kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Monday, July 9

isnin kedua

bismillahirrahmanirrahim.
genap dua minggu di syurga dunia. meninggalkan buku-buku yang dibaca semata-mata untuk menjawab dalam periksa menjadi antara perkara yang menyenangkan buat saya. ketawa senang sendirian. ye, sedang bersendirian. azwar dan humairah yang tidak bercuti saat saya sedang bercuti, buat saya tidak betah duduk dirumah. tiada teman bergaduh, kata orang tua-tua. sekadar berlawan cakap dengan abang yang memang setia disisi ummi. 

kalau dulu seminggu sebelum bercuti, saya sudah menyiapkan senarai-perlu-buat, senarai-jangan-buat, dan segala jenis senarai  yang sempat singgah difikiran. dan sekarang, semua senarai itu, jadi senarai-NANTI-BUAT. malu sendiri bila mengenangkan, punca utama setiap kerja yang bertangguh itu adalah sifat sendiri yang gemar mengambil lewa semua perkara.
kata abang, cuma jangan sempitkan fikiran. untuk lima hari yang akan datang, kau sudah ada lima senarai. dan jika kau bertangguh bilangan senarai itu akan sentiasa bertambah. bukankah lebih mudah, jika untuk hari ini yang bakal bermula, kau cuma punya satu perkara untuk diselesaikan dan pada penghujungnya, perkara itu sudah siap sempurna. oh ya, kata dia ada jugak betulnya. 

maka senarai saya hari ini cuma satu, berbicara dengan hykers. :)
done!
ada sebabnya rumah itu diumpakan dengan sesuatu yang seindah syurga,

p/s : sudah seminggu tidak ketemu mamat kecil, rindu sudah sama dia.  

No comments:

Post a Comment