kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Saturday, September 8

sentuh

bismillahirrahmanirrahim.

ah, lewat seminggu disini. sudah lima hari berkuliah. kelmarin, seorang pensyarah bertanyakan soalan. dalam banyak-banyak deria, deria apa yang paling kalian suka.  dewan kuliah jadi gamat seketika. masing-masing punya pendapat dan lontaran idea yang tersendiri.

kalau menurut aku, deria yang paling aku suka adalah deria sentuhan.
ye, sentuhan. apa kau kurang percaya?
sayang ummi,
marah baba,
prihatin mereka,
nakal abangchik,
manja baby,
degil abang,
manis humairah,
garang tata,
hinggalah kepada
degiltapimanja yah,

semuanya aku rasakan melalui sentuhan tangan mereka.

eh. aku memang sudah rindu rumah.
er, apa kau tidak tahu kalau rindu itu cuma milik orang yang hebat? haha. :D

till then, salam alaik. 

No comments:

Post a Comment