kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Thursday, November 29

lets d pictures do the talking part

nescafe tak pernah gagal buat aku terjaga. jauhjauh kt sini pun 'dia' je yg sudi teman aku memalam buta. haha

aku dah homesick. sangat2. korang tak homesick ke?


indonesia jarang gagal dalam buat aku tersenyum.

bandung, ohsem.

dr. faridah and kak ira datang melawat. 

malaysia? huh?

aku nampak kau dalam cawan yg besar ni. haha. rindu kau la weyh.

i got my friends back. yeahoooo ^^
ada sesetengah perkara memang aku suka share dengan abang. xtahu kenapa. 

Wednesday, November 28

semua kena bayar

sekarang ni bila teknologi dah makin maju,
komunikasi pun dah makin pantas,
tapi tetap bila kita nak buat sesi luahan perasaan, 
kena tanya dulu,
awak sibuk tak, nak kacau boleh.
cakap dengan allah jugak yg free. percayalah weyh. 
aku pernah rasa. selalu rasa sebenarnya. haha. 


kau marah sape mah? 
dia yang letak kau sorangsorang kat tengahtengah orang ramai tu?
Dia takkan uji kalau kau tak berdaya, 
apa kau tak percaya itu,
balik dan sila betulkan i'tikad. 


nak bengang. tapi teringat.
member tu cermin. kau nampak dia macam tu, 
sebenarnya kau yang macam tu,
mah, kau faham konsep reflection of light kan.
dah. senyap.

jiwa kacau. allah uji sunguhsungguh dua tiga menjak ni. 
kalau korang tak rasa apa yg aku rasa xpelah. again aku hanyalah pungguk

Monday, November 26

26.11.2012

assalamualaikum,

aku mungkin ada enam orang adik, atau entahberapa orang yang kugelar kakak, atau entahberapa orang yang kugelar abang, tetapi tata akan tetap satu.

semoga kau akan tetap kekal sebagai sebab untuk aku tersenyum.
wahai allah, panjangkan umur dia yang saya sayang. kerna perjalanan hidup ku masih panjang dan aku perlu dia untuk sepanjang kedewasaan itu.


Friday, November 23

..

tenang aman.
sebab xde nota kuliah nak dihadam.
ah, esok walau apa pun yg terjadi aku nekad nak pergi print semua nota yg dh tertinggal.
dh tiga minggu kot tak print nota.
majnunah kan?


bilang hari. bilang jari. bilang duit.

bilang hari
pejam celik dah hampir 3 bulan kat sini.
rasa pelik pulak bila hari-hari tgk kalendar, rasa sayang nak tinggalkan kebanyakan perkara kat sini.
oh, seronok kot. tak percaya meh lah datang sini. haha
rasa lucu sebenarnya, macam baru semalam kira berapa lama nak datang sini sekarang sibuk kira berapa lama nak tinggalkan semuanya pulak. nilah yg baba selalu cakap, dunia sementara akhirat yg kekal abadi.

scroll older blogpost, banyak post syok sendiri, lebih kepada senyum aku disini. kisah peribadi. tak banyak pengongsian yg boleh dijadikan pengisian untuk org lain. aduh.
suatu masa dulu, teringat jugak nak hilangkan blog ni dari dunia maya. tapi seorang sahabat, lebih kepada adik sebenarnya berkata,

eh, jangan delete. you have no idea how much i'm being inspired by your 'diary',

haha, inspired lah sangat. but then, aku dengar cakap adik tu dan still keep my diary untill now. dan sekarang abang pun dah pandai baca diary aku ni hehe
terbaiklah abang. luv u :P

bilang duit.
senyum senyum jugak. jalan sana jalan sini. tengok keindahan bumi allah. poket bukan mampu sangat. mengharap ihsan kerajaan je lah.
sekali sekala bila sembang dengan baba,
ba, ba nak apa dari sini? nanti mah carikan,
duit orang mah, jangan bazirkan sangat. nanti allah hisab, kau nak jawab apa?

uhuk2. insaf dah. lepas tu aku dah tak tanya baba nak beli apa. rasa macam sesuai kita beli lah.
tapi tulah, dalam sempit-sempit macam ni, ada orang ajak 'singgah' jogjak pulak. pikir banyak kali jugak. perjalanan ke sana 14 jam kot. indonesia ni dahlah tak sah kalau tak traffic jammed 2-3 jam. kalau tolak tambah adalah dalam sehari setengah dia punya perjalanan. aduh.

bilang jari.
dah janji nak sampaikan semua yang aku lalui disini. tapi bila selak-selak balik cuma banyak cerita pasal berjalanhabiskan duit  je. takde langsung kisah pasal belajar dan suasana pembelajaran kan?
ahha, nanti kalau senang-senang banyak masa, aku cerita pasal sistem pembelajaran pulak ye?

fahmi's_snap. beginning of the journey. tangkuban perahu. bandung, indonesia.



Tuesday, November 20

fitnah

once before, baba said :
camera akan jadi fitnah untuk anak perempuan macam mah,

and

now only i admit it, T_T



parents never lie. oh, even they are. who cares?

.

aku tengah tunggu,
bila sampai satu masa, apapun yang kau buat atau cakap,
takkan tinggalkan kesan hatta sebesar zarah sekalipun,
dekat hati dan perasaan aku,
cukup sekadar macam angin yg bertiup,

aku tengah tunggu,
bila sampai satu masa, seseorang akan sampaikan pada semua,
yang kau ni mulut manis sebenarnya, semua orang benda kau nak terkam,

tapi kau tahukan,
dia tak sempurna,
mereka tak sempurna,
dan aku juga tidak sempurna,
kau tahu itukan?

dan kau tahukan,
bahawa kalau kau tidak tahu untuk bersabar untuk menunggu,
mengapa tidak kau sahaja yang bertindak?

dan kau juga tahukan,
bahawa mukmin itu adalah cerminan seorang mukmin yang lain.
#sigh

motif?

uje dan dayat. kawah putih, bandung. 17 november.

motif?
motif aku post gambar ni? haha 

Friday, November 16

semoga manis semuanya

lembut dan mendamaikan.
november boleh buat aku jadi pungguk yg sgt sgt rindukan bulannya.

eh, kira-kira jumaat yg hening ini menjanjikan sesuatu yg istimewa buat saya,
yang saya gelar baba masih dipanjangkan usia,
semoga allah akan terus memanjangkan usia dia untuk sentiasa bersama saya dan yang lain sepanjang meniti kedewasaan hidup.
allah, peliharalah mereka yang saya cinta, justeru Kau lah sebaik-baik pemelihara.
ameen.

ba, semoga manis semuanya. 

Tuesday, November 13

i just like it,
the way u show ur concerns,
the way u keep ur promises,


hye meema's

if and only if you understand my word.
benarlah kata org, menahan rindu yang paling sukar untuk kita semua.
how long i have to wait ima?
how long o have to wait ieyah?

until the day will come and you will hug me again? at least hug me with your words,



Saturday, November 10

angin november

i.
angin november sedang bertiup lembut, di setiap cuping telinga kami. entah apa yg merasuk, aku seperti merasakan november ibarat sedang berbisik,
tahukah kalian, selepas aku akan muncul disember dan kemudian januari yang sangat kalian nantikan?

ii.
antara yang sangatsusah untuk berubah adalah ukhuwah yang dirahmati allah,
pegang itu rapatrapat dan jangan berhenti untuk menyayangi tanpa sebab,

iii.
bila aku berkata tentang pengganti, there will be an exception for a certain things, like you.
believe me. as u dun have a choice.

iv.
antara yang aku rindu pada diri xiaofen dn deba adalah tentang keprihatinan mereka dlm berusaha membantu saya menjadi muslimah yg baik. semoga allah pilih mereka untuk samasama ke syurga. T_T



Thursday, November 8

moga allah redha

berharap apa yang saya lakukan pada hari ini walau tidak sehebat dan sebanyak org lain,
akan diterima allah,
moga allah redha,
tidur dan mimpi yg indah,
salam, :)





senyum kau boleh buat org tak tidur malam, 

Wednesday, November 7

its jakarta again.

assalamualaikum pembaca budiman, semoga semua nya dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. :)

its jakarta again. kisahnya dua minggu uts (ujian tengah semester) sudah melabuhkan tirai. dan kengkonon kalau dilihat kepada kalendar pendidikan ipb, waktu kami bermesra dengan indonesia dan warganya cuma kurang lebih 12 minggu sahaja. jadi semua sepakat nak ke tanah abang dan mangga dua untuk membeli dan membelahkan dompet sendiri. again, paksa fahmi ikut sekali. haha

kali ni semua bangun awal, pengecualian untuk fahmi, sebab time org sibuk nk bersarapan dia boleh keluar bilik bawak teh sosro celup sambil pakai short. time tu semua dh terjerit,
weyh, asal ko tak siap lagi?
er, ingat korang nk bertolak petang?
*whack fahmi dalam kepala*

sebenarnya tak salah sebab dia ingt kami nak bertolak petang, since ada masalah dengan tarikh tamat visa kami semua. huhu. but at last, semua sepakat nak pergi jugak jakarta without visa, merasa lah jugak jadi pendatang makruh seketika. oh, lupa nak bgtau, kami bertolak pagi jumaat. sebab lewat bertolak, sampai mangga dua je dah pukul 10.30. kalau xsilapla. haha. janji dengan fahmi nk kumpul kol 12.30 which means after dia selesai solat zohor. tapi atlast semua kumpul kol lewat sejam jugak. nasiblah yg menunggu tu fahmi, kalau abangabang yg lain mungkin semua dh kena sembur kot. huhu.

dari mangga dua, singgah makan mekdi dan kemudian bertolak ke museum nasional (monas). dah janji nk jumpa kak yanti, member dari malaysia kt monas. tp sebab ada halangan kitorang pergi tanpa kak yanti. pergi naik teksi, dua buah. smart kan? alhamdulillah. allah permudahkan urusan, ada pak polisi tukang tolong tahan taksi, dpt dua buah serentak. tapi, masalahnya dia tak turunkan kami kat tempat yg sama. end up nya kitorang terpisah kepada dua. sesampai je, kami xdpt naik bangunan yg tinggi tu sebab dah tutup. kecewa sungguh. huhu. takpelah, kita pusingpusing, tangkap gambar, beli keychain n tshirt iluvmonas.
  
then, baru realise tak solat asar lagi. singgah solat asar. surau tu selesa dan memandangkan hari dh nak gelap, semua pakat nk bertolak ke rumah kak izan lepas magrib.
lepas solat magrib. terus bertolak pergi rumah kak izan. HAH! memang xlah kan. nama pun dah malam. lagi cantik la view untuk tangkap gambar, haha. again, masuk balik sekitar monas dan tangkap gambar macam org tak betul.



lepas tangkap gambar baru hegeh-hegeh nk tahan taksi. sekali lg, mintak tolong pak polisi. dn sambil bersembang dengan dia, dia sempat tanya umur kitorang berapa. konfiden aq jawab doplohsatu. dn dia jawab umur dia lapanbelas. ah, aku tersentak seketika. kat malaysia umur lapanbelas baru sibuk nk update hanfon terbaru dipasaran, dia tengah berdiri tegak ditengah malam sambil menjaga keselamatan sekeliling. insaf seketika. tapi ada seorang pakcik tawarkan untuk hantar naik kereta dia. disebabkan harga yg ditawarkan lebih murah berbanding dua taksi, kitorang pun setuju. dalam hati doa banyakbanyak supaya dipermudah, jangan lah kena tipu. ameen.
dalam perjalanan ke tanah kusir, rumah kak izan. sangat macet. dlm bahasa malaysia, kesesakan lalu lintas. in english, traffic jammed. kereta bergerak doploh sentimeter jek. lamanya hanya allah yg tahu.
sampai kat rumah kak izan dah pukul sepuluh lebih. rumah dia sederhana besar. tp sangat selesa. untuk seketika, kami harus berjalan melalui pintu rumah yang lain sebelum sampai ke rumah kak izan. baru aku terasa bahawa aku sedang berada di tengahtengah jakarta. bandar yang sibuk dan penuh sesak dengan manusia.


masa dalam perjalanan ke rumah kak izan, kitorang ternampak banyak pasaraya dan semua teruja nak kesana. disebabkan suara majoriti nak kesana, maka sekali lagi fahmi kena ikut kami untuk kesana. huhu.
tapi sebelum kami kesana, akakakak doktor gigi ajak buat lawatan sambil belajar ke kampus mereka. nice sangat sebab pelajar mereka sangat ramah. diorang takkan pandang kau sebelah mata sambil bisikbisik. huhu.

 


lepas tu, naik bas pergi ke blok m square. dari blok m square, amik satu bas lagi sampai ke grand indonesia. disebab kan grand indonesia sgt mahal dan kami dh tak sanggup nk mengadap muka princess yg paling ketat saat itu, maka kami pun berundur ke senayan city. makan kt situ dan gerak ke senayan metro. kumpul jam 4.30 bergerak balik ke rumah kak izan.




kat umah kak izan, singgah makan dan solat dan terus ambil taksi untuk ke terminal bas. time nk singgah solat tu, fahmi sempat pesan, singgah solat je tau. sambil sengih tunjuk doplohempat batang gigi. lepas tu baru kami tau yg malam tu ade gam ManU vs arsenal dan ManU menang!!!! aku selalu teman abang sokong ManU dan memang sahsah la aku tak sokong arsenal tp sebab fahmi sokong ManU maka aku kena sokong arsenal. ntah papela kan. tapi arsenal kalah. so, tutup mata diamdiam buatbuat tak nampak. haha :P

dua kali pg jakarta. tata tanya, dekat ke jakarta tu dgn bogor mah. haha, mines pun aku rasa jauh, tapi jakarta tu rasa dekat je kn?

gambar lama


jumpa gambar lama, zaman berhingus dulu. haha.
bila difikirkan, ada juga antara harapan dan angan-angan aku yang tercapai. 

jadi, takkan nak bangun setiap pagi sambil berfikir untuk tidur kembali, bukan begitu mah?
atau takkan nak bangun setiap kali dan meneruskan hidup dengan melayan perasaan, bukan begitu mah?
wake up. stand up. grow up. but never stop loving someone. #eh?


Tuesday, November 6

update blog. terbuai

humairah.
makin lama makin besar. makin lama makin matang. makin lama makin nakal.
haha. kira-kira cakap dia makin menguatkan saya. sebenarnya kalau saya takde merekamereka disisi saya mungkin kurang kuat, tapi tetap kuatlah. haha.

kata humairah,
kalau asyik update blog, nanti akan terbuai dek perasaan. eh, betul lah tu. bila mood jiwang datang, memang takbleh halang.

tapi sebenarnya, bila cakap tru fon, atau tgk muka tru skype, rindu nak pelukcium babybaby saya tetap tak hilang. sebab kat sini takde baby orang yg boeh dipinjam untuk dibuli, hukhuk. but then,  humairah said, 29 januari  tu tak lama mana pun mah, :P

yela2. tahan je lah rindu nieh. hug hana n mamat dalam kepala. <3

yah dapat mumtaz dalam psra, im proud of u sis. damn proud. bt y u dun want continue in arabic stream. xpelah, takmo paksa. :)

khamis ni upsr  pulak, im believe u can do it. coz u r special in ur own way, :D 

Monday, November 5

masa

i.
ada masanya, korang betulbetul boleh buat aku ketawa.
tapi ada masanya korang betulbetul boleh buat aku pecah kepala,
benarlah, kata orang rasa sayang itu datang tanpa diundang,


ii.
baik, aku pegang katakata kau. masanya takkan lama, cukup sampai situ sahaja.
wahai allah, moga aku tidak keterlaluan. :(

iii.
abang tanya, mah rambut kau dh panjang blom?
amcik tanya, mah rambut aku dah panjang kan?
dan aku sedar, selain abang yg memang sentiasa, takde rambut, amcik yg selalu curcuri bela rambut panjang, aku rindu dengan sorang lagi adik aku yg suka bela rambut panjang tu.
ya allah, semoga sayang kepada insan tidak melebihi sayang kepadamu, 

Thursday, November 1

buru.cem

i.
Maturity is when someone hurts you and instead of hurting back, you pause to consider if maybe you forced him to act that way.

ii.
entah akal singkat mana yang menyerang, aku cemburu bila dia boleh berbicara seyakin itu. sebenarnya penyakit ini perlu dikikis secepatnya. sebab dia termasuk dalam penyakit hati jugak. lagilagi bila perlu cemburu untuk perkara macam tu, ah. parah jugak la aku ni. haha 
#inibukankisahcinta

iii.
tahukah anda, batas pergaulan lelaki perempuan itu bukan sekadar di dunia nyata, tetapi juga dunia maya.
ah, lupa lagi. lempang diri sendiri.