kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Friday, September 14

Kota Bogor

bismillahirrahmanirrahim.
salam alaik pembaca budiman. 
sempena pagi jumaat yang indah ini, saya ingin mengucapkan. ecewah. sebetulnya hari ini subuh saya sedikit lewat. entah kenapa jam saya berubah menunjukkan waktu tiga jam lebih lewat. sampai berkali-kali mesej budak bilik sebelah semata untuk bertanyakan masa yang terkini. sepuluh kali reset jam, sepuluh kali jugak jam saya salah. haih.

ok, kembali ke jalan yang lurus. ada yang sudah berbicara. 
mah, senyap je duduk bogor tu xrindu malaysia ke?
mah, dah la pegi senyap2, balik nanti pun nak senyap2 keee? eh, tak. mungkin saya taknak balik kot.*muka serius*

ha, yela2. meh sini kita cerita sket.
ahad yang lepas, genap seminggu kat bogor, semua pakat nak keluar. almaklumlah, kat area2 jalan bara tu tak banyak sgt barang boleh beli. jadi nak cari pasaraya yang besar sikit untuk cari keperluan peribadi. tanya punya tanya salah seorang kenalan mencadangkan, 
kalian bisa kok ke botani square, soalnya disana ada Giant.
oh. BS tu kat Kota Bogor.

ye, semua kawan-kawan pun buat muka shining bila dengar perkataan Giant. nampak sgt la yang aku sorang je yang selalu pergi Mydin kan. Maka kami bertolak seawal jam 8.30 pagi. Rancang nak bertolak pukul 8 tapi disebabkan kami ada seorang princess, maka terlewat setengah jam. biasalah kan, princess...... hehe.

Jalan kaki ke Bara untuk tahan angkut. cari angkut yang kosong sebab hari tu kami bersepuluh orang. maaf lupa nak ambil gambar angkut. pakcik angkut pun hantar ke stesen bas Pakuan. stesen bas dia sederhana je, tapi ada banyak bas yang kecik dan most of the bus have a labelled "fully aircond". lupa lagi nak tangkap gambar, sekian. Dari stesen bas Pakuan, terus bergerak ke stesen Bubulak. turun je kat Bubulak, dah nampak bangunan yang sederhana besar dengan label Botani Square. huhu
ye, sekali lagi semua buat muka esaited sebab nampak shopping mall yang ala-ala Mines.
Jalan punya jalan, bila sampai kat depan BS tengok dah ramai orang yang kumpul depan pintu dia. ye, sangat ramai. maka kami pun kehairanan. 
kenapa x masuk? 
kenapa tunggu kat luar? 
apa yang best nye kat luar ni? 
tahan nafas. sebut perlahan-lahan. pasaraya itu masih belum bukak. hahahahahaha
BS mula beroperasi jam 10. padahal masa tu jam baru pukul 9.50 pagi. sekian.
maka semua orang pun tunggu kat depan dengan muka kesian.

sambil tunggu, sambil tangkap gambar. oh, yang berdiri tu princess harap maklum.

Inside of the mall, semua orang pergi makan. tapi aku dengan na singgah kat Gramedia. kedai buku macam ala-ala MPH. dalam dia sangat awesome. ye, kalau bercerita pasal buku haruslah awesome. orang sangat penuh mungkin sebab hari ahad kot. disebabkan aku masih belum familiar dengan penulis indonesia, jadi aku terus tengok bahagian komik je.

oh, komik dia sangat banyak. doremon, conan, naruto, bleach, budak getah, slam dunk dan jugak komik ikhtiar hidup. tapi semua dalam bahasa indonesia. yang paling lucunya komik shabu2 yang amcik tak suka tu pun ada. hehe. 



oh, mah harap amcik tak minx komik ikhtiar hidup ni sebab harganya sangat mahal. dia punye edition pun besar sket dari yg kt malaysia. tengok punya tengok. perut lapar. pastu pgi makan. xyah tgk la gmbr makanan. boring nak tunjuk. haha. 
till then salam alaik.






No comments:

Post a Comment