kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Monday, July 23

isnin keempat


3 ramadhan


bismllahirrahmanirrahim.

i. kau tahu, masa mula-mula menulis blog, tujuan utamanya adalah meluahkan perasaan pada sahabat yang jauh. jadinya, bila lama berada dirumah, akal jadi kering sendiri untuk menulis. mungkin kerana berada di rumah memang sesuai diibaratkan seperti berada di syurga dunia. dan mungkin juga kerana sesi meluah perasaan itu jadi tiada bila lebih ramai orang di rumah untuk dilayan jadinya perasaan itu jadi langsung tiada. haha

ii. kau tahu apa rasanya bila sesuatu tu kau selalu buat tapi tiba-tiba kau dah x buat? kau tahu? bagus, itulah yang aku rasa sekarang ini. perit sedikit, kan? haih.

iii. kau tahu apa rasanya bila kau kena yakinkan orang tentang sesuatu perkara sedangkan kau sendiri masih kurang yakin tentang perkara itu? masa tu kau rasa kau adalah orang paling berani dan kalau betul paksinya, tahap tawakkal kau akan berada pada tahap paling tinggi sekali. percayalah.


iv. kau tahu apa rasanya bila kau membaca sesuatu dengan tujuan untuk memperolehi manfaat, tetapi akhirnya penulisan itu sekadar repekan mengisi masa terluang sahaja? ye, tekan saja butang pangkah dihujung skrin. haha. ampun beribu-ribu ampun.


p/s : esok mungkin kena pergi fakulti, banyak perkara yang masih terumbang-ambing. huhu

No comments:

Post a Comment