : oh ya, tidak berpeluang berihyaa' untuk tahun ini, 1433H. T_T

Wednesday, July 18

semalam saya dan mereka.

malam itu,
bila hingga ke akhir senarai, nama kami tidak disebutkan. saya serasa sangat bersyukur.  separuh dari beban amanah sudah tiada, separuh dari sebab untuk saya senyum dan ketawa juga mungkin akan tiada. semalam saya dan mereka yang penuh dengan emosi, airmata duka, senyum untuk menyembunyi rasa, ketawa kerana ramai yang saling ada. semua rasa itu serasa sudah tidak akan ada lagi.

sekali sayang, selamanya sayang. saya ingat sampai bila-bila.

malam itu juga, 
setakat itu sahaja usaha saya dalam menghadam nota. terimalah hakikat dan kembali berusaha. tiada apa lagi  untuk dijadikan alasan. tapi, sesekali bila allah tarik sesuatu dari saya. saya rasa syukur kerana itu mampu buat saya kembali untuk mengingati Dia. hurm.

dua benda ni mungkin akan ikut sama, hehe. :)

p/s : tahniah buat barisan yang baru. 


Monday, July 16

isnin ketiga

bismillahirrahmanirrahim,



i. ramadhan semakin hampirkan? pejam celik cuti saya cuma berbaki empat minggu lagi.
ii. tahun ini giliran kau menguli tepung untuk buat kuih kan mah? kata abang.
iii. esok, hari terakhir amanah itu saya pikul. rasa lega sangat. tak tahu kenapa.
iv. memang saya akan rindukan semua, tapi amanah tu terlalu berat untuk saya pikul, rasanyalah.

lagi?
tiada. masih tiada pengisian bermakna untuk dikongsi. sekadar memaksa diri untuk beristiqmah.

till then, salam alaik. :)

p/s : abag said, kalau umur kau panjang tahun depan baru jumpa mamat kecil, sebab abi bawak dia pergi jauh. miss him, but still hana is more than enough untuk sepahkan bilik saya hari2. XD

Friday, July 13

musafir ii

kan saya cakap saya sedang cari sesuatu. sesuatu untuk meyakinkan saya tentang musafir. 


“Pergilah bermusafir dengan penuh keyakinan. Nescaya kamu akan memperolehi semula segala apa yang engkau telah belanjakan. Hidup akan terasa nikmat setelah kita berkerja keras dan kuat berusaha ketika berada di tempat orang. Sesungguhnya tasik yang tenang dan tidak mengalirkan airnya akan membusuk dan menjadi mati. Seekor singa di hutan hanya dapat membaham mangsanya setelah ia keluar dari sarangnya. Anak panah tidak akan mengenai sasaran jika tidak dilepaskan dari busurnya. Minyak ambar yang harum itu asalnya hanya kotoran binatang, tetapi setelah ia terpisah dari tempatnya banyak orang menyukainya. Celak mata itu berasal dari batu di tepi jalan. Tetapi dapat menghiasi kelopak bulu mata manusia setelah meninggalkan pinggir jalan itu,” kata Imam Syafie apabila ditanya anak muridnya mengenai faedah bermusafir...

*kopipasta dari pak latib


Thursday, July 12

Monday, July 9

isnin kedua

bismillahirrahmanirrahim.
genap dua minggu di syurga dunia. meninggalkan buku-buku yang dibaca semata-mata untuk menjawab dalam periksa menjadi antara perkara yang menyenangkan buat saya. ketawa senang sendirian. ye, sedang bersendirian. azwar dan humairah yang tidak bercuti saat saya sedang bercuti, buat saya tidak betah duduk dirumah. tiada teman bergaduh, kata orang tua-tua. sekadar berlawan cakap dengan abang yang memang setia disisi ummi. 

kalau dulu seminggu sebelum bercuti, saya sudah menyiapkan senarai-perlu-buat, senarai-jangan-buat, dan segala jenis senarai  yang sempat singgah difikiran. dan sekarang, semua senarai itu, jadi senarai-NANTI-BUAT. malu sendiri bila mengenangkan, punca utama setiap kerja yang bertangguh itu adalah sifat sendiri yang gemar mengambil lewa semua perkara.
kata abang, cuma jangan sempitkan fikiran. untuk lima hari yang akan datang, kau sudah ada lima senarai. dan jika kau bertangguh bilangan senarai itu akan sentiasa bertambah. bukankah lebih mudah, jika untuk hari ini yang bakal bermula, kau cuma punya satu perkara untuk diselesaikan dan pada penghujungnya, perkara itu sudah siap sempurna. oh ya, kata dia ada jugak betulnya. 

maka senarai saya hari ini cuma satu, berbicara dengan hykers. :)
done!
ada sebabnya rumah itu diumpakan dengan sesuatu yang seindah syurga,

p/s : sudah seminggu tidak ketemu mamat kecil, rindu sudah sama dia.  

Saturday, July 7

musafir

assalamualaikum pembaca budiman,
sedikit segan untuk jari kembali menari di sini. malu sendiri bila semakin hari laman orang lain semakin 'berisi'.sedang laman aku masih sama seperti semalam, sekadar catatan harian yg kadangkala seperti perasan sendiri.tapi bila difikirkan kembali, 
kalau untuk menulis catatan seperti begini pun aku tidak bisa istiqamah, bagaimana bisa istiqamah untuk perkara yang lebih besar, 


makanya, aku jadi kembali menulis. 

selain selangor, melaka dan negeri sembilan yg sememangnya lokasi sunnat muakkad tiap kali syawal,
aku pernah jejak ke pangkor dan cameron highland sahaja, sadis kan?
so, penang here i come. ^^

sepanjang perjalanan feri dari butterworth ke pulau, saya sempat jumpa 72 ekor obor-obor,
tiba-tiba rasa macam sponje bob pulak, 

hoyeah, bangunan yg ade jam besar tu mende ima?
i dun study history,
whack2! *pukul ima dalam kepala

for a moment i realise that, dua kali musafir jauh2 dengan ana,
dua kali jugaklah kitorang pergi naik feri, kan ana? 

not sure, either its a good cameraman or a good model,
er, but whatever it is, it will be fatimah jugak. kan? haha

up, up and above!!!
 bila ima ajak naek penang hill, seriously taknak.
sebab saya alah dengan ketinggian, haha. kuatkan semangat, kita naik penang hill!


here u go, jam malaysia dah nak cecah pukul sepuluh, tapi kat atas ni masih berkabus,
ni kalau sidai kain kat sini, susah la nak kering. nampak tak ciri-ciri anak solehah kat situ? hehe 

ana, bila nk besar ni? cepat sket besar la,
asyik meema je yg mem'besar', xbestla. :(

pasar chowrasta. aras satu. kedai buku terpakai. 
oh, rasa macam dalam syurga buku. but, the pakcik yg jual tu sgt kedekut nk bagi harga murah plus aku memang tak pandai nak tawar menawar, haih. 

dan malam tu jugak, eh tak. esok pagi-pagi bertolak pulang ke rumah.
humairah said, satu hari je mah? bazir duit je. 
and i replied back, sha tak tau ape yang mah jumpe dekat sane,

three doctor to be, 
kinda proud to have a friends with such that title,
and insyaAllah, two of my close friends is a doctor. :D
panjang umur, murah rezeki, kita jumpa lagi.

korek-korek buku hadis yg ade, cari tentang hikmah musafir. tapi xjumpa. haih. kuciwa.

till then, salam alaik.