kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Thursday, September 20

ini hasilnya,

salam alaik pembaca budiman,

aku sudah semakin percaya, bahawa manusia itu apabila dalam kesulitan akan jadi bisa melakukan apa sahaja demi untuk mengatasi kesulitan itu.

dan untuk balasan yang ini, 

"mah ni nak bgi rspi tom yam. mula mula kisar bawang putih,merah,cili kering,serai tumis  bahan yang dikisar masukkan air secukupnya tunggu sampai mendidih masukkan asam keping dan masukkan serai yang dititik dan ayam, sayur,akhir sekali masukkan sotong dan udang"
nah, ini hasilnya.


sedikit pedas, tapi rindu saya pada tomyam ummi sedikit terubat.
er, walaubagaimanapun asli lebih baik, kan? 

ceritanya ringkas, kau takkan dapat pes tomyam segera cap istana lama kat sekitar kawasan bogor ni. maka kau menagih simpati abang untuk email kan langkah-langkah nya. sebab setiap kali kau tolong ummi masak kau lupa nak tgk mana yang harus didahulukan. tumis cilinya kah, tumis bawangnya kah atau tumis sekalian cili dan bawang. nah, semua sudah terjawab. kan?

kalian faham apa yang cuba disampaikan?
terima kasih.
sungguh menulis itu jadi indah bila ada yang sudi membaca dan mengambil berat.
salam sayang, dari anak perantauan. haha

No comments:

Post a Comment