kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Monday, December 31

jeles

assalamualaikum,
2012 dah nak berakhir.
selain sedikit cemas dan takut. aku ada sedikit cemburu.
masa aku semakin suntuk, kan?


ini first pic kita together2, haha

korang jangan membesar boleh?

ambil secara makruh dari dekstop baba, huhu

favourite snap 2012. 

semua dah besar, kerja asyik nak melawan je, haha

aku balik nanti, semua dah xde. takpelah kenangan je lah yang boleh aku simpan.


Wednesday, December 26

biru.hijau.

korang tahu x, indonesia ada sultan?
aku tak. ni pun baru tahu.sadis kan?
biru buat awak nampak berseri. ini serious.
hijau buat awak nampak keanakan. ini pun serious.

tiga

bismillah,

i.
jogjakarta tiga hari dua malam.
baru aku sedar, aku kurang membaca sejarah rupanya,

ii.
a late nite call,
baru aku sedar, aku kurang faham tentang bidang kau,
tapi kau tahu tak? aku sanggup buat apa saja asal kau senyum selalu,
sikit aku tak menyesal jadi kawan kau, sumpah.

iii.
baru aku sedar, masih banyak buku yang aku belum baca,


Saturday, December 22

minggu tenang

assalamualaikum,

14 minggu berkuliah sudah selesai. untuk pertama kali sepanjang 3sem+3sem menjadi pelajar ipta, aku merasakan ini antara minggu tenang yang benar2 tenang untuk aku. haha

merindui ucapan semoga berjaya dari sesetengah org. sungguh. 

siapa nak teman aku bersetadi week ni? haha

minggu tenang = study week.

ipb is awesome but upm is the one that i miss the most, :D

sow yee said, no matter what malaysia will wait for us. 

aku adalah pungguk yang rindukan bulanbulannya. haha

random. maaf. jiwa kacau. terlebih tidur mungkin.


Friday, December 21

antara dua orang

i.
antara dua orang yang marah, yang membezakan mereka adalah cara menzahirkan marah,

ii.
antara dua orang yang bersalah, yang membezakan mereka adalah cara meminta maaf,

iii.
antara dua orang yang memiliki, yang membezakan mereka adalah cara melindungi,

iv.
antara dua orang yang membaca, yang membezakan mereka adalah buku yang dibaca,

v.
antara dua orang yang menyayangi, yang membezakan mereka adalah cara mengungkapkan sayang,

vii.
antara dua orang yang bermimpi, yang membezakan mereka adalah cara memaknakan mimpinya,

kita berjuang setiap hari. dan yang paling sukar untuk dikalahkan adalah, diri sendiri. kan?

Thursday, December 20

hey, i'm a food technologist


Assalamualaikum pembaca budiman,

“A serial killer may kill 15 to 20 people until it will stop, but a food technologist may wipe out the whole town in one second.”

Menurut  Pak Punki itu yang disampaikan kepada beliau oleh bapa nya saat dia memilih bidang teknologi makanan. Ah, sedar atau tidak kata itu diturunkan oleh “bapak punki” kepada kami, anak-anaknya. Manis kan?
Er, hati terasa sangat besar secara tiba-tiba. Betapa tanggungjawab yang kami galas bukan sekadar menamatkan kuliah setiap hari, menyiapkan laporan makmal sebaik mungkin, mahupun sekadar menjawab segala soalan peperiksaan sehabis baik. Bahkan, kesejahteraan sejagat itu berada dalam tangan kami. Tertimpa di atas pundak kami. Berat, tetapi akhirnya akan sangat nikmat. Ah.
Boleh hidup ke mah, jadi food technologist?
Kalau doctor, nutritionist, dietitian la la la akan berjuang selagi ada manusia yang sakit,
Maka kami, warga teknologi pangan akan berjuang selagi ada nya rasa lapar. Ironik kan?

Teknologi pangan is teknologi makanan. Belajar bahasa, sangat indah. 

sedang berkira-kira untuk menjalani hidup sebagai seorang foodtechnologist yg awesome. haha



Tuesday, December 18

mulakan dengan yang baik.

azam kitakita semua sedari dulu,
menjadi yang terbaik,
maka,
mari kita mulakan dengan yang terbaik,

Monday, December 17

kerepek. nasi lemak. teh tarik

bismillah.

i.
lebih merepek dari kerepek.

ii.
saya nak yang pandai masak nasi lemak, ada?

iii.
dua je minuman yang saya rasa legend dari dulu sampai sekarang,
kopi, dan teh tarik.

perut kalau tengah lapar, menulis pun mengarah ke sana je lah,

kedai kita_tamankencana_bogor_jawabarat

Sunday, December 16

marah?

assalamualaikum,

kalau awak tak boleh suka dekat semua org,
kenapa berharap agar semua org suka dekat awak?

Saturday, December 15

baca

assalamualaikum,


i.
dalam banyak-banyak soalan mereka disini yang paling takkan aku lupakan adalah,
apa agaknya rasa membaca buku berbahasa malaysia ye?
aku tak dapat jawab pertanyaan dia,

bigbadwolf book,
walaupun rak buku kat rumah hanya suku dipenuhi dengan buku berbahasa inggeris,
aku tetap rasa kerugiannya bila tak dapat nak berkunjung kesana,
ohmai, semua sibuk post gambar dan buat aku jeles.

ii.
sejak akhirakhir ni aku selalu senyum sendiri,
kau lah penyebab nya. haha

iii.
tengah nak kejar sesetengah azam yg macam tak nampak hasil,
semoga masih sempat.
berapa hari lagi 2012? oh.

amal, selamat hari lahir sayang. T_T

Wednesday, December 12

12.12.12

assalamualaikum,
ini hari yg istimewa? mungkin. sejujurnya aku sedikit pun tidak menyedari apa istimewanya hari ini. sehinggalah sewaktu memulakan catatan dalam kuliah sanitasi makanan siang tadi, jari menulis tarikh untuk hari ini. 12.12.12. justeru aku senyum sendiri melihat kebetulan yang tidak disengajakan itu.
lucu kan? untuk sebab yang sekecil itu, kita semua boleh tersenyum.

eh, berapa hari lagi 29 januari. kirakira semua sudah menghitung hari untuk kembali menghirup udara malaysia. bukan. bukan udara malaysia lebih kurang kadar pencemaran asap rokoknya. ini cuma bila bernafas di bumi malaysia, atmosfera nya terasa lebih lembut dan menghangatkan saat memikirkan bahawa yang tersayang juga menghirup udara yang sama.

ah, pun begitu aku sedikit takut meniti usia kedewasaan. kehadiran disember ibarat menghambat seluruh jiwaku bahawa masa aku semakin suntuk. saking itu, perlu sesuatu yang harus aku laksanakan.
azam tahun ini. mungkin.
perbaiki diri. mungkin.
memaafkan semalam. mungkin.
memaknakan esok. juga mungkin.
semuanya mungkin.
tapi.
disember ini antara disember yang istimewa buat aku. kerana azam yang aku pasang sedari bosan berorientasi zaman asasi sudah tercapai. enyahut seruan en anuar dan meninggalkan bumi selangor. here i am. bogor, indonesia. terima kasih sahabatsahabat untuk segala kebersamaan yang kalian hulurkan. hanya allah yang akan mampu membayar semuanya.

dan
meninggalkan bumi indonesia bererti aku akan dahagakan karya sastera mereka. justeru hampir semuanya murah disini, termasuk buku. kalau karya kang abik boleh didapati dijalanan sekitar rp 20k. manis kan? itu antara nikmat allah yang tidak akan pernah dapat aku dustakan. dan kemudiannya, baru ku tahu bahawa buku dijalanan itu adalah buku bajakan. maka harganya memang boleh jadi semurah itu.
maafkan aku kang abik. hukhuk.

dan,
mengingatkan diri sendiri bahawa aku juga masih belum hebat,
terutama dalam hal bersahabat.

dan,
kepada setiap penyair gundah, dedaun gugur pun sentiasa indah,
aku tak cakap, pak samad yang cakap. aku memilih untuk terasa.
tapi aku bukan penyair, jadi aku sedar diri dan dah tak terasa lagi. haha. majununah dah aku ni. 

Tuesday, December 11

kau, angin.



i.
kau,
macam buku teks.
makin dibaca makin tak paham.
makin diselak makin bingung.
tutup buku,
esok aku cuba lagi,

#mengalah? never.

ii.
angin,
seperti sedang berbisik,
lembut kedengarannya ditelinga,
tapi pedih bila ternyata kebenarannya,
#jiwang? kadangkadang

tapi kaki kita semua masih tetap melangkah kan?


humairah marah, 
baba beli berbie untuk baby dua orang. 
dah awak pun panggil dia 'baby', mana nak hilang perangai baby nya tuh, :)
humairah marah,
aku lupa wish besday baby,
mah xlupa lah, kredit xde nak telefon. hukhuk.
selamat ulang tahun yang ke sebelas, 

Sunday, December 9

sham senyum. shah senyum.

sham berdiri tegak. mata dibuka seluas yang boleh. kecilbesar kecilbesar. begitu dia melihat dengan jelas, spontan bibir mengukir senyum.
shah nampak sham senyum. dia pun buka mata seluas yang boleh. kecilbesar kecil besar. spontan bibir mengukir senyum.
sham nampak shah senyum.
dia marah.

Saturday, December 8

8.12.2012

assalamualaikum pembaca budiman.

i.
mood untuk mencatat setiap detik manis mahupun masam sedang melayang-layang. apatah lagi mood untuk menelaah pelajaran. sangat jauh serasa saya. justeru saat jari sedang menari-nari ketika ini, perut sedang berlagu sepi, lapar banget.
oh, kirakira tiada sebarang catatan perjalanan untuk dua minggu yang terkebelakang. kerana ada beberapa perkara sedang menghalang kami untuk perkara semacam itu. oh, ini sudah minggu ke dua belas, maka lumrahnya adalah esaimen akhir yang bertimbun. dan kalau di malaysia mungkin aku sedang bersenang-lenang menangguh kerja kerana tugasannya sekadar presentation.
er, tapi kalau disini, kita itu harus mereview jurnal. ringkasnya, aku sudah berjaya mereview satu naskah jurnal untuk tugasan sanitasi makanan. alhamdulillah, terima kasih kepada dr amini  amir yg bersungguh-sungguh memaksa kami mereview jurnal sebagai tugasan hubungan etnik. sedikit sebanyak, tugasan disini jadi lebih mudah untuk aku.

gebyar_nusantara@ipb2012

ii.
isnin yang lalu, aku dan rakan yang lain menerima khabar bahawa kami harus membuat semacam promosi, tentang upm.
oh, kalau emang sekadar presentasi soal upm, itu mah kerja gampang kok. tapi kok, kita itu disuruh bikin perfomance. kayak tarian tradisional gitu. kita tu, bikin pusing kok. 

tapi, nak tak nak. kami kena buat jugak. hukhuk. memula rancang nak buat dikir barat. tapi aku kurang setuju sebab aku susah nak ikut lagu dia. terbelit lidah weyh. huhu.
lastly, ada yang mencadangkan buat tarian dikir puteri. nice sesangat. sebab tarian dia mudah dan sopan pada aku. cikgu tarian tak bertauliah, na. haha. lucu weyh bila fikir pasal latihan kami. esok nak perform pukul 9 pagi. Pukul 9 malam tu kami berlatih segala step. abangabang pula esok ada test, dua paper. bising jugaklah asrama tu dibuatnya dengan tepuk segala bagai. then, sebab nak jaga keamanan sejagat dan taknak abangabang gagal dalam paper mereka, kami pergi berlatih kat luar asrama. nyamuk semua kita tolak tepi. asalkan esok kita tak lupa step perfomance tu. haha. pukul 2.00 pagi baru masuk bilik tidur. esok kol 6 pagi sambung lagi. haha.
lastly, menari macam tu jugak. so so. haha. eh, kami berlatih tak sampai sehari tau. jangan memain. dahlah tangan semua kaku.especially aku lah. dalam macam tu, kami berjaya juga meraih tepukan yg tak berapa nak gemuruh dari para penonton. nasib abangabang tu ada 2 paper. kalau tak, aku dapat rasakan yg ameer akan dtg tengok kitorang merepek atas pentas. nak bagi 'moral support' katanya. huhu.
tapi bila dh abis perform tu, emcee boleh pulak tanya kat kitorang, "eh, kata nama tarian ni dikir puteri." sambil menunjuk ke arah fahmi. haha.
tau tak apa hasil dari persembahan tu? aku skang kena duduk tegak sentiasa. rasa macam tulang belakang ni dh cedera sikit. tu lah, orang tuatua pesan melentur buluh biarlah dari rebungnya, awak degil taknak dengar. kehkeh.

iii.
dah2, back to basic. aku dapat rasakan jurnal evse sedang merenung aku dari kejauhan. dengan penuh harapan, mungkin dia sedang berbisik,

"shameemah, kenapa awak mengabaikan saya"

motif sangat aku imagine jurnal tu panggil aku shameemah kan? haha

iv.
kita yang pergi takkan sama dengan kita yang kembali.
lebih baik atau sebaliknya, hanya kita yang tahu. huh. 

Friday, December 7

yang aku akan rindu

assalamualaikum,
kak cici, lab assistant terbaik aku pernah jumpa.
gd yg banyak mulut. heri yg senyumnya sgt manis. dicki yg tibatiba banyak bertanya. agis yang sentiasa banyak bertanya. dimas yg diam tak kena tempat. arief yg suka baca komik dalam kuliah. jae yg asyik tanya pasal d*h. zaki anak solo. rizki yg paling kecil tapi paling nakal, eh?
maria yang selalu senyum malu. isna yang malu tapi mau. haha. dani yang semua benda nak tanya dua kali. jeni yang paling banyak mulut. muticooy yg gelak paling kuat. mp anak pintar yang manis. i'ip yang diam sentiasa. mala yang setia pasang telinga. dini yang asyik menyampuk dari tepi. flo satusatunya gadis tionghua. rita yang rajin menyebar salam. willi yang beria mengajak bertandang ke bali. ritaastuti yang senyum sikit-sikit. indah yang sering tidak sihat.  qori yang nak belajar bahasa melayu . soja yang rajin ketawa di setiap penghujung kata. dyah yang rajin menjawab setiap persoalan dan gina adik manis yang manja. 

aku akan merindui kalian kan?
senyum kalian. gelak kalian. bising kalian.
dan yang paling penting, aku akan sangat merindui populasi pelajar lelaki dalam kalangan warga teknologi pangan. eh, ini benaran kok. :D

Thursday, December 6

statistik masih sama kan?

senyum lah mah.
walaupun udara sedang sangat tercemar, statistik masih tetap tidak berubah kan?
nitrogen masih 78 % dan oksigen masih 20% kan?

jiwa kacau datang lagi. maaf.
aku bagi salam kt org yang aku sayang je. kau harus tahu itu. 

Tuesday, December 4

tawakal. redha. tutup

assalamualikum. pejam celik, pejam celik. tinggal kurang dua bulan disini.
suka? tak, lebih kepada sedih sebenarnya.
oh, seronok sangat ke kat sana sampai sedih nak tinggal.
tak seronok. lebih kepada banyak belajar benda baru. tu yg seronok. lain, kita letak belakang.
oh, kau belajar apa mah?

tawakal.
pertama, aku belajar tawakal.
allah letak kau seorang diri ditengah satu kelompok. seorang pun kau tak kenal. bahasa pun tunggang langgang. komunikasi memang fail lah. maka hanya mampu tawakal dan teruskan langkah.

allah letak kau jauhjauh kat sini. yang dekat sana tak tahu apa jadi. nak mintak tolong pada siapa pun kita tak tahu. maka hanya mampu tawakal dan teruskan langkah. #ini isu daftar kursus.

redha
sana sini orang nak tipu. bukan takde orang baik, tapi komposisi yang kurang baik tu lebih ramai. bukan seribu dua ribu, beratus ribu kena tipu. redha je lah. itu rezeki dia, untuk aku Allah dah tetapkan rezeki yang lain. redha ni satu perasaan yang hebat sebenarnya.

tutup
tutup mulut. itu yang paling aku selalu buat sejak kat sini. percayalah.kau takkan nampak aku yang dulu.
maksud aku, tak bukak mulut sebanyak yang dululah.

qy's snap.

Saturday, December 1

oh, disember

disember sudah menghampiri. aku harus cepat. luka ini harus segera diubati.
kerana malaysia sudah memanggil. suka atau tidak, tempat aku disana dan bukan disini.