kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Sunday, October 28

raya korban. daging korban

assalamualaikum pembaca budiman,
i. raya korban
sudah masuk hari yang ketiga, takbir raya masih berkumandang di angkasa. setiap kali usai solat fardhu, aku akan merenung sejenak, membayang-bayangkan apa yang mereka sedang lakukan di rumah. mungkin sedang sibuk membersihkan daging korban yang diperoleh di masjid. atau mungkin sedang meratah dagingdaging yang sudah digoreng dengan sedikit kunyit. atau mungkin ada sedikit sup hasil tulangbelulang yang dibawa pulang baba. bukan apa yang mereka nikmati yang aku rindui, tetapi mereka yang menikmati sekalian beserta celoteh dan gelagat mereka yang buat aku terkenang-kenang.
sambutan di selayang ahad nanti, kata ummi dan baba
ah, hati jadi rindu sekaligus cemburu. 

alah mah, aku pun nak solat aidiladha kat indon jugak. abang saya, jarang sekali dia gagal membuat saya ketawa dengan caranya yang tersendiri. kadang-kadang saya terfikir, allah mengambil kelebihannya yang satu itu dan menggantikan dengan senyumannya yang luar biasa. sehingga bisa membuat kamikami juga turut senyum sentiasa. bahkan dalam sesetengah keadaan, cuma dia yang mampu mengembalikan senyuman di bibir ummi mahupun baba. justeru aku persembahkan disini apa rasanya menyembah allah dan membesarkan dia dalam lautan manusia yang sama pegangan cuma berbeza bahasa.
malam sebelum aidiladha semua orang pun sibuk berbincang dimana mahu solat, justeru kapan solatnya dimulai. memang tiada yang tahu. kalau tanya masjid upm ukul berapa, atau masjid al mustaqim atau masjid uniten, mungkin aku boleh jawab la. huhu. tapi allah menghulur bantuan, dari pembesar suara yang berhampiran, imam mengumumkan bahawa solat akan dimulai jam 6.15 pagi. oh, disini subuh jam 4.20 kalau aku tak silap la. kata suara itu, solat di dataran di hadapan Graha Widya Wisuda. 
er, tapi. esoknya kami kesiangan. semua terjaga jam 5.30. kecuali na dan fahmi. haha. jangan tanya fahmi bangun pukul berapa ya. bersiap seberapa pantas dan melangkah selaju yang boleh. memandangkan bersolat di dataran, kami semua harus membawa sejadah sendiri. setibanya disana, kami terkejut. lautan manusia yang sangat besar. ramai. sangat ramai. walaupun sudah ramai di malaysia, tetapi disini masih tetap ramai. 


ini cuma jemaah wanita, kami di barisan tengah. harap maklum. huhu. sebelu sejadah dihampar, kebanyakan mereka disini akan melapikkan sejadah dengan koran aka surat khabar. bersyukur dengan apa yang ada, ambil tempat dan solat dua rakaat aidiladha. seusai solat, khutbah. tapi yang paling menyedihkan apabila semasa kami bersolat, disekitar kami terdapat beberapa orang yang sibuk menjaja. mungkin mereka bukan muslim. cuma mampu bersangka baik.

see? dia jual belon. 
selesai solat, semua orang mengangkat sejadah. tetapi sangat sedikit mereka yang membersihkan koran mereka. haha. dalam kehairanan aku mengeluh kecil tentang ketidak wajaran ummat ini dalam membiarkan dataran itu penuh dengan hamparan koran. sangat tidak melambangkan muslim nya mereka. 


allah maha mengetahui. sedetik selepas aku tertanyatanya, kelihatan beberapa orang yang lain pantas mengutip setiap helaian koran tersebut ibarat mengutip emas. ah, betapa rezeki mereka adalah sesuatu yang tidak aku duga. mereka melihat kehidupan dalam ketidakbersihan sesuatu. aku beristighfar seketika keran bersangka buruk. 


-------------------------------------------------------------------------------------
ii. daging korban
petang tu, selesai berjimba di rumah pak feri abangabang mengkhabarkan bahawa mereka punya daging korban. sibuk mulut mereka meminta kami menganggar cukup atau tidak daging itu untuk dimakan sesama kami. 
berapa orang?
kita semualah.
oh, lapan belas orang?
eh x. campur student bintulu sekali. #pengsan
er, dua puluh satu? 
hah, yelah. ke nak campur budak thailand sekali. #senyum sindir.

perjanjiannya, mereka akan membeli barangdapur, dan kami akan memasak. oh, fahmi terlepas dalam senarai tugasan. abaikan. bukan kisah itu yang ingin aku sampaikan. haha
pertama, yang buat aku ketawa bila mereka selesai membeli belah. 
kentang 10 biji saiz s. bila ditanya kenapa beli yang kecik. raya, kentang besar abis. jawab mereka selamba. 
limau dua jenis, limau nipis dan limau kasturi. kenapa beli dua jenis? oh, satu lagi untuk buat air. salah seorang yang mengaku, kitorang tak tahu yang mana satu orang guna untuk masak, senang beli lah dua jenis. haha. kejujuran itu pahit tetapi menghiburkan hati. 
perlu ke cerita tentang beras yang mereka beli?
oh, atau mungkin betapa daging yang mereka dakwa itu kebanyakannya cumalah organ dan bukan daging =.=. apa ni, kata budak pertanian. haha.
dan daging sapi yang mereka bawa pulang bertukar menjadi daging kambing. 
 apa ni sekali lagi, kata budak pertanian. haha
urut dada. pegang perut. tahan ketawa.
menu yang dipersetujui. sup kambing. daging black pepper dan sedikit tumisan sayur.
masak nasi dua kali. baru selesai merebus daging, gas habis. aktivit memasak tergendala seketika. dan kemudian sambung balik masak dengan segala kelucuan yang ada. 
akhirnya, selesai solat isya' barulah hidangan tersedia. lapan belas orang. memenuhkan ruang bersama yang sederhana saiznya. 
perut kenyang. hati senang. untuk seketika aku bersyukur kerana diberi kesempatan merasa daging korban di indonesia. terima kasih tukang yang bawak balik.
bila difikirkan kembali, lucu mengingatkan yang mereka bersungguhsungguh mempercayai bahawa kami akan sudi untuk memasak daging tersebut. betapa mereka yakin bahawa kami tidak akan menolak permintaan mereka. ada ukhuwah yang sudah terjalin. semoga allah merahmati kami semua dan semoga perkenalan ini tidak berlebihan justeru memudaratan iman kita semua. ameen.
xde gambar. nanti pinjam zu punya. hehe

No comments:

Post a Comment