kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Monday, October 29

rindu tak?


i.
Lewat perbualan malam semalam, bila irah bercerita itu dan ini. Dan akhir sekali dengan suara perlahan, permata hati saya yang seorang itu berbisik perlahan.
Mah rindu baby tak?
Oh, tak rindu. Mah ada banyak kerja nak buat sampaikan mah tak sempat na rindu baby.
Mah buat ape je?
Hurm, pergi kelas, balik kelas, basuh baju, gosok baju, baca buku, banyak la sampai tak sempat nak rindu kat baby langsung, #senyum
Berubah sedikit muka dia mendengar usikan saya.
Sampai hati mah, baby tulis dalam diari tau yang i miss meemah.
Aku ketawa senang. sejujurnya sebelum aku ke sini sudah aku duga, dia yang pertama akan mengaku merindui aku. Justeru yang paling kecil antara permata hati saya Cuma dia dan ilah. Dan memang ilah takkan merendah hati sebegitu rupa mengatakan dia merindui saya. Kerna dia yang paling keras dalam menahan air mata berbeza dengan irah yang paling mudah mengekspresi rasa dengan airmata. Dan kalau difikirkan kembali memang antara kami 6 orang puteri ummibaba memang irah yang paling tenang dalam semua benda. Tenang menerima berita, tenang menahan sakit, tenang menahan marah, bahkan tenang saat perlu berebut seseuatu dengan ilah. Mungkin juga paling tenang dalam mengukir senyuman. Ah.

Berkisar tentang amcik yang masih paling degil antara semua. tidak sedikit pun dikhabar bahawa dia merindui saya. Ah, itu yang terbaik buat aku. Justeru kalau dia mudah mengungkap rindu, mungkin aku akan sedikit kaget dengan pergaulan beliau dengan orang lain di luar sana. Tapi saya dapat merasakan ungkapan rindu yang dia sampaikan lewat bicara bagaimana mahu menjawab soalan kelayakan itu ini, atau apa komik terbaik di indonesia, atau saat dia bersungguh bertanya tentang saluran tv di indonesia, atau saat dia bercanda mengatakan komputer saya dirumah sudah dimiliki sepenuhnya oleh dia. Saya dapat memahami bahasa rindu dia. Jangan risau amcik :)

Dan abang, dia yang paling yakin. Bahawa dia yang paling saya rindu antara semua. Tak perlu menanti saya untuk meluah kata, laju mulutnya akan berbicara,
apa yang kau paling rindu mah?
Ayam dalam reban?
Rabbit dalam sangkar?
Atau rumput belakang rumah?
Atau kau rindu aku?

Dan kerana ego seorang saya, saya akan menidakkan semua pernyataannya. Bahawa tidak sedikit pun saya merindui semua itu. Jauh di sudut hati, aku mengakui bahawa memang aku merindui mereka semua.

Sejauh ini sudah berjalan. Saya sudah menerima pengganti dalam semua perkara. Baik makanan yang saya telan setiap hari, rakanrakan untuk berkuliah, rakan untuk mendengar masalah, mahupun pembimbing yang hebathebat. Tapi takkan ada yang boleh mengganti telatah hana dan mamat. Dan sekarang mungkin juga telatah syafiq yang semakin petah belajar untuk berkata-kata. Mungkin?

Dan untuk baby irah yang menulis dalam diari bahawa dia merindui saya, ingin sekali saya sampaikan bahawa saya juga merindui dia, telatah dia bila takuttakut memohon pertolongan menyiapkan tugasan, mahupun takuttakut memohon izin untuk membaca bukubuku simpanan saya ataupun bila dia curicuri mahu tidur lewat kerana mahu ikut menonton siaran lewat malam yang tidak sesuai dengan jadual nya sebagai pelajar.
Mah rindu baby jugaklah. Takkan nak cakap depan orang yang mah rindu baby kan? #skype depan fahmi dan ameer memang stress =.=’

ii.
laisha dah, jejeh dah, amal dah, mamat pun dah. ipin je yg belum. awok dok rindu saye ke? :D


iii.
Ada yang menegur, perlu ke save contact number dalam phone guna nama penuh? Perlu. Dalam kebanyakan masa aku senang begitu, mengingati kalian dengan nama terbaik yang sudah dipilih ayahbonda dengan susahpayah.  Sebab tu saya lebih mengenali syafiq bukan snow, azim bukan joker, afif bukan black, fahmi bukan toke dan seterusnya. Tapi saya senang digelar meemah kerana itu nama mahal yang dcipta ummi. Manis kan?

sarap.an

bismillahirrahmanirrahim

i.
aku antara anak ummi yang tidak gemarkan roti sebagai pengalas perut sebelum ke sekolah,
pun begitu seiring berlalunya waktu, aku jadi mahu tidak mahu memaksa diri menelan roti,
dan untuk keterpaksaan yang itu, aku sangat berharap setiap pagi di rumah takkan ada sekeping roti tawar sebagai sarapan,
terasa macam nak kena pergi kuliah kalau makan roti.

ii.
aku antara anak yang akan bangun setiap pagi,
dan menegur ummi yang sedang menghabiskan surah-surah amalan sambil bertanya,
harini ummi buat sarapan apa,
pun begitu seiring berlalunya waktu, aku jadi penasaran,
apakah putriku juga bakal merasai perkara yang sama,
bangun seawal pagi dan menyapa ummiya yang sedang menatap kalamullah sambil meminta sarapan,
atau bangun seawal pagi dan melihat umminya yang sedang menatap skrin laptop sambil menanti sarapan?
aduh, parah.

iii.
aku antara anak yang bangun setiap pagi da akan bersarapan bersama 9 org yang lain,
pengecualian andai aku tidak di rumah, atau andai aku kesiangan, erk.
pun begitu, seiring berlalunya waktu,
aku masih tidak membiasakan diri untuk bersarapan sendirian, #haih

Sunday, October 28

raya korban. daging korban

assalamualaikum pembaca budiman,
i. raya korban
sudah masuk hari yang ketiga, takbir raya masih berkumandang di angkasa. setiap kali usai solat fardhu, aku akan merenung sejenak, membayang-bayangkan apa yang mereka sedang lakukan di rumah. mungkin sedang sibuk membersihkan daging korban yang diperoleh di masjid. atau mungkin sedang meratah dagingdaging yang sudah digoreng dengan sedikit kunyit. atau mungkin ada sedikit sup hasil tulangbelulang yang dibawa pulang baba. bukan apa yang mereka nikmati yang aku rindui, tetapi mereka yang menikmati sekalian beserta celoteh dan gelagat mereka yang buat aku terkenang-kenang.
sambutan di selayang ahad nanti, kata ummi dan baba
ah, hati jadi rindu sekaligus cemburu. 

alah mah, aku pun nak solat aidiladha kat indon jugak. abang saya, jarang sekali dia gagal membuat saya ketawa dengan caranya yang tersendiri. kadang-kadang saya terfikir, allah mengambil kelebihannya yang satu itu dan menggantikan dengan senyumannya yang luar biasa. sehingga bisa membuat kamikami juga turut senyum sentiasa. bahkan dalam sesetengah keadaan, cuma dia yang mampu mengembalikan senyuman di bibir ummi mahupun baba. justeru aku persembahkan disini apa rasanya menyembah allah dan membesarkan dia dalam lautan manusia yang sama pegangan cuma berbeza bahasa.
malam sebelum aidiladha semua orang pun sibuk berbincang dimana mahu solat, justeru kapan solatnya dimulai. memang tiada yang tahu. kalau tanya masjid upm ukul berapa, atau masjid al mustaqim atau masjid uniten, mungkin aku boleh jawab la. huhu. tapi allah menghulur bantuan, dari pembesar suara yang berhampiran, imam mengumumkan bahawa solat akan dimulai jam 6.15 pagi. oh, disini subuh jam 4.20 kalau aku tak silap la. kata suara itu, solat di dataran di hadapan Graha Widya Wisuda. 
er, tapi. esoknya kami kesiangan. semua terjaga jam 5.30. kecuali na dan fahmi. haha. jangan tanya fahmi bangun pukul berapa ya. bersiap seberapa pantas dan melangkah selaju yang boleh. memandangkan bersolat di dataran, kami semua harus membawa sejadah sendiri. setibanya disana, kami terkejut. lautan manusia yang sangat besar. ramai. sangat ramai. walaupun sudah ramai di malaysia, tetapi disini masih tetap ramai. 


ini cuma jemaah wanita, kami di barisan tengah. harap maklum. huhu. sebelu sejadah dihampar, kebanyakan mereka disini akan melapikkan sejadah dengan koran aka surat khabar. bersyukur dengan apa yang ada, ambil tempat dan solat dua rakaat aidiladha. seusai solat, khutbah. tapi yang paling menyedihkan apabila semasa kami bersolat, disekitar kami terdapat beberapa orang yang sibuk menjaja. mungkin mereka bukan muslim. cuma mampu bersangka baik.

see? dia jual belon. 
selesai solat, semua orang mengangkat sejadah. tetapi sangat sedikit mereka yang membersihkan koran mereka. haha. dalam kehairanan aku mengeluh kecil tentang ketidak wajaran ummat ini dalam membiarkan dataran itu penuh dengan hamparan koran. sangat tidak melambangkan muslim nya mereka. 


allah maha mengetahui. sedetik selepas aku tertanyatanya, kelihatan beberapa orang yang lain pantas mengutip setiap helaian koran tersebut ibarat mengutip emas. ah, betapa rezeki mereka adalah sesuatu yang tidak aku duga. mereka melihat kehidupan dalam ketidakbersihan sesuatu. aku beristighfar seketika keran bersangka buruk. 


-------------------------------------------------------------------------------------
ii. daging korban
petang tu, selesai berjimba di rumah pak feri abangabang mengkhabarkan bahawa mereka punya daging korban. sibuk mulut mereka meminta kami menganggar cukup atau tidak daging itu untuk dimakan sesama kami. 
berapa orang?
kita semualah.
oh, lapan belas orang?
eh x. campur student bintulu sekali. #pengsan
er, dua puluh satu? 
hah, yelah. ke nak campur budak thailand sekali. #senyum sindir.

perjanjiannya, mereka akan membeli barangdapur, dan kami akan memasak. oh, fahmi terlepas dalam senarai tugasan. abaikan. bukan kisah itu yang ingin aku sampaikan. haha
pertama, yang buat aku ketawa bila mereka selesai membeli belah. 
kentang 10 biji saiz s. bila ditanya kenapa beli yang kecik. raya, kentang besar abis. jawab mereka selamba. 
limau dua jenis, limau nipis dan limau kasturi. kenapa beli dua jenis? oh, satu lagi untuk buat air. salah seorang yang mengaku, kitorang tak tahu yang mana satu orang guna untuk masak, senang beli lah dua jenis. haha. kejujuran itu pahit tetapi menghiburkan hati. 
perlu ke cerita tentang beras yang mereka beli?
oh, atau mungkin betapa daging yang mereka dakwa itu kebanyakannya cumalah organ dan bukan daging =.=. apa ni, kata budak pertanian. haha.
dan daging sapi yang mereka bawa pulang bertukar menjadi daging kambing. 
 apa ni sekali lagi, kata budak pertanian. haha
urut dada. pegang perut. tahan ketawa.
menu yang dipersetujui. sup kambing. daging black pepper dan sedikit tumisan sayur.
masak nasi dua kali. baru selesai merebus daging, gas habis. aktivit memasak tergendala seketika. dan kemudian sambung balik masak dengan segala kelucuan yang ada. 
akhirnya, selesai solat isya' barulah hidangan tersedia. lapan belas orang. memenuhkan ruang bersama yang sederhana saiznya. 
perut kenyang. hati senang. untuk seketika aku bersyukur kerana diberi kesempatan merasa daging korban di indonesia. terima kasih tukang yang bawak balik.
bila difikirkan kembali, lucu mengingatkan yang mereka bersungguhsungguh mempercayai bahawa kami akan sudi untuk memasak daging tersebut. betapa mereka yakin bahawa kami tidak akan menolak permintaan mereka. ada ukhuwah yang sudah terjalin. semoga allah merahmati kami semua dan semoga perkenalan ini tidak berlebihan justeru memudaratan iman kita semua. ameen.
xde gambar. nanti pinjam zu punya. hehe

Saturday, October 27

salam aidil adha

maka, nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

ini pertama kali. pertama kali sepanjang duapuluhtahun diberi peluang menghirup udara secara percuma, aku menyambut aidiladha jauh dari ummibaba. ah, mungkin tidak sesyahdu jika harus menyambut aidulfitri jauh dari ummibaba. tapi tetap airmata akan menitis sebutir dua kalau melangkah kaki untuk bersolat seawal pagi tanpa ditemani ilah mahupun irah. atau saat menjengah ke 'kotak' makanan dan menyedari aku hanya punya sebungkus roti beserta sedikit mentega sapuan. dan yang paling mahal bila tiada baju melayu baba atau amcik yang harus digosok atau tiada abang untuk disolekkan.

justeru, allah menghantarkan sesuatu buat kamikami yang merindui keluarga di Malaysia. kami beruntung sebetulnya bila pak feri menawarkan diri untuk menerima kami sebagai tetamu di teratak keluarganya. yang lebih membuat aku terharu bila pak eko turut menawarkan diri untuk turut serta. eh, kemudian kata bu sima, beliau juga ingin turut serta. *lap air mata.* terharu yyang amat sangat bila mereka rela tidak pulang ke kampung masingmasing semata ingin bersama kami yang tidak punya kampung halaman. *lap air mata lagi*

sekitar jam sebelas, pak endang yang setia menjemput kami di asrama internasional dan menghantar ke rumah pak feri. memandangkan jumlah kami seramai 13 orang, maka dua trip diperlukan. setiba disana aku tersenyum kekaguman justeru tepat dihadapan rumah itu, terrhamparnya sebuah ciptaan allah yang sangat indah. sawah padi. sebahagian sedang menguning dan sebahagian lagi padinya masih menghijau.

oh, sementara menanti yang lelaki selesa jumaatan, kami menjamah ketupat yang disediakan oleh bu susan. isteri pak eko. ketupat mereka tidak jauh beza dengan yg di malaysia. beras. daun kelapa. anyam. rebus. tapi tetap ada yang kurang. eh, tapi sedap kerana ia dibuat khas untuk kami. :) dan steri pak feri menyediakan bakso buatan sendiri. sangat enak. kalau sebelum ini saya rasa bakso segera, bila berpeluang merasa yang asli dari dapur rumah, kami semua terpaku seketika. haha. bu sima membuat kami tersenyum senang dengan cocktail ajaib beliau.


antara yang membuat kami senang berlamaan di rumah pak feri, adalah apabila pak eko kecoh menceritakan pohon mangga dirumahnya mahupun bu sima yang ketawa saat mengenang dia berbaju kurung ke kuliah. untuk seketika aku jadi senang bila mereka tidak kekok berbicara dengan kami sebagai seorang pakcik yang berkongsi kisah dengan keponakannya.
eh, dan yang lebih melucukan saat kami berbisik-bisik ingin bergambar di sawah padi, pak eko dan pak feri ibarat memahami,
mau ke tengah?
ibarat orang mengantuk yang disorongkan bantal, kami mengangguk laju. haha. tak pasal-pasal berbondong-bondong anakanak pak feri, bu sima dan anak saudara pak feri turun ke tengah sawah tersebut. sekian. haha.



dan untuk pertama kalinya, saya melihat apa itu yang digelar padi yang menjadi beras. apa itu yang membuatkn saya senang hati setiap hari. selesai bergambar, kita pulang ke rumah dan bakar sate. raya tahun ni takde daging kambing, tapi ada sate kambing untuk saya dan kawankawan.
pertama kali seumur hidup saya, menyaksikan sekawan dosen yang bersusah payah menghidupkan api menggunakan arang. opkos saya tak tangkap gambar. kamera takde bateri. nk guna hanfon segan la. dah la pak eko sepuluh kali nyalakan api tapi tak nyala. sudahnya dia salahkan dosen dia yang dulu sebab tak ajar dia ilmu mengawal suhu. terburai ketawa kami untuk seketika. akhirnya pak endang mengambil alih. merasa lah jugak apa itu yang dipanggil sate disini. mereka tidak memerap daging sate mereka bahkan cukup sekadar memotong dan membakar daging yg dicucuk diatas lidi itu.


perut dah kenyang, tapi makanan masih banyak. ina dengan nada bergurau memohon untuk dibungkus sedikit buat makan malam. ibu feri dengan senyum senang memberi persetujuan. dengan malu tapi mahu, kami pun membungkus semua makanan yang ada untuk dibawa pulang. semua ya, harap maklum. haha

dan untuk hari itu, berakhirlah kisah aidiladha kami. pertama kali lebaran di perantauan kata pak eko merujuk kepada diri beliau dan juga kami semua.  senyum sampai ke telinga. salam dihulur. terima kasih dilontar. suatu hari lagi berlalu dengan senyuman. tapi tetap malaysia yang aku rindu. sungguh.

perlahan hati ini berbisik, maka nikmat tuhan mu yang manakah yang kamu dustakan mah? lap airmata buat kesekian kalinya.
eh dayah, awak terlepas raya dengan dosendosen yang osem ini. haha

gambar ihsan nut. harap maklum. huhu

Wednesday, October 24

raya korban

assalamualaikum pembaca budiman,
setiap kali aku ditimpa sesuatu yang serasa tidak tertanggung oleh diri ini, berulang kali aku berbisik kepada diri sendiri, yakinlah mah. allah hanya akan menguji sesuai dengan kemampuanmu.

ahad yang lepas, Dayah mengadu sakit perut yang teramat sangat. kalau masih kuat ingatan saya, sekitar jam 3 petang sewaktu melelapkan mata menanti asar, pintu diketuk Zulaikha. katanya Dayah harus dibawa ke rumah sakit. persoalannya, bagaimana? keadaan beliau memang tidak memungkinkan kami untuk meredah rumah sakit menaiki angkut. akal singkat wanita menyarankan kami untuk menghubungi salah seorang dosen. pak feri. tiga kali panggilan tidak berangkat. menggagahkan diri menghubungi dosen yang lain, pak pungki.
kata pak pungki dia akan datang untuk membawa kami ke rumah sakit.


this is pak endang, the one that act like our father. 
keep sending us pergibalik rumah sakit karya bhakti. makasih banyak ya pak endang :)

oh, tiba disana doktor yang sangat manis, bertanya itu dan ini kurang menyakini keadaan Dayah yang sangat teruk. katanya.
"mbak lagi menstruasi? "
berkali-kali menyakinkan doktor bahawa dia bukan sekadar "menstruasi". dan akhirnya beliau bersetuju untuk melakukan ujian darah dan air kencing. ah, kalau sistem hospital di malaysia harus menunggu panjang kerana ramai orang,  tapi di sini harus menunggu lama walaupun orang tidak ramai.

tepat selesai mengerjakan solat magrib, doktor hadir membawa berita. kata doktor, Dayah dijangkiti kuman typhus didalam air kencingnya. senyap. ilmu yang sedikit tidak memungkinkan kami untuk berkata lanjut. dan saat doktor memaklumkan bahawa dia harus ditinggalkan di hospital, air mata sudah menitis. bukan saja Dayah, tetapi aku juga. sejauh ini kami berada, seberat ini Kau menduga kami Ya Allah?

siapa yang akan menemani Dayah sepanjang dia disini?
bagaimana kami akan berulangalik ke rumah sakit yang hampir mencecah 30 minit walaupun tidak macet?
bagaimana dengan nota-nota kuliah yang sedang menanti dengan senyuman maut?

dalam masa yang sama, pak eko sudah tiba di rumah sakit beserta keluarganya. isteri dan dua orang anak kecil. dalam hati aku mengagumi kesudian mereka untuk bertandang. walaupun dia seorang dosen, sedikitpun tidak memberatkan beliau dan keluarga untuk setia menanti sepanjang Dayah ditempatkan di hospital.
mala pertama, amira yang sukarela untuk menunggu. kesihatan tulang belakang saya sangat tidak memungkinkan. dan esok pagi, harus yang lain datang mengganti. Dayah tak betah ditinggal sendirian. sedang berdiri dia tidak kuat, inikan pula untuk dibiar bersendirian sentiasa. untuk sementara, saya hilang punca. Dayah yang sedang sakit, atau nota kuliah saya yang sedang sangatsangat nazak.

itu adat berkawan mah, sedangkan kalau mah yang sakit, mah sanggup duduk sendirian? ummi saya yang paling kaya jiwa. maafkan aku kerana tega berfikir untuk menutup mata akan kesakitan kau Dayah. maaf.

kira-kira tiga malam dayah di hospital. hanya allah yang tahu betapa hebat kami berjuang. melelapkan mata seadanya. mencuri masa bermanja dengan nota kuliah. ah, seminit dua menghadap nota yang selebihnya fikiran entah ke mana. beruntunglah sahabat yang masih kuat minda dan masih bisa menelaah nota. sangat beruntung.
hari pertama, ujian air kencing. hari kedua perlu di usg kata doktor. hari yang ketiga mungkin dayah perlukan diagnosis xray. masuk hari yang keempat, doktor mahu melakukan endoscopy. ah. hati menyumpah tetapi tidak tahu ditujukan kepada siapa. sungguh selemah itu iman saya buat sementara waktu. akhirnya semua sepakat. dia perlu kan bondanya. disini mungkin tidak sesuai buat dayah.

semuanya berusaha sedaya mungkin asalkan dayah berjaya sampai ke malaysia. itu yang terbaik. dia perlukan ibunda disisi. bahkan, itu amanat bondanya lewat setiap perbualan dan perbincanga kami. akhirnya usaha kami membuahkan hasil. alhamdulillah dayah selamat beraidil adha di tanak air tercinta. ah, manis sekali saat berita dikhabar. sungguh, senyum dia yang paling manis serasa saya disaat itu.
alih-alih, kata doktor di malaysia. hidayah cuma terkena jangkitan. tiada sebarag tanda ada batu karang. dangg! aku terdiam. cuma allah yang tahu apa yag Dia rencanakan. tapi, sekurang-kurangnya, Dayah dapat bonus bercuti di Malaysia, kan Dayah? haha

memujuk diri sendiri lagi dan lagi, allah akan membayar segala usaha kita. dan percayalah bahawa bayaran Nya yang paling mahal antara semua.

Tuesday, October 23

UTS

berbisik kepada diri sendiri, yakinlah wahai diri bahawa Dia tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan mereka.
kata orang tak semua yang dirancang akan berjalan seadanya. kita merancang tetapi Dialah sebaik-baik perancang.


dayah, mah harap dayah kuat dan mampu bertahan. 
allah sayang kita semua agaknya. T_T
sayamenang, tetapikemenangan inisudah tidakbermaknalagi

Sunday, October 21

setiap hari

setiap hari aku berbisik,
bahwa sungguh aku menyayangimu. walaupun tidak sepenuh hati, ya aku masih sangat menyayangimu.
dan kalau kau tidak percaya, apa kan daya?

Friday, October 19

baba. lembar mimpi. hari ini


baba
sudah sejauh ini meninggalkan syurga dunia,
saya mula menyedari bahawa antara yang saya rindui adalah baba saya.
merindui senyum dia saat kelelahan setelah cuba memahami telatah kami anak beranak. merindui lelah dia saat bertungkus-lumus memenuhi segala keperluan. termasuk merindui suaranya yang dikeraskan saat kesabaran sudah mulai tiada dalam menghadapi kami yang bermacam ragam. bila berkata kami yang bermacam ragam, aku memang mengakui ke "aneka ragam" kami. justeru, kalian bisa menemukan amcik yang lebih sepet matanya. abang yang hidung nya menyerupai anak bangla. #er. humairah yang aku sifatkan sebagai anak jawa dan diikuti oleh baby ilah dan irah. kemudian kak yah yang wajahnya paling cerah antara semua, #sayarasa. dan paling penting azwar yang paling manis antara semua, justeru dia yang paling mewarisi wajah ummi. dan yang paling penting, saya anak melayu. 


lembar mimpi
berkisar tentang lembar mimpi saya. saya antara manusia pelik yang lebih senang menulis mimpi berbanding melukis atau memfoto. justeru antara semua cara meluahkan rasa, cuma menulis yang saya bisa. dan antara catatan yang memenuhi lembar mimpi saya adalah berharap saya boleh membaca dengan baik. berharap bahawa andai suatu hari nanti saya diberi peluang menjadi seorang ummi, saya akan punya anak yang rajin menulis.
dan antara catatannya sewaktu muda adalah betapa dia lelah saat saya mengutil dia kerana bacaan nya yang tersalah-salah.
dan untuk catatan remajanya, adalah betapa dia bersyukur bahawa suatu masa dahulu dia pernah lelah.
dan sebagai penutup dia akan menulis bahawa dia sedang lelah mengajar perkara yang sama, yang disampaikan ummi kepada saya, yang disampaikan saya kepada dia, dan yang sedang dia sampaikan kepada anak kecilnya. sungguh, saya mahu itu. membaca kalamullah dengan baik dan menyampaikan kepada semua yang saya sayang dan kasih. sepenuh hati.

hari ini
sementelah hati leka membayangkan mimpi indah dan jari menari-nari. saya tersedar bahawa jam sudah tepat jam 9.20 dan saya masih punya 20 minit untuk bersiap ke kelas EvSe yang bakal dimulakan tepat jam 9.40.
till then. salam alaik :D






Thursday, October 18

menulis

kira-kira menulis dalam bahasa melayu sedang menjadi kesukaran buat saya. tapi hati meronta ingin menulis kerana sepertinya kemahiran berkata-kata sedang lebih parah buat sementara waktu. atau mungkin juga bila hati tersangat ingin berkata-kata sudahnya tiada telinga untuk menadah semua. sudahnya aku jadi bersendirian dan tidak punya selera untuk berkata-kata.

sebetulnya saya yang sedang salah. kerana mungkin bila hati terasa sangat sendiri dan sepi, saya cuma perlu kembali kepada Dia. yang selalu punya waktu untuk mendengar. mendengar semuanya. suka saya mahupun duka saya. ah. betapa saya sangat perlu kembali kepada Dia buat masa ini.

18 oktober. kau lupa. dan aku sedang mengetawakan diri sendiri kerana kebodohan yang nyata. mengharap kan sesuatu yang takkan jadi kenyataan. ah, sekurang-kurangnya aku masih menyakinkan diri sendiri bahawa melakukan sesuatu tanpa sebab akan manis di akhirnya. 

Tuesday, October 16

sama dan beza

kira-kira selain warna kulit, yang sama antara kita adalah mereka yg kita rindui, kan?

janji semalam dan esok,

janji semalam sudah aku pendam.
dan untuk janji esok,
aku akan terus menyayangi tanpa sebab,

tahukah kalian akan kisah tentang seorang laila yang terlalu mencintai majnun, dara yang tidak jemu menanti uda, mahupun juliet yang pergi sebelum sempat bertemu romeo nya?
tidak satu pun kisah itu sesuai dengan aku. sekian.


mengingatkan diri sendiri bahawa,
jika dia sekadar mencari kau di setiap hujung kisah penatlelah dan duka dunia,
apa kau lupa?
bukankah kau juga sekadar mencari Dia setelah semua ibarat sudah tiada?


Thursday, October 11

dua belas oktober

i.
wahai hati, tenanglah. wahai jasad kuatlah.
sakit pelik yang menimpa diri. dua minggu yang terkebelakang saya diserang sakit belakang. berdiri tidak kuat. duduk juga terasa berat. sudahnya menghabiskan masa di atas katil setiap masa. kata doktor manis di poliklinik ipb mungkin saya kerap belajar bertemankan katil. ah, entah bila masa dan ketika saya jadi kerap belajar. tapi bila difikirkan kembali kata doktor mungkin juga berkait dengan kedudukan yang kurang sesuai saat menggunakan kerusi. eh mungkin betul.
berharap sakit ini akan kian menghilang justeru ujian tengah semester sudah mulai mendatang.

ii.
saya mahu melakukan yang terbaik untuk uts yang bakal menjelma. bahkan ini antara janji saya kepada Dia lewat setiap bualbicara kami berdua. bahawa saya akan melakukan yang terbaik setelah diberi peluang untuk menyendiri sejauh ini. meninggalkan kesankesan kelabu dalam sejarah hidup saya. memang ramai insan yang gagal, tetapi cuma sedikit yang beringat agar tidak kembali gagal. sangat berharap bahawa saya adalah golongan yang sedikit itu.

iii.
saban hari bila rindu menggamit. aku akan mengingatkan diri sendiri. kalau tidak hari ini, setidaknya esok aku akan kehilangan kalian. jadi, kenapa tidak untuk bersiap sedia sedari sekarang?
ah, sebetulnya aku bisa mengubah dunia tetapi tidak akan bisa menghalalkan yang sudah diharamkan. kau mengerti apa yang cuba disampaikan. harap tidak.

iv.
kau tahu tak bahawa aku sudah menanda dalam diari peribadi tarikh untuk esok. duabelas oktober. berharap kau akan ingat. oh, jom kita lihat siapa yang bakal menang. percaya dan harapan aku. atau janji manis yang kau taburkan. :)




Monday, October 8

39 hari

assalamualaikum dunia,
kira-kira setiap pagi saya sedang memberi salam kepada diri sendiri. meneruskan hidup dengan merindui senyumsenyum yang saya terima setiap pagi. kalau di malaysia, mungkin hana yang sedang menggoncang tubuh seraya menjerit kecil, meminta untuk bangun sambil melayan kerenahnya. atau mungkin ummi yang tabah mengingatkan bahawa hari sudah tinggi dan kain sudah menanti untuk dicuci.
dan paling kurang akan ada laisha mahupun syakira ataupun ipin yang menyoal kapan kelas untuk hari ini. oh, lupa sama nadia yang suara nya paling lantang seiring senyumnya yang paling besar, :)
mah, memang kelas kau pukul sepuluh hari ni kan?
eh, syukur mah. paling kurang disini kau punya teman bilik sebelah yang setia mengetuk pintu, tak begitu?

kira-kira setiap pagi aku jadi penghitung yang paling cermat. menghadap kalendar. menghitung hari. sambil berbisik perlahan, aku memohon penuh harapan. ya allah, mohon umurku dipanjangkan.
masih belum puas mengucup pipi ummi saban hari atau menguji sabar baba. dan yang penting aku sudah merindui mulut abang yang bagai tiada lelah dalam berkata-kata.

eh, mah kau datang jauhjauh ke sin memang untuk melayan perasaan dan rindu semata kah? :P

Friday, October 5

jauh jauh


jauh -jauh disini yang selalu buat aku kagum adalah,
mereka-mereka yang selalu rajin tersenyum,
meski sepatah bahasa mereka dan sepatah bahasa aku sama-sama tidak kami fahami,

#sungguh, allah itu maha hebat dalam menciptakan kami semua 

sudah sebulan, baru sebulan


i. sudah sebulan
alhamdulillah keadaan sudah semakin pulih untuk sesetengah perkara. memang saya perlu tolaktepi masukgaung untuk semua masalah yang sengaja mengada-ngada nak ikut saya kemana-mana. baru dunia saya terasa aman sedikit rasanya. haha.

ii.sudah sebulan
hati masih berkira-kira, apa saya mahu teruskan dalam sesetengah perkara. atau berhenti setakat ini sahaja. mungkin kena senaraikan segala baik buruk untuk semua benda. dan kemudian, kita buat keputusan yang sebenarnya. dan untuk keputusan yang bakal saya ambil, berkali-kali hati mengingatkan, berteman bukan mudah. ya, sekurang-kurangnya tidak mudah untuk saya.

iii. sudah sebulan
berdoa allah akan sentiasa membuka mata hati saya untuk perkara yang sangat penting, sebagaimana Dia membuka mata hati saya untuk sesetengah perkara yang kurang penting. wahai allah, permudahkanlah.

iv. baru sebulan
kalau datang sejauh ini untuk cari pasangan hidup semata, pffffttt mohon fikir kembali dan mohon jangan bangga habiskan duit kerajaan malaysia untuk perkara sedemikian rupa.

vi. baru sebulan
bohong aku tak rasa apa2 bila kau bercekerama sedemikian rupa. tapi kalau ada jodoh, memang semuanya takkan ke mana. oh, dalam sesetengah perkara, aku bukan seorang yang mudah lupa. terutama bila kau yang paling rajin menabur janji manis. pfftt #inibukankisahcinta.

6. sudah sebulan
aku tak tau nombor roman yg ke enam apa. tapi korang tau tak apa rasanya bila pagi tu ada test dan masih belum sempat nak study semua benda, tapi kau masih boleh bangun dengan tenang dan melangkah ke kelas?
aduh, tak payah tanya result la, ini kegagalan yg pertama aku disini. huh

Monday, October 1

sejauh ini sudah berjalan,

assalamualaikum pembaca budiman, mencuri masa dalam kesibukan yang ada,
belajar tak sesusah mana sebetulnya, proses menterjemah nota kuliah yang sedikit memakan masa,

sudah berjanji pada diri sendiri, paling kurang seminggu sekali, akan menghapdate berita terkini.
tapi buat masa ini tiada coretan perjalanan. minggu ini sekadar berkampung dikolej sekaligus menonton drama musikal di gww. (aka dewan besar ipb). sebetulnya bukan itu yg mahu dikisahkan. ada satu perkara yang terbuku di benak saya sepanjang sebulan lebih menjadi musafir di wilayah bogor ini.

bajet 2013 yg dibentangkan. saban tahun pasti terdengar rungutan dari sesetengah pihak. baik yang menerima sesuatu manfaat  mahupun yang tidak. yang yakin akan menang atau yang masih terpingapinga akan kesudahannya.
yang haq akan menang, tunggulah masanya.
itu laungan biasa dari mulut remaja yang darah masih muda sementelah kudrat masih ada. cuma sayang, akal yang kurang selari dengan keduanya.
maaf, saya bukan memilih manamana warna, justeru hidup saya masih berwarnawarni dan tidak tertumpu pada suatu warna semata.
dan andai ada yang bertanya (sudah ramai yang bertanya sebetulnya), warna apa yang menjadi pilihan hati. ini, disini aku persembahkan jawapannya.

selagi islam ku tidak direndahkan, selagi mengamalkan islam didepan khalayak tidak menjadi ancaman, aku akan teruskan apa yang ada.

tahukah kalian, dalam berusaha mensyukuri apa yg ada, lihatlah mereka yg dibawah.
kata ameer, salah seorang shbt yg rajin berkata-kata, kalau malaysia negara yg membangun maka indonesia negara yang macam apa?
senyap. kami semua terdiam. tiada kata yang boleh diberikan sebagai jawapan.
kata na, masih belum nampak izzahnya islam disini. ya, masih belum nampak.

tahukah kalian, kalau di malaysia, sehelai tudung bawal nipis yag dibeli dengan harga rm6 sudah cukup untuk menandakan kalian seorang wanita muslimah. dan percayalah kataku, bermodalkan rm6 itu kalian tidak akan diperlekehkan dengan sewenangnya oleh lelaki ajnabi. mengapa aku berkata begitu?
ya, tidak akan ada lelakilelaki ajnabi yang berani mendekati kalian kerana menghormati nilai 'menutup aurat' yang kalian usahakan.
tapi kalau disini, sebesar manapun tudung yang disarungkan oleh wanita mereka, masih belum pasti tiada tangantangan asing yang cuba menyentuh bahu mahupun bersalaman dengan wanita mereka.

kalau di malaysia, andai ada sebuah kerusi kosong didalam pengangkutan awam yang sebelahnya dihuni oleh seorang wanita yang menyarungkan sehelai tudung rm6, maka tidak akan duduk seorang lelaki ajnabi disebelahnya melainkan setelah meminta izin.
tapi kalau disini, selabuh mana tudung yang kalian sarungkan masih belum menjanjikan keselamatan yang semacam itu. bahkan kalian akan dihenyak sesuka hati tanpa sedikit rasa hormat tercalit diwajah lelaki mereka.

islam harus diperjuangkan. bangsa kita sudah terlalu jauh dari islam yang sebenar.
oh, mungkin ada benarnya.
 sebelum itu, mari kesini, lihat dan rasakan sendiri. maka kalian akan mula menghargai apa yg ada dibumi sendiri.
bukankah untuk mensyukuri sesuatu tu, kita harus melihat yang dibawah dan bukan diatas?


till then, salam alaik. ^^


dalam sepuluh

i.
dalam sepuluh memang ada satu akan membuat kita jadi serba salah.
#ini bukan kisah cinta,