kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Saturday, October 27

salam aidil adha

maka, nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

ini pertama kali. pertama kali sepanjang duapuluhtahun diberi peluang menghirup udara secara percuma, aku menyambut aidiladha jauh dari ummibaba. ah, mungkin tidak sesyahdu jika harus menyambut aidulfitri jauh dari ummibaba. tapi tetap airmata akan menitis sebutir dua kalau melangkah kaki untuk bersolat seawal pagi tanpa ditemani ilah mahupun irah. atau saat menjengah ke 'kotak' makanan dan menyedari aku hanya punya sebungkus roti beserta sedikit mentega sapuan. dan yang paling mahal bila tiada baju melayu baba atau amcik yang harus digosok atau tiada abang untuk disolekkan.

justeru, allah menghantarkan sesuatu buat kamikami yang merindui keluarga di Malaysia. kami beruntung sebetulnya bila pak feri menawarkan diri untuk menerima kami sebagai tetamu di teratak keluarganya. yang lebih membuat aku terharu bila pak eko turut menawarkan diri untuk turut serta. eh, kemudian kata bu sima, beliau juga ingin turut serta. *lap air mata.* terharu yyang amat sangat bila mereka rela tidak pulang ke kampung masingmasing semata ingin bersama kami yang tidak punya kampung halaman. *lap air mata lagi*

sekitar jam sebelas, pak endang yang setia menjemput kami di asrama internasional dan menghantar ke rumah pak feri. memandangkan jumlah kami seramai 13 orang, maka dua trip diperlukan. setiba disana aku tersenyum kekaguman justeru tepat dihadapan rumah itu, terrhamparnya sebuah ciptaan allah yang sangat indah. sawah padi. sebahagian sedang menguning dan sebahagian lagi padinya masih menghijau.

oh, sementara menanti yang lelaki selesa jumaatan, kami menjamah ketupat yang disediakan oleh bu susan. isteri pak eko. ketupat mereka tidak jauh beza dengan yg di malaysia. beras. daun kelapa. anyam. rebus. tapi tetap ada yang kurang. eh, tapi sedap kerana ia dibuat khas untuk kami. :) dan steri pak feri menyediakan bakso buatan sendiri. sangat enak. kalau sebelum ini saya rasa bakso segera, bila berpeluang merasa yang asli dari dapur rumah, kami semua terpaku seketika. haha. bu sima membuat kami tersenyum senang dengan cocktail ajaib beliau.


antara yang membuat kami senang berlamaan di rumah pak feri, adalah apabila pak eko kecoh menceritakan pohon mangga dirumahnya mahupun bu sima yang ketawa saat mengenang dia berbaju kurung ke kuliah. untuk seketika aku jadi senang bila mereka tidak kekok berbicara dengan kami sebagai seorang pakcik yang berkongsi kisah dengan keponakannya.
eh, dan yang lebih melucukan saat kami berbisik-bisik ingin bergambar di sawah padi, pak eko dan pak feri ibarat memahami,
mau ke tengah?
ibarat orang mengantuk yang disorongkan bantal, kami mengangguk laju. haha. tak pasal-pasal berbondong-bondong anakanak pak feri, bu sima dan anak saudara pak feri turun ke tengah sawah tersebut. sekian. haha.



dan untuk pertama kalinya, saya melihat apa itu yang digelar padi yang menjadi beras. apa itu yang membuatkn saya senang hati setiap hari. selesai bergambar, kita pulang ke rumah dan bakar sate. raya tahun ni takde daging kambing, tapi ada sate kambing untuk saya dan kawankawan.
pertama kali seumur hidup saya, menyaksikan sekawan dosen yang bersusah payah menghidupkan api menggunakan arang. opkos saya tak tangkap gambar. kamera takde bateri. nk guna hanfon segan la. dah la pak eko sepuluh kali nyalakan api tapi tak nyala. sudahnya dia salahkan dosen dia yang dulu sebab tak ajar dia ilmu mengawal suhu. terburai ketawa kami untuk seketika. akhirnya pak endang mengambil alih. merasa lah jugak apa itu yang dipanggil sate disini. mereka tidak memerap daging sate mereka bahkan cukup sekadar memotong dan membakar daging yg dicucuk diatas lidi itu.


perut dah kenyang, tapi makanan masih banyak. ina dengan nada bergurau memohon untuk dibungkus sedikit buat makan malam. ibu feri dengan senyum senang memberi persetujuan. dengan malu tapi mahu, kami pun membungkus semua makanan yang ada untuk dibawa pulang. semua ya, harap maklum. haha

dan untuk hari itu, berakhirlah kisah aidiladha kami. pertama kali lebaran di perantauan kata pak eko merujuk kepada diri beliau dan juga kami semua.  senyum sampai ke telinga. salam dihulur. terima kasih dilontar. suatu hari lagi berlalu dengan senyuman. tapi tetap malaysia yang aku rindu. sungguh.

perlahan hati ini berbisik, maka nikmat tuhan mu yang manakah yang kamu dustakan mah? lap airmata buat kesekian kalinya.
eh dayah, awak terlepas raya dengan dosendosen yang osem ini. haha

gambar ihsan nut. harap maklum. huhu

No comments:

Post a Comment