kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Monday, September 24

berlin at bogor

salam perantauan dari bogor,

assalamualaikum pembaca budiman,
ini sabtuahad ketiga di bogor. rencananya takkan kemana-mana sebab dah sakan berjalan ke tanah abang minggu yang lalu. tapi disebabkan ada beberapa keperluan yang perlu dicari maka kami sepakat untuk ke pasar kaget. oh, namanya kaget mungkin kerana pasar ini cuma setiap ahad pagi. 

bersiap seawal jam lapan pagi semata untuk 'membeli-belah' di pasar. hehe

ini warung makan di belakang asrama internasional. oh, mie ayam bakso disini sgt sedap. tapi beberapa hari selepas itu, saya dapati dia menggunakan kadar msg yg sgt banyak sehingga menyebabkan kepala saya mengalami kepeningan yang amat sangat. dah tak sedap dah. huhu

ok, the first stall yg ade. stall ni betul2 depan gate. nama gate ni gate berlin. nice name kan? keluar je dari pagar ni adalah jalan bara dan bateng. belok kanan is jalan bara belok kiri is bateng. sedikit sebanyak lebih kurang macam flat ikan kat upm la. :)

zoom sikit, hehe.

ini gerai buah, setiap jenis buah rp 5k sahaja. buah nya sangat segar dan manis pada saya. na yang rajin beli buah dari pakcik ni.

eh, pakcik ni jual apa ye? sejenis makanan yang digoreng atau direbus. tapi saya tak ingat namanya apa. 

ini kedai jual aksesori anak perempuan. sangat comel buat saya teringat baby ilah dan baby irah di rumah. 

oh, tengok mixture ni teringat kat ummi plak, huhu.

warga disini sangat suka minum susu kotak. tapi ini bukan susu dutchlady ye, harap maklum.

susu dutch lady disini dikenali sebagai susu frisian flag. mungkin sebab istilah dutch tu satu isu sensitif untuk warga indonesia yang pernah dijajah oleh tentera dutch.

es lilin. lebih kurang macam aiskrim malaysia tapi dia akan bukak kan plastik pembalut dan cucuk dengan lidi sate. supaya mudah untuk dipegang dan mudah untuk dimakan.

celup coklat dulu, dan sedia untuk dimakan. 

ok, pasar kaget yang menjual pelbagai barang keperluan. kalau nak cari semua benda emang ada dijual disini. tak percaya? yuk, ke pasar kaget. hehe

zue sibuk carik pisau dengan papan pemotong untuk persediaan memasak. sebelum ni, memasak asyik pinjam pisau mas indra dengan mas deden dengan mas danny jek, >.<

hoyyeah, ini alat bertukang. dari skrudriver sampai la gergaji. semuanya ada.

ini kedai jual peralatan komputer. pakcik kedai ni speaking english dengan saya. saya rasa lucu bila dia cakap macamtu. apa muka aku tak cukup indon ke? haha

baju bogor! ini antara benda yang kitorang cari sedari tiba di bogor. hehe. abang ni sibuk mintak difoto. nak taknak ambil je la gambar dia. sweet kan saya? haha

abang ni tawarkan tshirt malaysia. haha memang xla nak beli tshirt malaysia kat indonesia kan?


see? ini menara kuala lumpur. kata abang tersebut. XD

patung barbie ni siap dipakaikan mukena. saya rasa comel dan nak beli satu untuk hana. comel kan?

after that, gerak ke taman kencana. kak izan nak belanja pizza bakar. maka teruja ambik angkut sampai dua kali untuk ke taman kencana. kalau ambil angkut dari bara, kena pergi laladon dulu. lepastu dari laladon ambil angkut ke taman kencana. done. rp 4k.
kat area taman kencana tu banyak kereta kuda. saya sangat teruja. tapi sangat kesian dengan kuda-kuda tersebut kerana penat berjalan. haih.

sampai je kat taken (tamankencana) duduk diam2 tunggu kak izan dtg jemput, hehe.
 
pizza bakar. sangat sedap. dia bakar guna dapur kayu. tapi tax dia sangat mahal. 10% kot. 
tapi berbaloi lah. sebab sangat sedap. 

acara tangkap gambar adalah acara wajib ye anak-anak. tangkap gambar dengan kamera kak nuha yang mahal ye, harap maklum. haha

tepi tu ada kedai coklat, maka kita pun singgah sekejap untuk beli coklat. dalam dia ada sgt byk jenis coklat dan semuanya nampak macam sedap. tapi saya tak beli sebab saya takde duit. haha. duit abis makan pizza tadi. harap maklum ye sahabat2 sekalian.

rp 150k. kata dayah nanti kita boleh beli untuk sambut besday sama-sama. nampak macam korang je la yang sambut happy 20th birthday. sebab saya dah sweet 21 kan time tu, haha.
ok, setakat itu saja cerita untuk minggu ini. nanti minggu depan kalau ada rezeki dan ade dana kewangan nak cuba naik puncak pulak. 
oh, lupa nak cakap. kami dpt 7 abg junior dari fakulti pertanian. haha.
siapa namanya ye? aku tak kenal semua. yang aku kenal just,
anuar, hazran, faiz dengan wawi. yg lain xkenal.... hehe
till then, caucincau. salam alaik.

No comments:

Post a Comment