kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Tuesday, September 11

institut pertanian bogor II

assalamualaikum.

alah bisa tegal biasa. semakin hari aku disini semakin aku bersyukur dengan apa yang allah kurnia. sungguh.
kalau dilihat dari segi kemudahan, mereka masih di belakang. tapi kalau dilihat dari segi motivasi pelajar, kita yang masih sangat jauh di belakang. aku jadi malu sendiri melihat semangat dan kesungguhan mereka dalam menuntut ilmu.

ini makmal evaluasi sensori mereka. kalau dalam istilah umum, tempat test makanan. mereka cuma ada carrousel box yang dh berkarat dan setiap kali tersentuh akan mengeluarkan bunyi yang sangat tidak menyenangkan. setiap kali selesai merasa sesuatu makanan, panelis harus membasuh sudu dan mulut dengan air minuman yang dibawa sendiri. 

hoyyeah. ini makmal evaluasi sensori di u*m, malaysia. lengkap dengan sinki basuhan setiap kali usai merasa makanan. disini juga ada lampu khas yang digunakan untuk memudahkan komunikasi antara panelis dan penyaji. 


layanan anggota perpustakaan. tahu apa maksudnya? disini mereka tiada sistem automatik yang membolehkan setiap pemegang kad matrik pelajar automatis menjadi ahli perpustakaan. sesiapa yang berminat untuk membuat pinjaman buku, harus mendaftarkan nama mereka di kaunter ini. teruk? ye, mungkin sistem yang teruk pada kalian tapi tidak pada aku. aku merasakan mungkin ini cara yang sangat baik untuk melihat tahap kesungguhan mahasiswa menggunakan kemudahan perpustakaan seperti pinjaman buku, jurnal, tesis dan sebagainya. 
oh ya, seperti yang kalian lihat. kaunter ini jarang dilihat kosong tanpa orang baru yang mendaftar. sadis kan?

 
oh, ini gambar yang dirakam sewaktu di pentadbiran. oleh kerana kami hadir tanpa diundang, ok, just kiddin. jadi kami harus ke pentadbiran atau disini istilahnya rektorat untuk menguruskan hal berkaitan kad matrik dan username untuk lms di ipb. selesai mengisi borang dan menyerahkan gambar, salah seorang staf disitu menghampiri kami dengan membawa beberapa keping kertas yang bercetak dan juga sebotol gam. hoyyeah, dan beliau terus mencangkung di tepi kami sambil menyapu gam dibelakang gambar kami untuk dilekatkan diatas kepingan kertas tadi.
eh, aku terkejut. pertama, kok dia sudi duduk disebelah kami yang sekadar mahasiswa hingusan dan kedua kok kartu tanda mahasiswa nya cuma kertas?


tara! siap. tampal gambar. cop dengan cop mohor universiti. tandatangan mahasiswa. pastu laminate. we are ipb students!! :D
eh, lagi peristiwa yang buat saya teruja. mushola disini selalunya penuh. termasuk waktu dhuha. aku jadi segan bila semua mahasiswa lalu-lalang seusai solat zohor sedangkan kami cuma sekadar datang untuk bertumpang teduh. hihi

ok, lagi apa yang membuat aku terkedu seketika ye? oh. penguasaan bahasa mereka. kebanyakan mahasiswa disini sangat mahir berbahasa inggeris. apa yang dihairankan? itu kan perkara biasa? langsung tidak. ini kerana semua nota kuliah, kuliah dan juga amali dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa indonesia. tetapi apabila mereka diminta berkomunikasi dalam bahasa inggeris, itu perkara mudah untuk mereka semua. sekali lagi, aku keseganan. sekian. huhu

till then, salam alaik.

2 comments: