kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Monday, September 17

tanah abang

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum pembaca budiman. 
sabtu ketiga di bogor. semua pun pakat nak ke tanah abang sebab ramai yang cakap kat situ banyak barang murah. maka semua pun buat muka esaited dan terus merancang untuk ke sana. 
so, pagi sabtu tu janji pukul enam nak bertolak, tapi saya terbangun tepat jam 5.40. tsk3. nasib dah siap kemas beg sebelum tidur. sementara bersiap, na dgn ana buat sarapan, sandwic telur. untunglah ade member yg prihatin. tapi dah kalut-kalut bersiap bagai nak rak, dengan xsempat make-up lagi tengok2 princess pun lambat jugak. sudahnya janji pukul enam, tapi bergerak keluar dari IC(international college) jam 6.45 pagi jugak. 
first step is naik angkut dan terus bergerak ke Laladon. dari Laladon ambil satu lagi angkut untuk ke Stasiun. 
oh ya, dkt sini bila kami survey cara pengangkutan untuk ke tanah abang semua cadangkan naik kereta. terkejut jugak dengar sebab kalau kena naik kereta siapa pulak yg nak jadi driver nya? dah la trafik kat sini sgt tragis. huhu. rupa-rupanya klu sebut kereta tu maknanya adalah keretapi. hehe. sebab disini kereta disebut mobil dan kereta api adalah kereta. haha. ok, satu lagi istilah baru untuk saya dan anda. :)


keadaan stasiun mereka tidak banyak berbeza dengan di malaysia. cuma kalau di malaysia ada sesetengah perkara lebih enak di pandang. huhu. perkara pertama yang buat aku terkejut bila disini sangat ramai org yg dengan sopan dan manisnya memotong barisan untuk membeli tiket. haih. penat berebut dengan org tempatan yg sgt sopan dan manis tersebut. tapi x semuanya yg berkelakuan begitu. harap maklum.
kedua yang buat saya terkejut adalah bila membeli tiket. satu tiket sehala ke tanah abang bernilai rp7k. bila aku bayar rp50k dia cuma pulang rp30k je. bila disoal kembali dia cakap dia ingat aku beli dua tiket. pffft sgt. klu aku beli dua tiket pun baki dia rp36k kot. haih sekali lagi.

landasan keretapi bogor

stasiun bogor antara yang terbersih dlm semua stasiun yg aku singgah.

loket tiket stasiun tanah abang

jubah~jubah~jubah, hehe

ini abang garang, hehe~

outside of the bangunan yg tak diketahui namanya

ini teh botol, mana pergi pun nampak teh botol cap sosro ni, +.+


orang sangat ramai. aku rasa macam tenggelam di dalam lautan manusia. tunggu train dalam 15 minit. oh, kalau ini aku kagum. tak perlu tunggu train lama-lama. sebab jarak ketibaan antara satu train dengan satu train paling lama pun 30 minit. but mostly kami perlu menunggu sekitar 15 minit. berebut tempat duduk itu benda biasa. oh, forget to mention perjalanan dari bogor ke tanah abang sekitar satu jam. ada sekitar dua belas stesen yang kami singgah sebelum sampai ke stasiun tanah abang. hoyyeah. dan kalau kau baik hati bagi org lain tempat duduk, silakan lah muntah-muntah lepas turun train. pening. mungkin sebab banyak kali terhentak+kurang biasa. tak percaya tanya fahmi yang berdiri sepanjang dua jam lebih perjalanan. pergi balik dia berdiri kot. haih, baik sangat pun susah jugak. =.=


oh, ini angkut. kalau naik dia punya fees sekitar rp5k. paling murah rp2k. dan kalau nasib kita baik dapat pemandu yang rajin bercerita atau kagum dengan malaysia, pemandu tu akan ajar cara nak survive dekat sekitar jakarta ni. oh, lupa nak cakap dari tanah abang ke jakarta lebih kurang dua kali naik angkut jek. boleh pengsan la kalau jalan kaki. hehe

bajai. dua penumpang

beca. 
ok, bila dah sampai kt stasiun tanah abang seorang pun tak tahu nak ke mana. padahal semangat berkobar nak pergi shopping tapi tak tahu kat mana. haha sila gelakkan kami semua. :D jadi semua pun telefon siapa-siapa yang berkenaan untuk tanya destinasi yg sesuai. tapi akhirnya semua pergi dekat tempat depan stasun je.

aku tak tahu apa nama tempat ni tapi most of the shop hanyalah petak kecil dan jual barang secara borong. mostly jual jubah atau gamis, blaus, baju batik, tudung, telekung dan pelbagai pakaian yang lain. keadaannya lebih kurang macam jalan tar jugak. yang berbeza cuma komposisi udara. sangat banyak org yang kepit roko kat tangan sambil hembus ke merata tempat. sangat sopan kan? 
kalau kat sini aku cadangkan korang pakai topeng muka dan kaca mata sebab habuk rokok akan masuk dalam mata dan hidung tanpa disedari. sedar2 je dah terbatuk tanpa henti.

haus, es teh. haus, es teh.

bila kita membeli-belah, ada ramai org pelik yang akan ikut. sebab tu ramai org yg pesan suruh hati-hati. kat sini sangat banyak peminta sedekah dan yang sewaktu dengan nya. ada yang akan ikut kita sepanjang membeli dan tengok setiap kali kita keluarkan duit untuk bayar harga barang. selagi tak bagi dia takkan pergi. tapi sekali dah bagi dia akan datang lagi. haih. ada yang akan bwk gitar dan nyanyi lagu indonesia kat telinga kita kuat-kuat. kalau yang macamni kebanyakannya lelaki muda yg sihat walafiat. ada sorang tu dia ikut aku sampai tiga kedai dan bila buat tak dengar dia siap kuis bahu. pertama kali kena aku memang terkejut kali kedua kena dah kurang terkejut. tapi tetap terkejut jugak, huhu.
oh, lagi yang pelik ada org akan bwk sedulang air teh o ais sambil jerit-jerit dekat dengan kita. tapi golongan yang ni kurang ekstrim, just buat tak dengar dan diorang akan beredar.

sekitar jam dua belas. semua org dh takde nafsu nak berbelanja. kumpul balik depan stasiun dan bincang nak menginap di mana. oh, kitorang sbnrnye rancang nk tumpang rumah kwn tp disebabkan tiba-tiba kwn tu ade keuzuran maka secara automatisnya kitorang xde tempat tinggal. huhu. sejujurnya aku sgt risau sebab majoriti kami semuanya perempuan. jadi untuk tenangkan hati dan mengembalikan senyuman kitorang carik masjid dan solat zohor dulu. kat dalam masjid, ada seorang ibu mencadangkan untuk membeli-belah di mangga dua dan jugak itc square. kat sana ada brg elektronik katanya. sebelum pergi dia sempat pesan,
hati-hati dengan org disini. bukan su'uzzon cuma berwaspada,

aku senyum sendiri mengenangkan keprihatinan ibu tersebut. oh, lupa nak ckp masa dlm masjid ada org susun kasut kitorang dan dia akan kutip duit. tapi kitorang semua pakai kasut senyap-senyap dan beredar sambil buat-buat tak faham bahasa indonesia. bukan kedekut, cuma rasa tak perlu bagi dekat org yg sihat walafiat macam dia.

lepas keluar masjid, masih tak tahu nak menginap dimana. semua sebulat suara untuk pergi makan dulu. 
hoyyeah, makan memang boleh jadi penghilang kerisauan yang baik. lepas makan, abg jual bakso tu cdgkan naik angkut untuk ke mangga dua. tahan angkut no 07 dan turun separuh jalan, naik angkut no 39 pulak. sampai depan mangga dua (mall) lebih kurang sejam lebih sebelum asar. kat sini mall dia 5 tingkat dan kebanyakan barang yg dijual adalah kasut, beg tangan, jam tangan, tali pinggang dan baju 'i luv jakarta'. sebelah dia bersambung dengan satu lagi mall yang jual lappy, hanfon, kamera, dn pelbagai electronoc devices. ala-ala lowyatt la. harga? standard lah, jangan kena tipu sudah. my advice baik ko buat survey byk2   sebab takut kena tipu. dan kalau boleh jgn sampai penjual tahu kau org malaysia sebab dia takkan bagi diskaun byk2. tapi kitorang kantoi jugak. haha

mostly org kt sini bila sebut malaysia diorang akan sebut upin dan ipin. haha. aku rasa lucu sebab kebanyakannya adalah lelaki dewasa. diorang tengok upin dan ipin ke? ok, itu lawak. sangat lawak.

makam habib alwi b. ahmad jamalullail

sampai ke malam sibuk membeli-belah. sedar-sedar dh magrib. singgah solat kat masjid seberang jalan yg dalam tu ada makam sambil pikir lagi nak menginap kat mana. jalan-punya jalan akhirnya sampai kat satu hotel dan tanya harga bilik. rp 1000k untuk satu malam. dengan hati yang hampa dicampur dengan sangat lucu sebab berangan nak tidur kat hotel 5 bintang, kitorang pun cari hotel lain. ada sorang pemuda mencadangkan hotel plaza yg berdekatan dengan mangga square. ok, dekat lah sgt. jalan kaki lebih kurang 45 minit. sampai kat hotel tu dan cuma ada bilik untuk dua org. family suite dh xde. kitorng ambil tiga bilik. satu untuk d only man in d group dan dua lagi kongsi seramai 7 org. tapi bila nk check in yang masuk 3 org je. lepas byr duit dan dpt kunci baru semua 8 org msuk. abg recepcionist tu terkejut dan tanya dua kali berapa org sebenarnya yg nak masuk. semua buat muka tak paham, tekan butang lift dan menghilang. selesai satu masalah. haha.

esok, balik ke tanah abang dan shopping lagi sampai zohor. ambil train, balik ke bogor. dkt stasiun bogor singgah kfc kejap. nak cerita pasal kfc kt bogor memang lagi satu cerita. takpelah lain kali je aku cerita. korang pun mesti dah penat baca kan, hehe.

till then, salam alaik.

1 comment:


  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete