kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Wednesday, December 12

12.12.12

assalamualaikum,
ini hari yg istimewa? mungkin. sejujurnya aku sedikit pun tidak menyedari apa istimewanya hari ini. sehinggalah sewaktu memulakan catatan dalam kuliah sanitasi makanan siang tadi, jari menulis tarikh untuk hari ini. 12.12.12. justeru aku senyum sendiri melihat kebetulan yang tidak disengajakan itu.
lucu kan? untuk sebab yang sekecil itu, kita semua boleh tersenyum.

eh, berapa hari lagi 29 januari. kirakira semua sudah menghitung hari untuk kembali menghirup udara malaysia. bukan. bukan udara malaysia lebih kurang kadar pencemaran asap rokoknya. ini cuma bila bernafas di bumi malaysia, atmosfera nya terasa lebih lembut dan menghangatkan saat memikirkan bahawa yang tersayang juga menghirup udara yang sama.

ah, pun begitu aku sedikit takut meniti usia kedewasaan. kehadiran disember ibarat menghambat seluruh jiwaku bahawa masa aku semakin suntuk. saking itu, perlu sesuatu yang harus aku laksanakan.
azam tahun ini. mungkin.
perbaiki diri. mungkin.
memaafkan semalam. mungkin.
memaknakan esok. juga mungkin.
semuanya mungkin.
tapi.
disember ini antara disember yang istimewa buat aku. kerana azam yang aku pasang sedari bosan berorientasi zaman asasi sudah tercapai. enyahut seruan en anuar dan meninggalkan bumi selangor. here i am. bogor, indonesia. terima kasih sahabatsahabat untuk segala kebersamaan yang kalian hulurkan. hanya allah yang akan mampu membayar semuanya.

dan
meninggalkan bumi indonesia bererti aku akan dahagakan karya sastera mereka. justeru hampir semuanya murah disini, termasuk buku. kalau karya kang abik boleh didapati dijalanan sekitar rp 20k. manis kan? itu antara nikmat allah yang tidak akan pernah dapat aku dustakan. dan kemudiannya, baru ku tahu bahawa buku dijalanan itu adalah buku bajakan. maka harganya memang boleh jadi semurah itu.
maafkan aku kang abik. hukhuk.

dan,
mengingatkan diri sendiri bahawa aku juga masih belum hebat,
terutama dalam hal bersahabat.

dan,
kepada setiap penyair gundah, dedaun gugur pun sentiasa indah,
aku tak cakap, pak samad yang cakap. aku memilih untuk terasa.
tapi aku bukan penyair, jadi aku sedar diri dan dah tak terasa lagi. haha. majununah dah aku ni. 

No comments:

Post a Comment