kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Tuesday, July 31

isnin kelima


i. kadang-kadang kalau kita rasa macam ada byk perkara yg merunsingkan kita sampai kita terlupa untuk tersenyum, sebenarnya kita cuma perlu berhenti untuk seketika dan senaraikan semua perkara yang boleh buat kita tersenyum tanpa henti. selalunya, perkara yang baik itu lebih banyak daripada perkara yang tidak baik. percayalah.

ii. kadang -kadang bila kita terlalu berusaha mencari punca dan sebab sesuatu perkara itu berlaku, sebenarnya sebab tu datang dari dalam diri kita sendiri. ya, samada kita yang terlalu malas, atau terlalu takut untuk mencuba sesuatu, atau tidak mahu bersabar untuk menunggu sesuatu itu membuahkan hasil hinggalah kepada cara kita berkomunikasi . walau apapun sebabnya, memang semua itu berpunca daripada kita sendiri. kan?

iii. kadang-kadang cabaran dalam buat kuih@biskut raya ni adalah bila hidung tersumbat dan telinga asyik berdengung sebab batuk dan selsema. sudahnya, kuih dh berbau hangit satu rumah pun, kita tetap xsedar sebab hidung x terbau apa pun. sadis kan? dua tray kot hangit. tsk3.

iv. satu lg yg aku tak suka bila batukselesema ni adalah bila, doktor tu akan sarankan aku minum bena expectorant. dan aku rasa semua warga upm yg rajin pergi pku sudah sedia maklum akan ketidakmujaraban ubat bena itu. sekian.

1 comment: