kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Wednesday, November 7

its jakarta again.

assalamualaikum pembaca budiman, semoga semua nya dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. :)

its jakarta again. kisahnya dua minggu uts (ujian tengah semester) sudah melabuhkan tirai. dan kengkonon kalau dilihat kepada kalendar pendidikan ipb, waktu kami bermesra dengan indonesia dan warganya cuma kurang lebih 12 minggu sahaja. jadi semua sepakat nak ke tanah abang dan mangga dua untuk membeli dan membelahkan dompet sendiri. again, paksa fahmi ikut sekali. haha

kali ni semua bangun awal, pengecualian untuk fahmi, sebab time org sibuk nk bersarapan dia boleh keluar bilik bawak teh sosro celup sambil pakai short. time tu semua dh terjerit,
weyh, asal ko tak siap lagi?
er, ingat korang nk bertolak petang?
*whack fahmi dalam kepala*

sebenarnya tak salah sebab dia ingt kami nak bertolak petang, since ada masalah dengan tarikh tamat visa kami semua. huhu. but at last, semua sepakat nak pergi jugak jakarta without visa, merasa lah jugak jadi pendatang makruh seketika. oh, lupa nak bgtau, kami bertolak pagi jumaat. sebab lewat bertolak, sampai mangga dua je dah pukul 10.30. kalau xsilapla. haha. janji dengan fahmi nk kumpul kol 12.30 which means after dia selesai solat zohor. tapi atlast semua kumpul kol lewat sejam jugak. nasiblah yg menunggu tu fahmi, kalau abangabang yg lain mungkin semua dh kena sembur kot. huhu.

dari mangga dua, singgah makan mekdi dan kemudian bertolak ke museum nasional (monas). dah janji nk jumpa kak yanti, member dari malaysia kt monas. tp sebab ada halangan kitorang pergi tanpa kak yanti. pergi naik teksi, dua buah. smart kan? alhamdulillah. allah permudahkan urusan, ada pak polisi tukang tolong tahan taksi, dpt dua buah serentak. tapi, masalahnya dia tak turunkan kami kat tempat yg sama. end up nya kitorang terpisah kepada dua. sesampai je, kami xdpt naik bangunan yg tinggi tu sebab dah tutup. kecewa sungguh. huhu. takpelah, kita pusingpusing, tangkap gambar, beli keychain n tshirt iluvmonas.
  
then, baru realise tak solat asar lagi. singgah solat asar. surau tu selesa dan memandangkan hari dh nak gelap, semua pakat nk bertolak ke rumah kak izan lepas magrib.
lepas solat magrib. terus bertolak pergi rumah kak izan. HAH! memang xlah kan. nama pun dah malam. lagi cantik la view untuk tangkap gambar, haha. again, masuk balik sekitar monas dan tangkap gambar macam org tak betul.



lepas tangkap gambar baru hegeh-hegeh nk tahan taksi. sekali lg, mintak tolong pak polisi. dn sambil bersembang dengan dia, dia sempat tanya umur kitorang berapa. konfiden aq jawab doplohsatu. dn dia jawab umur dia lapanbelas. ah, aku tersentak seketika. kat malaysia umur lapanbelas baru sibuk nk update hanfon terbaru dipasaran, dia tengah berdiri tegak ditengah malam sambil menjaga keselamatan sekeliling. insaf seketika. tapi ada seorang pakcik tawarkan untuk hantar naik kereta dia. disebabkan harga yg ditawarkan lebih murah berbanding dua taksi, kitorang pun setuju. dalam hati doa banyakbanyak supaya dipermudah, jangan lah kena tipu. ameen.
dalam perjalanan ke tanah kusir, rumah kak izan. sangat macet. dlm bahasa malaysia, kesesakan lalu lintas. in english, traffic jammed. kereta bergerak doploh sentimeter jek. lamanya hanya allah yg tahu.
sampai kat rumah kak izan dah pukul sepuluh lebih. rumah dia sederhana besar. tp sangat selesa. untuk seketika, kami harus berjalan melalui pintu rumah yang lain sebelum sampai ke rumah kak izan. baru aku terasa bahawa aku sedang berada di tengahtengah jakarta. bandar yang sibuk dan penuh sesak dengan manusia.


masa dalam perjalanan ke rumah kak izan, kitorang ternampak banyak pasaraya dan semua teruja nak kesana. disebabkan suara majoriti nak kesana, maka sekali lagi fahmi kena ikut kami untuk kesana. huhu.
tapi sebelum kami kesana, akakakak doktor gigi ajak buat lawatan sambil belajar ke kampus mereka. nice sangat sebab pelajar mereka sangat ramah. diorang takkan pandang kau sebelah mata sambil bisikbisik. huhu.

 


lepas tu, naik bas pergi ke blok m square. dari blok m square, amik satu bas lagi sampai ke grand indonesia. disebab kan grand indonesia sgt mahal dan kami dh tak sanggup nk mengadap muka princess yg paling ketat saat itu, maka kami pun berundur ke senayan city. makan kt situ dan gerak ke senayan metro. kumpul jam 4.30 bergerak balik ke rumah kak izan.




kat umah kak izan, singgah makan dan solat dan terus ambil taksi untuk ke terminal bas. time nk singgah solat tu, fahmi sempat pesan, singgah solat je tau. sambil sengih tunjuk doplohempat batang gigi. lepas tu baru kami tau yg malam tu ade gam ManU vs arsenal dan ManU menang!!!! aku selalu teman abang sokong ManU dan memang sahsah la aku tak sokong arsenal tp sebab fahmi sokong ManU maka aku kena sokong arsenal. ntah papela kan. tapi arsenal kalah. so, tutup mata diamdiam buatbuat tak nampak. haha :P

dua kali pg jakarta. tata tanya, dekat ke jakarta tu dgn bogor mah. haha, mines pun aku rasa jauh, tapi jakarta tu rasa dekat je kn?

No comments:

Post a Comment