kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Friday, November 23

bilang hari. bilang jari. bilang duit.

bilang hari
pejam celik dah hampir 3 bulan kat sini.
rasa pelik pulak bila hari-hari tgk kalendar, rasa sayang nak tinggalkan kebanyakan perkara kat sini.
oh, seronok kot. tak percaya meh lah datang sini. haha
rasa lucu sebenarnya, macam baru semalam kira berapa lama nak datang sini sekarang sibuk kira berapa lama nak tinggalkan semuanya pulak. nilah yg baba selalu cakap, dunia sementara akhirat yg kekal abadi.

scroll older blogpost, banyak post syok sendiri, lebih kepada senyum aku disini. kisah peribadi. tak banyak pengongsian yg boleh dijadikan pengisian untuk org lain. aduh.
suatu masa dulu, teringat jugak nak hilangkan blog ni dari dunia maya. tapi seorang sahabat, lebih kepada adik sebenarnya berkata,

eh, jangan delete. you have no idea how much i'm being inspired by your 'diary',

haha, inspired lah sangat. but then, aku dengar cakap adik tu dan still keep my diary untill now. dan sekarang abang pun dah pandai baca diary aku ni hehe
terbaiklah abang. luv u :P

bilang duit.
senyum senyum jugak. jalan sana jalan sini. tengok keindahan bumi allah. poket bukan mampu sangat. mengharap ihsan kerajaan je lah.
sekali sekala bila sembang dengan baba,
ba, ba nak apa dari sini? nanti mah carikan,
duit orang mah, jangan bazirkan sangat. nanti allah hisab, kau nak jawab apa?

uhuk2. insaf dah. lepas tu aku dah tak tanya baba nak beli apa. rasa macam sesuai kita beli lah.
tapi tulah, dalam sempit-sempit macam ni, ada orang ajak 'singgah' jogjak pulak. pikir banyak kali jugak. perjalanan ke sana 14 jam kot. indonesia ni dahlah tak sah kalau tak traffic jammed 2-3 jam. kalau tolak tambah adalah dalam sehari setengah dia punya perjalanan. aduh.

bilang jari.
dah janji nak sampaikan semua yang aku lalui disini. tapi bila selak-selak balik cuma banyak cerita pasal berjalanhabiskan duit  je. takde langsung kisah pasal belajar dan suasana pembelajaran kan?
ahha, nanti kalau senang-senang banyak masa, aku cerita pasal sistem pembelajaran pulak ye?

fahmi's_snap. beginning of the journey. tangkuban perahu. bandung, indonesia.



2 comments:

  1. bestnye tgok pics meema kt sne :)jeles ni.hehe

    ReplyDelete
  2. fifah, lama xnampak dia singgah kt sini :)

    ReplyDelete