kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Sunday, September 2

khabar dari soekarno-hatta

salam alaik pembuka bicara, 
kira-kira ini pertama kali buat aku.
pertama kali berpisah dari ummibaba,
pertama kali meninggalkan bumi selangor selama ini,
pertama kali menaiki pesawat,
er, pendek kata pertama kali dalam semuanya.

kata baba, apa yang ada disana, teknologi makmal kita pun jauh lebih hebat berbanding mereka.
tapi hati mahu ke sini. walau pun elaun masih belum kunjung tiba. hehe


syukur, perjalanannya mudah. teman sekuliah yang banyak membantu untuk tersenyum menambahkan kemudahan dalam setiap perkara baru yang sukar.


eh, ini gambar candid. maaf model nya kurang tersenyum, hehe.


turun dari pesawat, harus menaiki bas untuk ke balai ketibaan. kira-kira suhunya panas amat. mungkin kerna tumbuhan hijau nya sangat kurang jika dibandingkan dengan malaysia.

aku suka deh, highway nya bersiiiiih banget. :D


menurut abang, di sini tidak ada lebuhraya. tapi ternyata kali ini abang tersilap. ah, mungkin saya sudah mulai merindui syurga dunia saya. abang terutamanya.


ini soekarno-hatta. itu kata andika yang menemani kami sepanjang lebih 4 jam perjalanan ke bogor. er, kalau tak silap aku, soekarno-hatta itu gambarnya tercetak di wang seratus ribu rupiah. mengapa dan kenapa masih belum tahu. huhu


eh, bangunan nya sedikit menarik, tetapi masih cuaca nya terik. 


ini highway nya yang buat kami semua sedikit terjerit kerana gayat. bayangkan kalau sampai tiga tingkat highway nya. 


itu sahaja khabar dari soekarno-hatta. mungkin esok-esok bila line internetnya lebih mudah diakses, bakal menulis lebih banyak gitu. haha

till then, salam alaik

~dan apabila kalian sudah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada allah~

No comments:

Post a Comment