kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Thursday, September 6

institut pertanian bogor I

bismillahirrahmanirrahim.
i.
ini post lewat berhari-hari sebetulnya. konon akan jadi rajin menulis andai sudah jauh dari rumah. tapi ada beberapa perkara yang sedikit mengganggu mood untuk menulis saya. pertama bila mahu menulis pasti ditemani ramai rakan lain kerna satu-satunya sumber internet di sini cuma di 'ruang bersama'. keduanya, saat diserang sedikit gangguan kerna perut masih belum sesuai dengan makanan disini, maka jadi sedikit pening dan muntah-muntah maka mood menulisnya jadi melayang-layang. hehe

ruang bersama :)
ii.
eh, kata bapak (mutapa) gue, hati-hati dengan makanan disini. bisa bikin sakit perut. nah, ternyata benar dong. masuk hari kedua tiga orang yang kena sakit perut. tapi yang istimewanya disini minumannya. semua gerai pakat jual air buah. pertama kali buat pesanan takut jugak. maklumlah, air buah atau es buah disini pakai buah yang segar-segar belaka. takut harganya tak mampu dibayar. pertama kali buat pesanan, saya minta es jeruk (orange juice). sekali bila disebut harga, nah 3000 Rupiah. er, kau tahu kalau tiga ribu rupiah itu berapa? seringgit! ye, cuma seringgit, haha. kalau cari kedai yang upgrade sikit, dia akan cas 4 ribu Rupiah. sila senyum senang lagi. oh, kalau kat sini menu es buah nya lebih kurang sama je. jus, epal, strawberry, mangga, avokado, durian belanda, mangga, pisang, tomato, carrot. eh, buah avokado tau! no cordail at all. haha. senyum senang lagi.
er, tapi kan. kalau bungkus makanan semuanya pakai kertas. pandai-pandai lah amek kertas nasi lemak tu, lipat sana-sini sket bubuh nasi tuang kuah banyak-banyak dan jangan lupa doa agar kertas itu tidak terkoyak. hehe :)
oh ya, kalau nak beli makanan untuk beginner macam gue, memang kena tanya dulu. abes kalau senarai menunya tulis sup sapi memang gue pening kepala la, hehe. lagi benda baru, kat sini kebanyakan gerai akan bagi air mineral percuma. gratis klu dlm bahasa indonesianya. tapi bukan yg dlm botol 500 ml tu la, yg dalam cawan kecil atas kena cucuk straw tu.

eh, ini nasi goreng sama es mangga, :)
iii.
lagi mau cerita apa? kelas? kuliah? oh, tolong jangan tanya pasal benda yang berkait dengan nota kuliah  dan ujian. sekian. haha. eh, lagi yang seronok bila cerita tentang waktu solat dan waktu kuliah. subuh seawal 4.30 pagi. dan kuliah akan bermula seawal 7.00 pagi. nasib la kalau start kuliah pukul lapan memang akan tidur balik seusai subuh. soalnya, masa itu kan emas. hehe. sebenarnya sih, biliknya sedikit kecil tapi sangat selesa buat aku. jadi bila bilik kecil yang kau sentiasa nampak hanyalah katil dan katil. terus fokusnya adalah, tidur. hehe. yang kurang seronok di sini tiada ruang untuk mencuci pakaian. dilarang sama sekali untuk mencuci. tapi dia akan tolong cuci dua helai baju setiap hari. gratis! yang selebihnya, pandai-pandailah sendiri.huhu

jalan kaki mau makan, ini dalam hutan betul tau, haha


ini tempat berlindung untuk beberapa bulan yg akan datang,

iv.
bicara soal bunga buat aku terkenang pada humairah. dia yang bersungguh-sungguh meminta aku sepohon bunga kemboja. setiap kali merenung ke luar jendela sambil melihat kemboja di sini buat aku terkenang pada senyum dan gelak dia. hei humairah, untuk bulan2 yang mendatang, kau yang akan menemani aku setiap pagi. sweet x? oh, masuk habuk pulak dalam mata, T_T


till then, sampai ketemu. salam alaik. rindu malaysia sangat2 :)

No comments:

Post a Comment