kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Thursday, October 11

dua belas oktober

i.
wahai hati, tenanglah. wahai jasad kuatlah.
sakit pelik yang menimpa diri. dua minggu yang terkebelakang saya diserang sakit belakang. berdiri tidak kuat. duduk juga terasa berat. sudahnya menghabiskan masa di atas katil setiap masa. kata doktor manis di poliklinik ipb mungkin saya kerap belajar bertemankan katil. ah, entah bila masa dan ketika saya jadi kerap belajar. tapi bila difikirkan kembali kata doktor mungkin juga berkait dengan kedudukan yang kurang sesuai saat menggunakan kerusi. eh mungkin betul.
berharap sakit ini akan kian menghilang justeru ujian tengah semester sudah mulai mendatang.

ii.
saya mahu melakukan yang terbaik untuk uts yang bakal menjelma. bahkan ini antara janji saya kepada Dia lewat setiap bualbicara kami berdua. bahawa saya akan melakukan yang terbaik setelah diberi peluang untuk menyendiri sejauh ini. meninggalkan kesankesan kelabu dalam sejarah hidup saya. memang ramai insan yang gagal, tetapi cuma sedikit yang beringat agar tidak kembali gagal. sangat berharap bahawa saya adalah golongan yang sedikit itu.

iii.
saban hari bila rindu menggamit. aku akan mengingatkan diri sendiri. kalau tidak hari ini, setidaknya esok aku akan kehilangan kalian. jadi, kenapa tidak untuk bersiap sedia sedari sekarang?
ah, sebetulnya aku bisa mengubah dunia tetapi tidak akan bisa menghalalkan yang sudah diharamkan. kau mengerti apa yang cuba disampaikan. harap tidak.

iv.
kau tahu tak bahawa aku sudah menanda dalam diari peribadi tarikh untuk esok. duabelas oktober. berharap kau akan ingat. oh, jom kita lihat siapa yang bakal menang. percaya dan harapan aku. atau janji manis yang kau taburkan. :)




No comments:

Post a Comment