kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Wednesday, August 8

ramadhan 19

i.
beberapa hari yang terkebelakang, tiba-tiba diserang sakit kepala. sakit yang amat. kata abang, mungkin kau kekurangan kafein. dalam prihatin mengambil berat, masih ada unsur sarkastik dalam bicaranya. berbeza dengan ummi yang bertegas mengatakan saya terlebih tidur siang. eh, sememangnya siang hari dalam bulan ramadhan ternyata banyak beza. mungkin kerna tidak perlu berfikir tentang hidangan sarapan dan yang sewaktu dengan nya. sebetulnya, bila sakit kepala menjelma akal pendek mula mencari-cari alasan untuk mengurangkan ibadah.
akhirnya, dalam banyak2 suara yang memberi nasihat mengurangkan sakit itu, ada suara yang prihatin menyebut, kurang sujud barangkali jadinya oksigen tidak sampai ke kepala. itu yang sakit. 
er, maka aku kembali berusaha menggagahkan diri mengejar pahala walau sekali dua aku kecundang juga.


ii.
pada aku, menghargai buku itu adalah bila kita terjumpa dengan sebuah buku yang sudah kusam dan tidak ada muka depan mahupun kulit belakang. tapi mata masih terus membaca dan bila sampai muka yang sudah kusam dan tidak boleh dibaca tulisannya atau sudah robek sebahagiannya, hati jadi tak tentu hala. dan kemudian, masih tega meneruskan bacaan sehingga ke muka yang akhir. dan seusai menyudahkan pembacaan buku yang serupa itu, hati berfikir-fikir, siapa agaknya penulis buku ini.
pergh, osem. lama sudah tidak punya nikmat membaca yang sedemikian rupa.


iii.
ini post merapu. eh, jari rindu untuk menari sebetulnya.

Monday, August 6

isnin keenam

last edition. ummi said biskut yg aku buat xsedap. ceh, oklah tunggu azwar balik.
nasib badanlah klu kakak kita workaholic.

eh, semangat nk bangun sahur sedang merudum. klu bangun pun minum susu secawan untuk jaga hati ummi je. huhu. 

rindu sungguh-sungguh nak jumpa sahabat lama. :)
eh, dah enam minggu rupanya duduk kat rumah. :D

Wednesday, August 1

senyum, kad raya dan ramadhan saya

i.
suatu masa dulu, dr chong yg selalu ajar kami tentang kejuruteraan makanan tu pernah tanya,
"which one come first? smile and happy or happy and smile"
eh, lepas tu satu kuliah senyap. sebab cuba untuk menghadam soalan tersebut. dan kemudian, soalan itu diulang kembali dalam versi sedikit berbeza.
"i means which one shud come first, you smile and you will be happy, or you happy and then you will smile?"
tiga orang. tiga orang yang angkat tangan untuk pilihan pertama.
er, sebenarnya kisah ini membuatkan aku terfikir akan satu perkara. kadang-kadang bila kita sedih. dan kita melayan perasaan sedih kita, tanpa kita sedari kita akan menyebarkan perasaan sedih itu dan menyebabkan org sekeliling turut berasa sedih. tapi kalau kita sedih dan kita berusaha menyembunyikan perasaan sedih itu dan jadi orang pelik yang sentiasa senyum dan ketawa hanya demi kerna untuk menyembunyikan kesedihan itu, maka secara automatiknya kita akan jadi gembira.

ii.
baby ilah dan irah minx sekeping kad a4 yang keras. untuk projek seni katanya. dan sebagai bekas guru yang pernah diminta mengajar subjek pendidikan seni visual untuk murid tahun dua, jadi aku boleh teka yang mereka akan buat kad ucapan hari raya. tapi yang paling buat mata saya berkaca dimalam ke dua belas ramadhan ini ialah, bila kad tu dah siap. dua-dua pakat taknak tunjuk kat aku. siap lipat elok-elok taknak bawak keluar dari beg. dan bila aku tanya kenapa, sipu-sipu diorang cakap nak letak setem dan poskan dekat humairah. erk. berkaca sungguh mata aku. korang rindu ecah ek? T_T


iii.
now how to spell it, doesn't mean that you know everything about it. 
aku cuma takut bila kalian semua sudah terlalu dewasa dan sudah terlalu hebat untuk didekati, maka aku memilih untuk berpura-pura yang aku masih belum dewasa.
akan tiba masanya, hati kita semua jadi kering dan takkan boleh diperah lagi. masa tu, kita akan menyesal dan asyik berfikir cara yang terbaik untuk betulkan keadaan. tapi, takkan ada caranya melainkan teruskan kehidupan dan terima hakikat bahwa suatu masa dahulu kau tidak berusaha untuk membetulkan keadaan. langsung tidak.

iv.
angin ramadhan yang sedang bertiup. takkan tak sedikit pun hikmah bulan berkat ini yang menjengah ke hati kau. berusahalah.