kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Saturday, December 8

8.12.2012

assalamualaikum pembaca budiman.

i.
mood untuk mencatat setiap detik manis mahupun masam sedang melayang-layang. apatah lagi mood untuk menelaah pelajaran. sangat jauh serasa saya. justeru saat jari sedang menari-nari ketika ini, perut sedang berlagu sepi, lapar banget.
oh, kirakira tiada sebarang catatan perjalanan untuk dua minggu yang terkebelakang. kerana ada beberapa perkara sedang menghalang kami untuk perkara semacam itu. oh, ini sudah minggu ke dua belas, maka lumrahnya adalah esaimen akhir yang bertimbun. dan kalau di malaysia mungkin aku sedang bersenang-lenang menangguh kerja kerana tugasannya sekadar presentation.
er, tapi kalau disini, kita itu harus mereview jurnal. ringkasnya, aku sudah berjaya mereview satu naskah jurnal untuk tugasan sanitasi makanan. alhamdulillah, terima kasih kepada dr amini  amir yg bersungguh-sungguh memaksa kami mereview jurnal sebagai tugasan hubungan etnik. sedikit sebanyak, tugasan disini jadi lebih mudah untuk aku.

gebyar_nusantara@ipb2012

ii.
isnin yang lalu, aku dan rakan yang lain menerima khabar bahawa kami harus membuat semacam promosi, tentang upm.
oh, kalau emang sekadar presentasi soal upm, itu mah kerja gampang kok. tapi kok, kita itu disuruh bikin perfomance. kayak tarian tradisional gitu. kita tu, bikin pusing kok. 

tapi, nak tak nak. kami kena buat jugak. hukhuk. memula rancang nak buat dikir barat. tapi aku kurang setuju sebab aku susah nak ikut lagu dia. terbelit lidah weyh. huhu.
lastly, ada yang mencadangkan buat tarian dikir puteri. nice sesangat. sebab tarian dia mudah dan sopan pada aku. cikgu tarian tak bertauliah, na. haha. lucu weyh bila fikir pasal latihan kami. esok nak perform pukul 9 pagi. Pukul 9 malam tu kami berlatih segala step. abangabang pula esok ada test, dua paper. bising jugaklah asrama tu dibuatnya dengan tepuk segala bagai. then, sebab nak jaga keamanan sejagat dan taknak abangabang gagal dalam paper mereka, kami pergi berlatih kat luar asrama. nyamuk semua kita tolak tepi. asalkan esok kita tak lupa step perfomance tu. haha. pukul 2.00 pagi baru masuk bilik tidur. esok kol 6 pagi sambung lagi. haha.
lastly, menari macam tu jugak. so so. haha. eh, kami berlatih tak sampai sehari tau. jangan memain. dahlah tangan semua kaku.especially aku lah. dalam macam tu, kami berjaya juga meraih tepukan yg tak berapa nak gemuruh dari para penonton. nasib abangabang tu ada 2 paper. kalau tak, aku dapat rasakan yg ameer akan dtg tengok kitorang merepek atas pentas. nak bagi 'moral support' katanya. huhu.
tapi bila dh abis perform tu, emcee boleh pulak tanya kat kitorang, "eh, kata nama tarian ni dikir puteri." sambil menunjuk ke arah fahmi. haha.
tau tak apa hasil dari persembahan tu? aku skang kena duduk tegak sentiasa. rasa macam tulang belakang ni dh cedera sikit. tu lah, orang tuatua pesan melentur buluh biarlah dari rebungnya, awak degil taknak dengar. kehkeh.

iii.
dah2, back to basic. aku dapat rasakan jurnal evse sedang merenung aku dari kejauhan. dengan penuh harapan, mungkin dia sedang berbisik,

"shameemah, kenapa awak mengabaikan saya"

motif sangat aku imagine jurnal tu panggil aku shameemah kan? haha

iv.
kita yang pergi takkan sama dengan kita yang kembali.
lebih baik atau sebaliknya, hanya kita yang tahu. huh. 

No comments:

Post a Comment